My Journey


Pernah bercita-cita untuk menjadi seorang juruterbang wanita pertama Malaysia, tetapi sangat mencintai dan ingin mendalami ilmu biologi, namun pernah dipanggil untuk menyahut cabaran dalam bidang seni bina walaubagaimanapun telah ditakdirkan menyambung kehidupan sebagai mahasiswi kejuruteraan elektrik-elektronik ketika ini.
[3rd year survivor of electrical & electronic engineering student]

Instagram

Wednesday, July 29, 2015

Something to be proud, Malaysia!

Tadi.
Masa aku on the way balik ambil adik aku dari sekolah.
Ada kereta proton kaler kelabu.
Dari jauh nampak terberhenti ditengah jalan.
Menyebabkan jalan tersesak seketika.
Tak sampai seminit.
Dua buah kereta berhenti di tepi jalan.
Pemilik kereta tu segera keluar untuk menolak kereta yang tengah stuck itu ke tepi untuk meredakan kesesakan.
"MasyaAllah, masih ada orang-orang yang berbudi baik seperti mereka"
Menolong tidak memerlukan perkenalan.
Perkenalan boleh bermula dari satu pertolongan.
Barangkali jodoh pun juga!
:)

Monday, July 27, 2015

bila aku mula berniaga - Shoppestuff Online Business

Bismillahirahmanirahim

alhamdulillah.
alhamdulillah..
alhamdulillah...

setelah hampir setengah tahun aku berbusiness online, alhamdulillah..
syukur atas segala rintangan dan ujian..
syukur atas segala kesukaran yang telah dilalui..

sungguh, kesusahan2 yang dilalui menjadikan aku lebih firm dalam bidang ini

tipulah, kalau aku kata tiada kerugian yang pernah dialami,
atau apa-apa perkara yang mematahkan semngat yang pernah dilalui..
tapi, seperti yang aku cakap semua itu membuat aku lebih firm dan kuat
untuk menghadapi dunia perniagaan

kalau ada orang tanya

"kenapa berniaga barang luar negara?"

kerana aku nak cari network dan market..

kalau orang tanya

"tak takut rugi ke sebab kau tak ada back-up yang kukuh?"

aku cakap untung rugi itu bukan ditentukan oleh aku, sungguh aku hanya berusaha dan bertawakal, the rest aku letak kebergantungan pada Dia

kalau orang tanya

"macam mana study kau kalau kau sibuk berbusiness?

aku berniaga adalah part-time, aku study pun adalah part-time tapi aku ada seorang hamba dan pekerja Dia untuk full-time, so why you have to worry?

tanyalah
tanyalah lagi

sungguh aku akan menjawab jika aku rasa ia perlu

patahkan
sekatkan
rendahkan

semangat dan kemahuanku
insyaAllah, aku akan terus bangkit dan lawan
selagi aku dijalanNya

doakan aku rakan-rakan
untuk kebaikanku
insyaAllah doa itu lebih tepat mengena kamu

subahanallah
alhamdulillah
allahu akhbar

insyaAllah, jika ada rezeki, aku nak ada perniagaan aku sendiri
dengan berjenamakan Ilahi,
dengan berakhlakkan Rasulullah,
dengan berpandukan al-Quran,
dengan berpasakkan Islam yang syumul
dengan berjemaahkan orang2 yang beriman
dengan tujuan untuk kembalikan Islam memegang tampuk ekonomi semula
insyaAllah!

allahu akhbar!

satu langkah yang kecil
akan menghasilkan perubahan yang besar
insyaAllah!

moga Allah redha!


INSTASHOP :@shoppestuff




FACEBOOK PAGE: Shoppestuff Online Business






Saturday, July 25, 2015

Surat buat sahabat

Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum. Haaa. Let's straight forward laa. First sekali, aku nak minta maaf untuk semua perkara. Aku kalau rasa macam ada benda tak settle, aku tak boleh nak tenang. Jadi, aku nak explain something even you dont ask for it.
Dulu kita rapat, kan? Banyak benda boleh cerita.. Tapi, sekarang dah tak, kan? Perasan, ke?
Bukanlah sebab sapa2 ada buat salah ke, atau masing2 dah mula membenci.. tak2.. seriously..
Aku tak naklah gunakan alasan, masa telah mengubah kita or to be specific aku.. but, itulah yang berlaku.. thinking of it, we're 20 now..maybe about 5 years more or less, we already have our own family. We're growing older. And then, we're gone.
Jadi, aku tak nak jadikan waktu2 yang aku ada ni sia2.. Mungkin ada certain part kau belum faham kenapa aku macam ni macam tu.. but, aku harap dan doa suatu masa nanti kau faham juga.. aku bukanlah budak2 yang bajet2 alim atau budak2 yang nak jadi alim..
aku cuma budak2 yang baru merangkak-rangkak untuk mengenal tuhan dalam erti yang sebenar..
20 tahun masa dah berlalu.. 20 tahun dah enjoy.. dan aku tak tahu ada berapa lagi masa yang aku ada yang aku boleh serve untuk Dia sebaik-baiknya..
Mungkin kau dah terbiasa untuk ada kawan2 perempuan. Tak apa, itu keselesaan kau. Tapi, aku taknak biasakan diri aku untuk ada kawan2 rapat lelaki. Aku segan dengan Allah, kalau aku tak jaga diri dan tingkah laku aku elok2.. moga2 kau mengerti..
Mungkin ini explanation aku yang terakhir.. aku tak mengharapkan apa2 respon kau kecuali doakan yang baik2 untuk aku.. percayalah, hanya kawan yang baik akan menginginkan kebaikan untuk kawannya.. aku beritahu kau panjang2 ni, sebab aku mengingin kebaikan untuk kau.. Moga2 Allah adakan jalan dan ruang untuk kau faham. Moga2 Allah limpahkan taufik dan hidayah untuk kau lebih dekat dengan Dia.
Wallahi, aku tak pernah rasa lebih aman daripada keamanan aku mengenal Dia.. dan aku tak pernah menyesal untuk lepaskan apa2 yang sayang dulu sebab aku dah ada Dia..insyaAllah..
Ni hadiah aku. Untuk birthday kau yang lalu. Masih tidak lambat, kan. Moga2 ia sangat bermanfaat.
Surah An-Nahl, 16 : 125
Surah Al-Fajr, 89 : 27-30
Moga Allah redha.

[repost as self reminder]

The Centre Of Tarbiyah

Dengan nama Allah, Pemilik hatiku
Salam rindu buat imamku Rasulullah saw
Apa khabar iman semua?

Dah lama tidak bercakap-cakap tentang tarbiyah..
Sungguh, aku sangat merindui suasana tarbiyah di UTM, bi'ah soleh di RI Johor, yea Johor is my centre of tarbiyah..

Rindu untuk bertemu akhwat2..
Rindu dengan kakak naqibah..
Walaupun ada usrah online tapi ia tak sama dengan usrah lutut bertemu lutut..
Sungguh, kehidupan disini sangat menguji aku..
Masa silamku, jahiliyah2 yang meliar cuba menarik aku untuk tercalit padanya semula..

Hmmm..
Aku mula faham dan dapat melihat perbezaan concentration iman bila berada dijalan tarbiyah ini..
Bila iman mencair ibarat air
Bila iman memekat seperti dodol
(Erk, dodol pun boleh, mood rayalaa katakan)
Allahu..

Aku mengakui ramai saja yang tidak faham jalan yang aku pilih ini..
Persoalan2 seperti "kenapa berubah?" "Kenapa tidak boleh berhuhahuha seperti dulu dengan lain jantina lagi?"

So on and so forth..

Aku berubah kerana diri ini yang menginginkan semata-mata keranaNya..
Aku tak sempurna
Aku tak juga mencari kesempurnaan
Aku nak jadi yang terbaik dikalangan yang terbaik dimataNya
Kalau kau tak menginginkan perubahanku, maka tiada daya aku untuk mengubah ke zaman silamku
Kalau kau redha akan perubahanku maka aku berharap segala kebaikan melimpahi dirimu kelak, insyaAllah..

Aku tak rindu pada jahiliyah
Aku rindu pada Penciptaku
Aku tak rindu cinta dunia aku dulu
Aku rindu kehidupanku didalam syurgaNya kelak
Moga Allah redha

Thursday, July 16, 2015

Endless farewall

Moga Allah panjangkan umur aku lagi untuk bertemu kau kembali. Hmm. Terima kasih. Jazakallahu khairan.

Thursday, July 9, 2015

Buat Ilahi

Tuhanku…
Aku masih ingat saat pertama dulu aku belajar mencintaiMu
Lembar demi lembar kitab kupelajari
Untai demi untai kata-kata para ustaz kuresapi
Tentang cinta para nabi
Tentang kasih para sahabat
Tentang mahabbah para sufi
Tentang kerinduan para syuhada
Lalu kutanam di jiwa dalam-dalam
Kutumbuhkan dalam mimpi-mimpi dan pada idealisme yang mengawang di awan..
Tapi Rabbi…
Berbilang detik, minit, jam, hari, bulan dan kemudian tahun berlalu
Aku berusaha mencintaiMu dengan cinta yang paling utama,
Tapi… Aku masih juga tak menemukan cinta tertinggi untukMu
Aku makin merasakan gelisahku membadai
Dalam cita yang mengawang
Sedang kakiku mengambang tiada menjejak bumi
Hingga aku terhempas dalam jurang nan kegelapan
Wahai Ilahi…
Kemudian berbilang detik, minit, jam, hari, bulan dan tahun berlalu
Aku mencuba merangkak, menggapai permukaan bumi
Dan menegakkan jiwaku kembali
Menatap, memohon dan menghibaMu: “Allahu Rahim, Ilahi Rabbi, Perkenankanlah aku mencintaiMu semampuku”.
Ilahi Rabbi…
Perkenankanlah aku mencintaiMu sebisaku
Dengan segala kelemahanku ini…
Aku tak sanggup mencintaiMu
Dengan kesabaran menanggung derita Umpama Nabi Ayyub, Musa, Isa hingga Al-Musthafa
Kerana itu izinkan aku mencintaiMu
Melalui keluh kesah pengaduanku padaMu Atas derita batin dan jasadku
Atas sakit dan ketakutanku
Rabbi… Aku tak mampu mencintaiMu seperti Abu Bakar,
Yang menyedekahkan seluruh hartanya
Dan hanya meninggalkan Engkau dan RasulMu bagi diri dan keluarga.
Atau layaknya Umar yang menyerahkan separuh harta demi jihad
Atau Utsman yang menyerahkan 1000 ekor kuda untuk syiarkan DeenMu
Atau seperti Ali yg hebat semangat kepahlawanannya.
Ilahi… Aku tak mampu mencintaiMu
Dengan khusyuknya solat salah seorang sahabat NabiMu
Hingga tiada terasa anak panah musuh terhunjam di kakinya
Kerana itu Ya Allah…
Perkenankanlah aku tertatih menggapai cintaMu
Dalam solat yang cuba kudirikan teragak-agak
Meski ingatan kadang melayang ke pelbagai permasalahan dunia
Rabbi.. Aku tak dapat beribadah ala para sufi rahib
Yang membaktikan seluruh malamnya untuk bercinta denganMu
Maka izinkanlah aku untuk mencintaimu dalam satu-dua rakaat lailku
Dalam satu-dua sunnah nafilahMu.
Dalam desah nafas kepasrahan tidurku.
Ya Rahman…
Aku tak mampu mencintaiMu
Bagai para al hafiz dan hafizah
Yang menuntaskan kalamMu dalam satu putaran malam
Dari itu.. Perkenankanlah aku mencintaiMu
Melalui selembar dua lembar tilawah harianku
Lewat lantunan seayat dua ayat hafazanku
Ya Rahim…
Izinkan aku mencintaiMu
Dengan mencintai keluargaku
Dengan mencintai sahabat-sahabatku
Dengan mencintai manusia dan alam seluruhnya
Ilahi Rabbi…
Perkenankanlah aku mencintaiMu semampuku..
Agar cinta itu mengalun dalam jiwa
Agar cinta ini mengalir di sepanjang nadiku selamanya..
moga Allah kuatkan momentum kejar temasya al qadr yang pnting dlm hidup kitaa.. besday al quran tuuu, muntalaqku berkenalan dgn cinta Dia ❤❤❤❤❤❤❤❤