My Journey


Pernah bercita-cita untuk menjadi seorang juruterbang wanita pertama Malaysia, tetapi sangat mencintai dan ingin mendalami ilmu biologi, namun pernah dipanggil untuk menyahut cabaran dalam bidang seni bina walaubagaimanapun telah ditakdirkan menyambung kehidupan sebagai mahasiswi kejuruteraan elektrik-elektronik ketika ini.
[3rd year survivor of electrical & electronic engineering student]

Instagram

Friday, May 22, 2015

Cita-citaku kini syahid dijalanNya

Dengan nama Allah, Rabbku

teringat masa zaman sekolah rendah dulu
terutama setiap kali sesi persekolahan baru bermula
mesti akan hadir soalan seperti
"okey, murid2 hari ini cikgu nak kamu semua perkenalkan diri dan beritahu apa cita-cita kamu"
lepastu, semua murid akan bangun seorang demi seorang
memperkenalkan diri dan beritahu cita-cita masing-masing.

masa tu semua innocent sangat2
doktor, guru, polis, bomba, jurutera..
jawapan klishe
masa tu tak mengerti pun apa tujuan hidup kat dunia ni
so, cita-cita tak besar mana
macam aku sendiri

dulu pernah bercita-cita nak jadi juruterbang, doktor, arkitek dan sekarang sedang sambung kejuruteraan elektrik, yang hakikatnya aku sendiri belum tahu akan end-up sebagai apa dan apa yang akan berlaku selepas ini.

huhuhu.

cita-cita aku terlalu banyak,
dan kalau boleh aku nak realisasikan semua cita-cita aku
tapi, setelah mengenal terbiyah aku sedar..

sebenarnya, hidup ini bukan sekadar mengejar cita-cita pekerjaan
yakni cita-cita duniawi
yang pada permulaannya memerlukan kesungguhan
yang pada perengahannya memenatkan
yang pada pengakhirannya penyesalan

*sigh*

hidup ini adalah untuk mengejar cita-cita yang abadi (kekal)
yakni cita-cita untuk berada disyurga FirdausNya

setelah sekian lama,
setalah aku berada dalam tarbiyahNya
aku menyedari
hakikat tugas sebenar aku
hakikat cita-cita yang harus aku kejari
cita-cita yang dimana
permulaannya kesungguhan
pertengahannya keghairahan
perngakhirnnya kemenangan, ketenangan, kegembiraan dan rehat yang kekal abadi

sebab itu hdup didunia ini sementara
sekejap je Allah nak uji kita
sekejap je Allah nak test kehambaan kita
bagi yang bersabar, maka syurga tempatnya
bagi yang tidak bersabar, maka amat rugilah dia
Allah nak uji sekejap,
dan sekejap itu yang menentukan tempat pengakhiran kita di alam yang kekal abadi nanti

Allah...

bersabarlah duhai hati
tetaplah dijalan ini
kerana inilah jalan menuju ke tempat rehat mu

dunia ini memang selalu mengecewakan mu
dunia ini memang selalu menyakiti hati mu
dunia ini memang selalu memenatkan tubuh mu
dunia ini memang selalu merendah-rendahkan usaha mu
dunia ini memang selalu mengejek akan penghijrahan mu

tetapi, ia cuma sementara
Allah hanya mahu menguji kesabaran mu
maka sabarlah,
dan ikhlaslah dalam bersabar

sedikit sahaja masanya lagi
lepas ni rehat yea :-)

hadiah buat kalian 20:41

jalan lupa cari tau, dalam al-quran :-)

Saturday, May 16, 2015

A little step (business)

Bismillah,

Sekarang ni aku ada buat bisness online kat instagram (@shoppestuff), dan aku baru niaga kecil2lan roti yang dibuat oleh kak saudara aku kat JB ni.. aku panggil kak enon. InsyaAllah, niatnya nak bagi orang makan. Yang biasanya lapar tengah2 malam ni kan.

Moga usaha kecil ni diberkati. Hihihi. InsyaAllah. Fighting!

Friday, May 15, 2015

Dewasa

Sebulan ini,
Banyak perkara yang berlaku
Banyak perubahan yang tercipta dan dicipta
Tuhan telah banyak membantu aku
Dia mengutip aku dari lumpuh jahiliyyah
Mencuci aku dari segala kekotoran
Menyental segala daki2 yang melekat
Membilas segala sisa yang belum tertanggal
Mengibas segala debu2 yang masih membalut diri
Allah, tuhanku yang maha pengasih
Dia sayang aku
Dia mahukan aku
Si pendosa yang tak pernah lekang dari membuat dosa
Dia tunjukkan aku jalan
Dia tuntuni setiap langkah aku
Bila mana aku mahu tersalah langkah lalu jatuh tersungkur
Dia jualah yang menghulurkan tangan rahmatNya untuk bangkitkan aku
Allah
Sayangnya Dia padaku
Bantulah aku Tuhan untuk mencapai redhaMu.