My Journey


Pernah bercita-cita untuk menjadi seorang juruterbang wanita pertama Malaysia, tetapi sangat mencintai dan ingin mendalami ilmu biologi, namun pernah dipanggil untuk menyahut cabaran dalam bidang seni bina walaubagaimanapun telah ditakdirkan menyambung kehidupan sebagai mahasiswi kejuruteraan elektrik-elektronik ketika ini.
[3rd year survivor of electrical & electronic engineering student]

Instagram

Friday, November 29, 2013

Selamat kembali ke KMNS. Ayuh sem 2!

Huhahi.
Assalamualaikum and hai!

Dengan title yang panjang menjela tu. Dengar azam yang mula berkibar bak jalur gemilang ditarik ke atas tiang ketika perhimpunan.

Aku, Aini Shahroni telah kembali ke kolej dengan selamat dan jayanya.
Alhamdulillah.

Okey.
First of all, maaf...maaf...maaf.. Sebab tak update lagi pasal trip ke korea. (Macam bajet orang nak ambil tahu jer). Tapi, aku 'assume' korang mesti enthusiastic nak tau. Kan. Kan. Kan.


So, insyaAllah. Dalam masa terdekat ni aku cuba2 update. ( kalau assigmnt, tutor, lab report dibatalkan sepanjang minggu). Memang taklaakan. Aku cuba. Aku cuba.

Lepas balik dari korea khamis malam minggu lepas. Jumaat paginya, awai2 lagi abang aku dah campak aku ke kolej sebab sabtunya aku ada MUET. Ceh! Roomate aku semua tak balik lagi kot!! So, ber-alone lah aku selama beberapa jam sambil melayang perasaan yang kononnya diri tu masih kat korea. Last2 tidur sebab penat.

Wuuuuu~~~


Aku balik Malaysia sendiri.. Not by mean aku terbang or bawa kapal terbang ke Malaysia sendiri. Aku balik tanpa parents aku temanlah. Dari check-in ke check-out semua sendiri. (Okey, sedikit penipuan..haha..masa check-in tu abah aku teman

Plus, aku pula diamanahkan untuk bawa atuk n nenek bersama walhal segala mak nenek ilmu dan experience aku tak ada dalam bab bawa membawa ni..Allah!

But, after all things.. I'd already safely arrived in my beloved country.

See! I can take care of myself, dad, mom. So, no worries after this.. And Allah also look after me.. If after this, I go somewhere and obliviously without you guys.. Surely, dont too much worrying about me.. InsyaAllah, I'll be sound and save in His guidance.

Okey, stop bermonolog.

Second sem nie ( yg juga merupakan final sem) jadual aku totally berubah.. Seriously!!. Tapi, aku suka.. Jadual berubah tapi lecturer yg sama.. Fuhh! Syukur tuhan, semua lecturer aku sempoi belaka..


Subject still sama cuma chapter dah berubah.. Mungkin boleh dikatakan lebih........matang?

Next topic, sebab dah lama tak basuh baju sendiri. Okey, Lama laa sangat walhal baru tiga minggu. Itu pun machine yang basuh. Balik sini macam terkial-kial semula. Pergh, acano nak jadi isteri merangkumi ibu yang solehah ni? *jawab ko sendiri*

Owhyuew (amboi korean sangat) wiwiwi.. Ibu n adik² aku masih kat korea.. Buat teman bergumbira abah aku..

Jeles. Jeles. Jeles.

Katanya dah nak winter kat sana. Bertambah jeles aku.. Rasa nak masuk dalam phone masa bervideo call dengan mereka kelmarin..

Haish!

Okeylah. Cukuplah entri ni sebagai pembuka selera korang. insyaAllah, ada kesempatan aku upadate lagi.
Anything for you, dear.
Eceh!
Bye! Lots of love!
XOXO

Monday, November 11, 2013

countdown untuk trip ke korea

Assalamualaikum and hello to all my fellas :)

Sihat semua?
Bagus. Alhamdulillah..
Bagaimana life?
okey2.. good2.. soo2.. nothing more noting left.. awesome.. great..fantastic..

bagi yang sedang berduka hati tu..
cheer up, babies!
La tahzan innallaha ma'ana..
(Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita)

Allah bersama kita..
tak kiralah kita ni jahat ke.. hodoh ke.. miskin ke.. kaki maksiat ke.. suka clubbing ke..
Bila Allah kata dia bersama kita, BENAR! Dia memang bersama kita
bersama untuk apa?
pandang2 je?
kesiankan ke?
sindir ke?

TIDAK!!!!

bersama untuk bantu kita kembali kepada Dia.. bantu kita untuk kembali tersenyum disini dan SANA.. bantu kita untuk bangkit semula.. bantu kita untuk melangkah, berjalan dan berlari mencapai syurgaNya..

Dia nak kita kita nie (kau aku dia si fulan si fulani mereka dia) MASUK SYURGANYA.
nak masuk kena ada tiket, macam pengesahan namalah..
kalau tak takut salah masuk tempat..
macam mana nak dapat tiket?
BUAT APA YANG ALLAH SURUH, TINGGAL APA YANG ALLAH LARANG..

tak mudah dan tak juga susah..
macam jawab exam "ada soalan/test yang mudah dan ada juga yang susah tapi yang pasti tidak melebihi dari kemampuan (silibis yang diajar) dirinya"
yeke tak?

back to the topic.. haish! yang menjela panjang tu just mukadimah..
yang cerita sebenarnya, Khamis ni, insyaAllah aku dan family akan fly ke korea..
negara plastik, negara artis, negara k-pop, negara gangnam, negara sonata, negara BOF (boys over flower), bla bla bla..

mohon doa.
sekalipun memadai
mohon segalanya baik dan berjalan lancar..


kalau tanya..
eksaited tu ada..tapi macam biasa aku sentiasa kekal cool dan macho..banyak kali, mak aku dah bising "A-nie, baju2nya sudah packing ka belum" (baca gaya mak indon nusantara lama)

and jujur aku tak kemas2 apa2 lagi..dengan barang yang nak bawa balik matrik pun tak asingkan.. hush hush hush.. (geleng kepala laju2)..kau dah kenapa aini?

flight balik sepatutnya sabtu minggu depan, tapi terpaksa di awalkan ke khamis.. because I have MUET bebeh!! hari sabtu.. kurang ajaqkan buat MUET hari sabtu, saja clashkan time cuti me and my family.. rasa nak bagi penumbuk je kat MUET nie..

okey.
sangat tahpapeje


#instagram #childish


fuh fuh fuh.. (buat penafasan macam ibu bersalin)
okeylah
anything nanti aku update yer..
doakan aku rajin :)
aku.
doakan.
korang .
juga.
rajin.
macam.
aku.
daaaa~
salam
XOXO

Friday, November 8, 2013

#THROWBAD

Bismillah

a lot of things had just happened to me.. too much for remembering but much more Ive already forgotten.. hurm, it's just too fast.. yeah, now..it's already a year since I was taking my SPM..a-l-r-e-a-d-y a y-e-a-r!!

woah! Plus, now I am already on my half-way to complete my matriculation life..what a fast life??!!
huh..

sometimes, I just feel "what have I done in my life?"

"what achivement can I proud of??"

"what kind of goal I have already gained?

"what that...what this.."

or "AM I JUST WASTE IT ALL??"

"AM I DOING NOTHING AFTER ALL ALLAH HAS GIVEN ME EVERYTHING??"

come on Aini, just say one thing.. something that values your life..Just one??
erghh...
hurmmm...
urrghh..

I dont think I have even for one?
No goal gained..
No achivement accomplished..
No life saved..
No right stood..
No and nothing

useless?
humanless?
heartless?
everything-less and at the least?

O' Allah, do forgive me again..
forgive me once..
forgive me more..

huuhhhhhhh.........................

its kind like..
hurmmm..
fuhhh...
I may not turn everything back..mend every break I did..cure every cut I made..delete every scene I took..

But, I hope for every cloud overwhelmed my life in future, there are still has a silver lining shining brightly :)

Tuesday, November 5, 2013

Verangan nak jadi macam dalam drama

Assalamualaikum and hai :)

dulu-dulukan aku selalu verangan nak jadi macam watak dalam drama yang aku tonton..especially, drama cina yang dulu2 pernah disiarkan kat TV 3 pukul 5-6 petang.. tak pernah tengok?? adalahh....dan sejak itu kan cita2 aku selalu berubah..CONTOH-kalau drama bulan nie cerita pasal pekerjaan berkaitan peguam.. aku akan pasang azam nak jadi penguam..siap conteng2 dalam diari tau youolls..

kalau drama bulan depannya cerita pasal pilot, aku mulalah pasang angan2 nak jadi pilot..walhal, yang berlakonnya orang lelaki kan..tapi, DO I CARE?? suka-suki akulah nak verangan kan?? hahaha..tapi bila kenangkan semula serius kelakar.. DASAR BUDAK TAKDA PENDIRIAN!!

pastu yang paling ketara gila..dulu2 aku selalu berangan nak cepat dewasa..sebab aku rasa dunia dewasa sangatlah OWSHEM!!...tapi, after all things...aku sanggup mati-matian nak tarik balik dengan apa yang pernah aku cakap dan pikir..

dunia dewasa tak BESHHH pown!! jadi kanak2 lagi best! tak yah nak pikir banyak masalah..yea dok? benci!! benci!! benci!! hahaha..tapi, that's life kan?? All we need is Tempuh dan Rempuh saja! YEAHHHH..

Have faith!

okBai :)

Friday, November 1, 2013

apa khabar semua

Bismillah

Assalamualaikum and hai!

fuuh..fuuh..fuuhh..awat banyak spider web kat sini..okey, aku lupa yang aku ni dah lama tak hupdate blog.. Cehhh.. APA PUN TAK BOLEH!!

okey, apa khabar semua? sihat tak? yang tak sihat tu bawa-bawalah berjumpa dengan doktor yea.. baca blog aku ni bukannya dapat sihatkan korang yea tak? tapi, urm..hiburkan hati korang tu boleh kowt.. ~~huhhuuhh BAJET 2x~~~

So, disebabkan lama sangat aku dah tak kerah otak aku nak bikin ayat panjang-panjang..harap maaf jika ada ayat yang TONGKANG-TERBALIK..parah wehh!!

life kat Matrik, alhamdulillah okey2 sahaja..seronok, walaupan ada orang kata pressure giler or what.. tapi HADA AQUE KEYSHAH?.. Just enjoylah nama pun study life-kannnn? Tipulah aku kata aku tak pressure duduk sana, tapi be possitive! pressure tu ada dimana-mana.. Yang penting kena pandai manage..

owh yeah.. aku dah cuti SEM..hooorrrreeyyyy *insert applause* and officially aku baru saja habis Final Paper sem 1..hahaha..pagi tadi..eh! kenapa aku rasa ayat aku macam terbalik yer? ahhh..lantaklahh malas nak backspace..

urm..apalagi nak cakap yer? owh..insyaAllah, aku akan ada trip ke Korea with family..insyaAllah nanti aku hupdate yer.. If tak mampu tulis panjang-panjang, nanti aku upload gambar ke..

owh yea.. aku dah ada Insta...horreeeyyyy *insert big applause* hahaha.. nak follow, ikut suka koranglah..

#S2BP7 #KMNS #INSTA
okeylah, that's all from me..nanti aku Update mana-manalah yang patut..doakan aku rajin yer..
daaa~~
wasalam
XOXO

Friday, September 27, 2013

Laluk tidoq

Hari ini aku amat, sangat ngantuk akibat ketidakcukupan tidur malam sebelumnya..

Jadi hari ni life aku sangat tak efektif.. Seperti ada pendulum bob berjisim 10 kg sedang bergayut dikelopak mata..

Berat babe!!

Habis kelas yang cuma setengah hari tidak jua melegakan kerna ada diskusi ilmu yg wajib dihadiri..

Sabar!

Jadi selepas tamat majlis aku jurus pulang kerana bayangan bntal tilam dan selimut sudah melambai-lambai untuk berdakapan.. Aduh!

namun itu juga sementara.. Kerna petang, tpat pukul 2.30 aku ada program mentor mentee..argh!!!!! Walhal jam sekarang sudah berdetik ke angka 2.10 petang..

'Takpelah.. Aku nak take a nap je.. Jadilah nak buat pujuk diri ni..''

Take nap punya pasal.. Sekarang, tadaaaaa.. Pukul 2.45 pm.. Dan aku tak solat lagi..

Rushing punya pasal, hampir pukul 3.00 pm aku bru smpai..

Duh!!

Dengan mata yg masih steam giler.. Aku cer tetahan.. Sehinggakan, mentor

'aini awak nie kenapa? Mcam org hisap ganja je..laluk semacam!!'

'saya memang laluk cikgu! Laluk nak tidoq!!' 

Namun ia cuma mampu ku jerit dalam hati.. Aduhai..

Sekian.. Krookhh..zzzZZZ

Monday, September 16, 2013

Kisah lucu semalam

Malam semalam, aku pergi swimming pool kat putrajaya.. Masa nak berkemas balik aku ternampak ada sorang lelaki ni, muka dia sejibik macam matlutpi..
Kurus tinggi.
Mata sepet..
aku kelip mata banyak kali..kot mata dah kero.. btul memang orang 2 wujud.. Aku tenung lama sikit, tetiba otak aku tringat video dia, rant on popularity.
'ish, kang dia pikir aku usha dia pulak!'
Aku pun blah ke cafe.. Harap tu cuma pelanduk 2 serupa..
Masa bru duk nak layan teh o' panas..
Dia datang smbil dukung sorang baby.. Dalam hati
'eh, mamat nie nak minta aku jdi spy ke apa?'
Aku cuba bt2 minat nak hirup air teh yg panaih giler 2!!
Tetiba,
'papa..papa..papa, nak beli air apa?'
Aku toleh, dan bru aku yakin itu bukan matlutpi..
Hahaha..

Saturday, September 7, 2013

Selamat jalan, abah

Assalamualaikum..
This would be a late-late post of mine.. rasa Lulz giler bila tidak dapat update dengan pantas, cekap n cekal (?) at the exact time..
sabtu tiga minggu yang lalu.. Malaih aku nak tengok kelendar bila.. Kami family, hantar my dad pergi korea.. I mean hantar kat KLIA lahh.. Bukan hantar dengan kapal terbang ke sana..
Haish.. Korang ni!!
actually, Memang sedih ar sebab my dad pergi sendirian.. Kerja kat sana.. Probably, dua tahun.. Kesian sangat2 kat my mom.. Terpaksa ditinggalkan..
I've ever asked him to bring my mom too..but, It's still in progressing.. Doakanlah yang terbaik..
Okey, got to go.. Saja nak chill kat sini.. Hahaha.
Bye, much love
XOXO



Monday, July 29, 2013

Sekali lagi

Pagi itu aku melewati detik2 hati yang sedang mekar
ya. mekar dengar rasa yang kunjung buat sekali lagi

hadirnya seperti bayu malam yang meniup
lembut!
halus.. 
nyaman dan tenang,
lantas membuat hatiku terbuai seketika
tanpa ku sedari..
aku membiarkan diriku begitu untuk seketika kalinya
berada dalam lautan perasaan yang hangat

huuuuuhh..

tapi sekali lagi..
itu hanyalah khayalan yang mengasyikkan.
khayalan yang berbaur impian

namun impian yang terbang meninggi hanya membawa kedukaan yang menyiksakan andai patah sebelah sayapnya..
jatuh terhempas ke dada bumi..
membawa lara yang tiada kesudahan
membawa tangisan yang tiada penghujungnya

ya. sekali lagi 

aku lepaskan perasaan yang sekali lagi kunjung..
kerana aku percaya.....
andai ia kembali, selamanya ia akan dihati
andai tidak
SELAMANYA IA TIDAK AKAN MENJADI


sincerely,
Aini Shahroni

Wednesday, June 26, 2013

Kenapa? Maka inilah jawapannya

Assalamualaikum,
hai, uolsss!!

haaaaaaaaaaa...dah lama giler er gila tak update blog..haish! sorry babe! :D


hmm..
so disini aku, saya, iolss nak habaq mai, awat chek dah lama tak update ceghita terbaru..*hamboi teruk gila bahasa aku*

nak tahu tak? *sila angkat lutut hampa dulu*
okey2.. bagus! excellente!

as you all can see my status above there..nampak dak? haa.. aku sekarang ni kat KMNS..

apa tu KMNS? menurut PokCik Google, KMNS merupakan sebuah kolej matrikulasi yang terletak di negeri sembilan yang berada di Kuala Pilah..
*pergh, desciption yang bagus*

so well, I'm college student now! yeay!!!!
gembiralah sangat :p

eh, lupa nak tanya..hampa semua apa khabar? duk cenghita pasai diri sendiri je, bajet orang nak tahu sangat! hahaha..

okey, malas nak taip lagi..
hahhh..

assignment chemistry!!!

ergh!
OKEY
BYE!!

doakan saya disini <3 br="">

Monday, May 20, 2013

Kaku

Dalam sejuta perkataan yang mampu mengungkapkan satu perasaan,
KAKU adalah perkataan yang paling cocok.


menginap ditempat yang terpencil di dalam hati,
diam bersendiri, menanti jawapan yang pasti..
dari Si Empunya diri


aku bukan tak bisa,
tapi tak mampu..
kerana aku bukan miliku


aku mahu luahkan,
tapi takut kehadiran tak diterima
maka lebih baik diam bersendiri
menanti minit yang sesuai
menanti detik yang bakal telerai


Oh Tuhan,
jadikan aku seperti Fatimah!
biarpun dia tidak seperti Ali..
meskipun tidak terluah
tapi dia mengerti dan merasai
kerana Engkau Tuhan yang memengang hati


Tuhan...

Tuesday, May 14, 2013

bulatan ukhwah

26/4/13 aku telah dipelawa oleh sahabatku, Iffa untuk terlibat dalam satu usrah yang dianjurkan oleh dia sendiri di KLCC Park.. bagiku, pesonally, ianya satu pengalaman yang sangat menarik..

"Pengalaman itu bukan sesuatu yang diungkap, tetapi di hadapi"

aku tidak pernah rasa berada dalam satu kumpulan yang mana tujuan berkumpul adalah kerana Allah.. ini kali pertama dan pertama kali..heh..segala atur cara telah dirancang baik, barangkali yang Di Atas turut mengatur sama..

image BERBEZA

perjalanan dari Bangi ke KLCC banyak menduga aku..mungkin kerana ianya perjalanan pertama aku bersendiri, tanpa keluarga..

Kuala lumpur banyak berubah, maju dan moden.. aku bagai rusa masuk bandar barangkali..ahaha! penggunaan LRT, keretapi yang menjadi keutamaan..membuat aku tersesak dalam lautan manusia, padat dan sempit!

tapi aku endahkan perasaan gusar yang mendatang kerana ia pengalaman baru yang perlu dipelajari.. manusia sedang membiak pesat!! hah.

kehadiran ku di KLCC bukanlah kali pertama, tapi nyatanya dalam sekelip mata banyak perubahan yang telah berlaku..

'inikah Malaysia tanah air ku?' hairan hati kecilku..
kelihatan bangsa asing telah mendominasi ibu kota.
huh! aku terasa asing di tanah air ku sendiri..

"weh, takpayah nak pergi oversea carik mat salleh..kat sini berlambak..tinggal pilih jer" seorang sahabat bercanda..

image BULATAN

berada dalam kelompok yang baru membuatkan aku berusaha untuk menyesuaikan diri..kejanggalan terasa bila pertama kali bersua..

tapi aneh, hanya beberapa ketika...kami mampu bergelak ketawa, berkongsi cerita, berbual sesama seperti sudah lama berkenalan, rapat dan akrab!!

barangkali magis kemanisan ukhwah telah mengena..awww

disaat angin sepoi bahasa datang menerpa membawa rahmah yang tiada terhingga.. masyaAllah, terasa bahagia sedang menyulam dibenak hati..

teringat seorang sahabat pernah berkata, "Kalau kamu tidak mampu mencari bahagia sendiri, maka carilah sahabat..barangkali dia bisa membahagiakan kamu"

hmmm..ada benarnya :)

image BERTEMU BERPISAH

banyak yang ku perolehi ketika berada dalam bulatan ukhwah itu.. barangkali bukan kerana ilmu, aku terpikat, tetapi akhlak..yea, tingkah laku mereka menjadikan aku rasa disayangi!

ouch! :')

mereka menyedarkan aku dalam persahabat itu ada roh.. jika bersahabat kerana Allah maka roh itu terus hidup dan menghidupkan..jika tidak, maka berlaku sebaliknya..

namun dipenghujungnya, kami terpaksa berpisah..tapi bukan untuk selamanya, jika tidak bertemu di dunia semula, barangkali di akhirat kelak, di syurga Allah hendaknya..

aku berharap..
semoga mereka pun begitu..

sahabat yang baik dia akan ada dimana-mana dan bila-bila diperlukan..Tetapi, sebaik-baik sahabat bukan yang sentiasa menemani jasad sahabatnya, tetapi yang sentiasa menemani sahabatnya dengan doanya kerana doa dari sahabat untuk sahabatnya, tiada hisab meskipun diliang lahad sahabatnya ditempatkan :D

image jumpa lagi..... 

Monday, May 13, 2013

adiku berjenaka..

adik aku kata

"Kak, nanti hang sambung belajaq..bilik hang tu jadi aku punya yer..semua barang dalam bilik hang tu aku akan jaga seperti barang aku"


*sengeh2 sambil angkat kening*


dalam otak aku,

'hang ingat aku akan blah macam tu je ke?? sebelum keluar dari rumah aku akan make sure bilik aku mcam nie'


p/s: dia ingat aku tak tau camner dijaga barang dia..nice try, dek oi!

Tuesday, May 7, 2013

fuh!! pru dah habis, flu mendatang

Bismillahirahmanirahim..

hai!!

dah lama tak update entri baru..banyak cerita nak kongsi nie..okey, aku cer try cerita satu persatu..insyaAllah.. sila baca dengan penuh khusyuk ;D

 LESEN KERETA

Alhamdulillah, setelah berkali-kali gagal dalam ujian praktikal..setelah berbaldi-baldi air mata dicurahkan.. setelah berkabung selama sebulan akibat kuchiwa yang tidak tertanngung..akhirnya, aku berjaya melepasi detik2 genting itu...alhamdulillah!! ngehehehe

honestly, perjalanan aku dalam mengambil lesen Kereta nie sungguh berliku-liku.. aku telah tersungkur berkali-kali, tapi bak kata aku -,-' "Allah aturkan kita jatuh supaya kita belajar untuk bangun"..and well, aku bangkit dan terus melangkah..dan akhirnyaaaaaaaa.....GOLLLL!!!!

hahaha!

aku dua kali re-test JPJ dan dua2 kat parking..sehingga aku sendiri mengelarkan diriku Raja Parking..huihuihui..

walau apapun, alhamdulillah!! akhirnya aku lepas juga.. tapi aku rasa, nie kira rezekilah..sebab masa hari test hari tu..boleh pulak kebetulan hari jadi JPJ yang jaga parking..dan beliau tersangat cool giler sehingga aku rasa nak minum cool blog tau..ngeee :D

masa taklimat, JPJ yang jaga parking/3 penjuru tu dia siap cakap  "Hari ini hari jadi saya, saya nak semua orang lulus!"

and seriously, memang dia bersungguh bantu budaxz2 test untuk lulus.. aku rasa tabik dan terharu  giler!! huhuhu...semoga Allah berkati hidup beliau..

 PERSIAPAN KE MATRIK

seperti yang aku update kat facebook page, insyaAllah aku akan melangkah kaki ke matrik!

nak tunggu keputusan UiTM untuk kejurusan yang aku mohon tu lama lagi..dalam bulan 9..jadi aku taknak buang masa..aku rasa otak aku nie dah beku dan bebal tau sejak tak jumpa cikgu dan ngadap buku..

so, insyaAllah 27 Mei nie aku akan melangkah kaki ke Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan.. semua bahan aku dah print out..

buku dan kad BSN aku dah buat.. tinggal untuk package barang je..

doakan aku yer..

ada orang tanya andai kata aku dapat tawaran Uitm tu acana??..

urmmm, huh!

nanti aku pikirkan semula..ergh! tengok dulu macam mana perjalanan aku di Matrik.. kalau boleh survive, aku nak teruskan..

 RESIGN

huh! nie part yang paling sedih! aku sebolehnya tak nak cerita..tapi, huh! nak tak nak..I need to make a decision.. insyaAllah aku akan meletakkan jawatan sebagai pembantu klinik 17Mei nie..

bekerja di Klinik tu sangat seronok..meskipun aku hanya buat kerja part-time..tapi, aku belajar banyak perkara..terutama sekali mengenai bersosial dengan orang..belajar menerima arahan..belajar untuk bekerjasama..belajar untuk bertolak ansur.. belajar untuk berkomunikasi dengan orang yang lebih tua..

alhamdulillah..

it's just a great memory I've never felt!! Allahu akbar!! its hard to say because its something that I can't see with my eyes, I can't touch with my hands, I can't smell with my noses BUT I know its there..I can feel it with my heart!!

I've started to love them as much as they will never know.. huhuhu...

sobs sobs sobs

okey, stop it!

weh! serius, aku tak tipu!! hati aku memang sedih untuk meninggalkan pekerjaan nie..meninggalkan kakak2 ku..meninggalkan kenangan yang sudah terlekat dihati nie..


may Allah bless this friendship.. sayang korang sokmo :)

till then..
XOXO

Sunday, April 28, 2013

#Pengalaman: Temuduga - Macam tu ek?

Assalamualaikum!
and  amigos!!

acana life? okey? stress? gembira? rasa nak terjun gunung? aha!

stop it -,-"

bersyukurlah weh, kalau tak mampu bersyukur dengan perkara kecil usahlah kata nak syukur dengan perkara besar.. yea dok?

kalau kita,
masih bernafas? syukur
masih berjalan? syukur
masih melihat? syukur

all you need, is, apprieciate with what you have before it become what you had.. okey, baby? GOOD!!!

urm....
nie nak cenghitalaa nie... pasai interbiu tuu... honestly, that is not what I expect.. I ain't said, I'd well-prepared for everything..but, it's just a little shock for me..

huh!
okey..

mula2 masuk ujian melukis, satu jam.. dalam dewan.. kendian, selepas ujian melukis, mula laa sesi bertemu dan diduga..alhamdulillah aku dapat sesi pertama, kalau tak, kena tunggu sampai berjam-jam...

interbiu dibuat dalam bilik yang agak besar , ada 4 panel, setiap satu panel ada dua orang, so kiranya dua lawan satu, maksudnya..dua interviewer satu calon..dan aku dapat panel yang ke-4..

okey nak pergi ke part yang sadis..

macam nie, sebelum interbiu tu aku ada collect beberapa soalan dari senior archi.. basically, diaorang kata penemuduga tu akan tanya beberapa soalan.. contoh;

  • tell us about your life
  • why you choose architecture
  • who the famous/the one who you respect in architecture field
  • the building you like, why
  • bla bla bla
aku kononlah bajet dapat semua soalan tu..so,aku studylah sikit..then, when the time came...pergh!!!!dia tanya aku dua soalan jer?? aku rasa akulah calon yang paling cepat ditemuduga..tak sampai 15minit kowt..

bila dia cakap,

''okey, anything you want ask me?"

aku rasa eh, dah nak habis ke?? seriously, aku rasa agak down sikit time tu.. aku mula rasa nak nangis, rasa nak meraung, rasa macam 'wwwwhhhhhyyyyyy???? tak layakkah aku untuk berpimpinan tangan dengan course yang aku giler2 nak belajar???'

Ini tidak adil, tidak adil  bagi ku -yuna

huh!

I don't know.. tapi, kalau fikirkan balik..memang ramai bakal budak archi yang lebih hebat dari aku.. diaorang bawak hasil2 drawing diaorang dari rumah..pergh!! sumpah, aku rasa drawing aku ke laut cina selatan sana..

tambahan lagi,aku nie memang bukan budak LK, dan tak pernah ambil kelas art melainkan masa sekolah rendah dan form1 hingga form3..

I just draw what come from my heart..

wuuuuuuuu....
wuaaarggghhh!!

okey, stop it!

at least I'd tried my best!! dan aku tak pernah cakap se-konfiden itu dalam bahasa inggeris pada orang lain.. aku rasa aku perlu tengok pada angle yang lain, even aku tak diberi peluang yang lama untuk bercakap siapa yang aku admire dalam archi field or architect yang aku kagum kat Malaysia or building yang paling aku suka dan terinspirasi, tapi aku dapatlah cakap kenapa aku nak belajar archi dengan konfiden..

takpelah...
Allah itu tahu yang mana terbaik untuk kita..

andai bukan rezeki aku dapat study kat uitm, aku tetap akan teruskan melangkah hingga aku diberi peluang dan ruang untuk berlajar juga dalam bidang ini..sebab aku memang nak belajar..

mungkin juga ada perancangan Allah yang lebih hebat.. mungkin Allah sempitkan jalan ini, supaya aku mencari cara lain untuk mendesign semula jalan itu agar lebih luas..

tiada jalan pintas untuk berjaya, kannnn??

okey, till then
XOXO

ops! sebelum terlupa.. Aku nak ucapkan terima kasih banyak2 pada Ibu aku.. terasa pengorbanan dia yang bersungguh-sungguh nak aku berjaya dalam course yang aku nak belajar..Abah aku yang memantau dari jauh segala urusan temuduga ini berjalan lancar... dan juga abang angah aku, yang jadi driver untuk ke sana..*yelah, aku mana tahu drive kat sana kannn..dan takde lesen lagi pun...* dan dan dan juga untuk semua yang mendoakan saya..terima kasih banyak2.. Moga Allah merahmati kalian :)
 

Wednesday, April 24, 2013

Interview fever pulaks

Assalamulaikum, you guys!!

what you're up to today? hopefully, everything's gonna fine! yeah! as you can read my title post, that's what I'm feeling now..horror!! eh?

I just drop by here for letting you all know, this saturday I'll have an interview at UITM Shah Alam for my further study in Bachelor of Architecture Course.. yeah, I know..Bachelor tuuuu..

I just hope I can do my best, and please pray for me..fuh!! 
wish me luck!
XOXO

Saturday, April 20, 2013

#Pengalaman: Orang G dan Stesen Kereta Api

Salam,

kejadian itu telah berlaku pada satu masa dahulu *okey sebenarnya aku lupa what the exact time*. masa tu aku ada Date dengan ex-private teacher aku.. Janji bertemu di KTM Ukm..tapi disebabkan aku nie agak clumsy sikit masa itu, aku tersalah ambil tren..lantas terjadilah satu drama yang aku akan ingat setiap kali naik tren..

alkisahnya begini.............................

Teacher aku tu dari seremban. Aku dan adik angkat aku (sama belajar) dari UKM..Kitaorang janji nak pergi jenjalan di Time Square. Kendian, disebabkan salah ambil tren, yelah sepatutnya tunggu satu lagi tren (konon nak sama2 dalam satu tren dengan teacher laa) jadi terpaksalah aku pergi dan turun dulu kat stesen KL SENTRAL dan tunggulah hampir setengah jam disitu.

tunggu punya tunggu..

punya tunggu...

tiba2 ada seorang mamat nie menghampiri aku. masa tengah menunggu tu. mula2 aku bereaksi macam biasa aje..siapa aku nak suruh 'Hoi Pok cik, tempat duduk nie sudah direserve sila beralih ke tempat lain'..mahu dipelankung kepala aku tak semena-menanya..

aku buat donno dengan muka donnat.....

...............

"adik, ada duit pecah2 tak?" dia tetiba bertanya..

aku dengan muka blur sekejap menoleh ke muka dia.. OMAK KAU!! Makhluk asing eh eh Pendatang Asing!!

serius terkezut mak noks!! dengan muka dia yang tercopang camping eh baju dia yang tercopang-camping, rambut kusut masai..membuat aku rasa nak pengsan time tu juga..

tapi aku istigfar bebanyak sambil berkata 'dihadapan ko tu manusia, bukan hantu, jin atau makhluk asing' duh!!

kendian, dia tanya semula soalan dia bila tengok aku diam sejuta bahasa..sambil dia tunjuk duit kertas Sehinggit..aku pun cari purse nak keluarkan duit syiling..

sambil aku belek2, cari2 duit syiling , dah cukup..aku bagilah duit syiling bernilai sehinggit tu pada dia..dia masih tidak berganjak, duduk disebelah aku.. mengira balik duit2 itu dengan suara yang kuat..

20sen..

40sen...

60sen..

70sen..

90sen..

SERINGGIT!!! yeahhhh *sambil menepuk-nepuk lutut aku*

dalam hati "apahal mamat nie excited sangat?? klo yer pun, jangan lah hempuk kepala lutut aku..kang tercabut, ko nak ganti ker??"

aku membebel dalam hati..tak selesa dengan kelakuan dia..dahlah depan khalayak ramai..tak pasal2 aku tuduh dia cuba ambil kesempatan..

selepas dia bersorak sakan tu dia blah sambil lompat terkinja-kinja..konon happy sangat lettew..WAIT!!! duit aku dia tak pulang!! ceh, kata nak tukar duit pecah2!.. last2 duit aku dia kebas.. (takpelah aku sedekah )

ingatkan orang gila tu tak cerdik, rupanya orang yang sihat pun belum tentu lebih cerdik dari dia....hambek sedas kat dahi..



akhirnya pernantian ku tamat, aku dengan adik angkat aku akan tersengih, tergelak bila teringat kejadian itu.. fuh!! nasib baik dia bukan nak apa2kan kami..nauzhubillah..

Friday, April 19, 2013

to all my sisters

*sticky post*
Bismillahirahmanirahim...

after all of sudden, now I'm making one entry again..fuhhh...*tak istiqamah langsung untuk tidak membuka internet sehingga SPM habis....adoi!!

but this entry is really important to me and to all my sisters out there..I watched one video recently..It's about why muslim women must wear a hijab..and how Islam honour all the ladies in Islam..this is the one I extremely want to share with you..This video you must watch it till the end..

niat dan harapan saya cuma satu jer...saya harap, all my ukhti diluar sana dapat memahami kenapa Allah mewajibkan kita kaum hawa untuk bertudung..wallahi, saya ingin masuk syurga bersama kalian semua..kerana syurga Allah itu terlalu luas dan sekalian makluk layak memasukinya..

namun saya nak ingatkan....

 kita memakai tudung untuk menutup aurat TETAPI menutup aurat tidak semestinya memakai tudung *korang boleh jer pakai baldi pastu buat lobang kat mata..

here we go.....

Ya ukhti...
this is for you,
the one whom I adore so much..
the one who easy to enter Jannah..
the one who is very important in Islam..
you're a core of this Ummah..
without your presence..
the world will going to die...
Islam would be nothing..

Ya ukhti,
this video I dedicate personally for you,
The one who have a high position in the eyes of Allah..
The one who is called three time more than a man..
you're the apple of Islam's eyes
Islam needs you..
the real you...
the real muslim woman......

ah! Aku Engkau jauh berbeza

Hadirmu di singgahsana hati
mengalir tanpa arus
berdiam tanpa deru
hanya berbekas dan bertapa di dalam hati

ah! Aku Engkau jauh berbeza

tiada pertemuan, tiada pertentangan mata
namun Engkau tetap di singgahsana
tidak berganjak apatah sehasta
menanti diri untuk tersedar

ah! Aku Engkau jauh berbeza

siapa aku, siapa engkau
untuk menyata 'layakkah?' pada si empunya
siapa aku, siapa engkau
untuk mendustai takdir yang terlakar

ah! Aku Engkau jauh berbeza



biarlah
biarlah
biarlah

yang jatuh, pasti akan bangkit
yang jauh, pasti akan berpaut
siapa sangka pada rancanganNya
sepayah mana, janjiNya akan terlaksana

percayalah~

-aini shahroni 19/4-

Wednesday, April 17, 2013

tak cukup masa nak Blogwalking??

Salam,

I wondered, how could some of Malaysian blogger managed their time between REAL life and Cyber world..


I mean macam mana they all boleh a.k.a sanggup blogwalking dari satu site ke satu site, isn't that took so much time to spend?? urmm.. For me, 'bapak ah!! susah kowt',.

honestly, I couldn't bear it.. sometime, I just felt they have more time than mine..maybe 25 or 26 hours per day..

ouh! stop it Aini!!

I can't be like them, even though I've forced myself.. urmm..

or maybe I need some tips from them??..or maybe they could give me some spells or whatever you named it??..ahaha!

okey,
Got to go..
hope to see you soon
XOXO

Tuesday, April 16, 2013

MANA MAK .....

Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama. Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi, "Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu. Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya 'Mana Mak?' apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, 'Mana Mak.' Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?'

Semakin anak-anak Mak besar, soalan 'Mana Mak?' semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.



Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

Monday, April 15, 2013

Yeay!! dah jumpa balik!!

Salam,

hari tu aku ada ngadukan yang follower widget aku dah hilang.. then, aku cer cari tutorial 'cari kod follower widget'

alhamdulillah!! akhirnya aku jumpa..tapi masalahnya, dia nak id widget tu!!pergh!! mana aku nak cari..lalu, aku dengan keringat yang penuh semangat cubalah cari tutorial yang lain..

hampir give up wehhh.. rasa macam "TAK NAK MENULIS BLOG AGI!!!" *nanges laju2*

follower widget punya pasal..huhuhu.. yelah, aku nak senangkan korang..pastu, dah penat2 aku kumpul follower *erk, nampak macam tak ikhlas jer*..tak.. serious, weh!! aku menulis sebab aku ingin berkongsi, tapi tanpa follower widget tu aku rasa macam 'hidupku hanya sampai disini saja'


hah.

even aku ada follower google plus, tapi itu tak sama..

last2, disaat aku betul2 nak surrender..aku belek2 semula "Add A Gadget"..pastu aku press "More Gadgets" dibahagian bawah "Basics"..aku scroll punya scroll..tiba2 mata aku berpinar-pinar *okey nie tipu* mata aku bercahaya kegembiraan..bila melihat

homaigod!!! wujud lagi rupanya.. pengsan-pengsanan aku ingat widget nie dah hilang..duh!!
okey kepada mereka yang pernah hadapi situasi seperti saya, jom kita buat satu group di Fb..huhuhu..okey nie lebih..

Alhamdulillah! seronok bebenaw! even aku tahu Pihak google tak lama lagi akan berhentikan penggunaan follower widget nie..tapi ADA AKU KEYSYAH??

:p

(nampak tak betapa seronoknya aku? even aku tulis nie pun dalam keadaan tak keruan)

haish.
okeylah boys and girls!
hope korang jangan 'boooo' aku akibat, aku tak tahu..at least, aku belajar untuk berusaha menyelesaikan masalah..

well done, Aini!

till then.
nah flying kiss!
muaahhh
xoxo

*P/S: maaf terpaksa buang SHOUTBOX sebab ada gak manusia yang tak paham bahasa..saya kata jangan spam link, tapi dia spam gak..ceh..orang nak blogdrifting pon tak senang..sori guys!! btw, follower widget aku dah ONG, jom pakat ajak orang kampung follower blog aku (follower Google+ sekali) supaya aku tercalon sebagai wakil rakyat blogger yang bertanding di PRU13..hehehehe*

Sunday, April 14, 2013

Hati buntu, Dia penawar

Bismillahirahmanirahim,


malam itu, nafas ku terasa sesak
badanku tiba mengerekot disudut itu
sakitnya membuat aku gelisah
namun ku gagahi jua
untuk beriak seperti biasa

hati cuba mencari sesuatu yang dulu kalanya diucap
bertapak berulang kali, diam di tepian bibir
namun minda ku disekat
agar bibir tidak dibasahi
lalu hati tidak dilegai

aku cuba untuk bangkit
mencari cahaya yang kian sirna
hanya di hujung corok itu, terlalu hampir
namun setapak aku melangkah
seribu menjauh

hatiku menjerit tatkala mindaku terkunci, melangkah
namun ucapan itu memudar bersama dosa yang terlakar
bukan sesuatu yang tersengaja
aku yang pilih dan itu pilihan
aku sesak bersama lautan sangkaan
sangkaku aku tidak buntu apapun, untuk bangun berdiri



akhirnya minda mengalah
kerna terbeban dengan dosa
membenarkan ucapan itu mengalir
dihati yang kontang
dibibir yang curang

Allah
Allah
Allah

lima huruf satu perkataan
tiada cela kerna Dia Maha sempurna
aku tertunduk
menahan malu
siapalah pengemis ini untuk bertatapan dengan Sang Pemilik dunia
siapalah aku yang menyangka dunia ini, mudah

hari itu telah berlalu
terpalit sebagai sejarah
bukan untuk kenangan
tapi sebagai pelajaran
agar jangan leka
meskipun untuk sedetik cuma

-aini shahroni-

Saturday, April 13, 2013

This Time

Salam,

I may never see tomorrow; there's no written guarantee.
And things that happened yesterday belong to history.
I cannot predict the future, I cannot change the past.
I have just the present moment, I must treat it as my last.

I must use this moment wisely, for it soon will pass away.
And be lost forever as a part of yesterday.
I must exercise compassion, help the fallen to their feet.
Be a friend unto the friendless, make an empty life complete.

The unkind things I do today may never be undone.
And friendships that I fail to win may nevermore be won.
I may not have another chance on bending knees to pray.
And thank God with a humble heart for giving me this day.

-Ghareeb-

Allahu akhbar! Betul ke?

Salam,

tadi,
sedang aku rajin belek2, entry lama aku kat wall post.. Sekali aku terkejut beruk manusia bila melihat nie


50 RIBU lebih orang G+!! what? MasyaAllah! jadi aku pun buka dan baca semula entry aku tu.. huhu.. Its just a piece of thought of mine..Allahu..

I'm blessed, you know.. urm, thinking of it again, everything happens, come with the intention.. The main propose why 'we' write the entry..

Ini yang membuat aku untuk lebih berusaha mencoret karya2 yang lebih bermutu, bernas dan ikhlas (niat lillahita'ala).. InsyaAllah!

okey.. bagi yang ke tinggalan, jangan risau dan bersusah payah untuk membelek-belek entry2 lalu.. neh saya tolong letakkan [link kat sini]

selamat menjamu minda dan jiwa anda :)

till then..
May Allah bless, you guys!
XOXO

Akhirnya!!

Salam,

ola!
hyeee! *senyum sokmo*

Alhamdulillah, akhirnya siap juga aku mengedit blog aku nie..
boleh terasa kot otak aku mengembang dan mengempis *imagine*

So, acane dengan template baru aku nie? berat, ke? sesak,ke? menyemak, ke? hah, silakan untuk mengomen.. kali aku bagi peluang untuk korang nak kritik blog aku..cengggg :p

aku pun dah sediakan SHOUTBOX, pasnie boleh ar korang menjerit, melalak kat blog aku.. kalau aku sempat, aku blogdrifting kat blog korang yer..tapi janganlah korang spam link! Bak kata senior +Nurul Aini tak takut ke makan duit haram? *spammer itu adalah penjenayah siber*

tapi aku ada benda sedih nie..huhu T,T
follower widget aku dah hilang semasa pasang template denim nie.. aku ada backup, tapi tak tahu nak cari kodnya..huh! tak apalah, lagi pun tak lama lagi Pihak Google akan berhenti/membuang  follower widget tu...

jadi JOM pakat ramai2, follow Google Plus pulak..ehikhik :)

Sanggup gak aku :p besengkang mata dua malam berturut-turut, menahan lapar *hampeh turun 2 kg jer* semata-mata untuk buah hati ku sorang nie..

nampak tak betapa toughnya aku nie *bajet2*

okeylah, till then
XOXO

Terima kasih juga pada Kak Husna yang sudi membantu :) 

Friday, April 5, 2013

REVIEW SEGMEN: JANGAN SENTAP!!

Salam,

fuhhh..

pegel2 kaki guwe berblogwalking dari satu blog ke satu blog.. tapi lumayan lorh.. guwe ari ini, diberi kuasa VETO untuk menghentam blog2 terpilih..huahahahaha.. *gelak kejam*

nggak usah bicara panjang.. ayuh kita maju..(urgh, apasalah aku nie bersinetron pulak?)

NO 1

Penulisan: (Passed)- Not bad, kelihatan seperti gadis remaja yang manja (?), boleh didefinasikan seorang yang sangat pemurah sebab suka klik iklan orang.. well done!

Templete: (Something wrong somewhere)- mungkin Music Player tu, tak berapa sesuai digunakan diblog anda sebab ia memberi impak buruk..*bad bad bad SCM Mp*.. mungkin boleh tukar ke Youtube Mp3 or Youtube autoplay macam yang saya gunakan..tutorial kt blog Kak Lysaa..btw, sya memang suka giler lagu A T Y tu :) other than that, You're pass!! Shout Box tu cool giler!! buatkan satu, boleh? free? hewhewhew..

Bintang: 4/5

NO.2
Penulisan: (Passed)- As mature as you're, work more hard boleh jadi daie' yang bagus dialam siber nie..insyaAllah..teruskan berkarya :)

Template: (Passed)- loading 3 pat kali pun still laju..sukasuka! tapi ada satu pertanyaan, adakah template ini dibuat di laptop?

Bintang: 4/5

NO.3

Penulisan: (Passed)- 3 M (Menarik, Memukau,Mantopppp)..mungkin kerana menulis dengan santai, al-hasilnya saya pun membacanya dengan santai tanpa perlu mengerut-cerutkan dahi saya sehingga kelihatan seperti orang tua.. Well done!

Template: (Passed)- Simple dan sedap mata memandang.. if penulisan dan mantop, template tolak belakanglaa..huhuhu..keep it up!!

Bintang: 4½ /5

NO.4


Penulisan: (Passed)- rasa diri nie kool giler baca entri2 dalam blog..memang setuju kalau dengan penamaan blog..terasa bahagia..sempat juga singgah ke bulatan blogger.. hope dapat update usrah2 / entri2 yang mantop2 :)

Template: Not bad..seperti NO 3 tadi..if penulisan dah bagus, template tolak belakang..huhuhu

Bintang: 4½ /5

NO.5

Penulisan: (Passed)- blog lebih terarah ke personal journel..saya berharap akan jadi seperti itu juga

Template: (Passed)- kelebihan blog awak adalah pada templatenya..cantik, kemas dan menarik.. sebelum terlupa..tahniah sebab dah tukar ke domain sendiri..saya baru perasan..bravo!!

Bintang: 4/5

NO.6
Penulisan: (Passed)- seperti yang anda sudah tahu kalau tak tahu tolong buat2 tahu.. saya adalah salah seorang pengintip rahsia blog MenulisMenconteng..sepanjang pengintipan, tiada apa yang tidak menarik.. well done!

Template: (Passed)- sempoi saje..

Bintang: 4/5

NO.7
Penulisan: (Something wrong somewhere)-actually, susah sikit nak kritik blog nie..takut dihempuk kepala aku dengan keyboard tuan punya blog..ahaha..xdelah..huhuhu..setelah diselak-selak entri lama, satu jer conclusion yang boleh dibuat, ada sesuatu yang perlu diperbaiki..KEEP IT UP :)

Template: (Passed)- as simple as tittle :)

Bintang: 3½/5 dan satu  istimewa sebab sudi buat entri.

NO.8

Penulisan: (Passed)- boleh tahanlaa.. tabiklah blogger yang rajin balas komen :) overall penulisan, ada yang seronok baca, ada yang macam -,-" 

Template: (Passed)- simple.. tapi header awak memang styloo..I loike :)

Bintang: 3½/5

NO.9 

Penulisanan: (Passed)- Bapakkkk arrgghh *itu eksprestasi aku bila baca blog U*.. mantop babe..well done! and keep it up!

Template: (Passed)- Simple jer.. penulisan dah bagus, template biasa2 okey jerrrr...ehiks

Bintang: 4/5

NO. 10
Penulisan: (Passed)- aku dah kenal kak Biela nie agak lama lahh.. dari domain.blogspot ke domain.com.. dari tulis suka2 sehingga menjadi penganjurkan besar GA/SEGMEN \.. gembira lihat perkembangan positif beliau.. harap terus sukses selalu.. dan semoga menjadi "Doktor rawat hati" yang dapat mentarbiah hati2 manusia..

Template: (Passed)- awesome giler..

Bintang: 4½ /5

NO.11

Penulisan: (Passed)- simple..nothing more I can say, but keep it up :)

Template: (Passed)- simple dan okeylah..ERK..

Bintang: 3½ /5

NO.12

Penulisan: (Passed): masih boleh dipertingkatkan lagi.. *meleleh ayaq liyoq tengok ais-krim tu* keep it up, my dear..

Template: (Passed)- sedap mata memandang.. cantik + simple..well done!

Bintang: 3½/5

Sorry tak mampu nak hupdate secepatnya..sebab ada macam2 kengkangan.. apa yang aku tulis ini, adalah hasil penelitian aku sendiri yakni sebagai seorang manusia..lain orang lain citrasa..lagipun, aku bukan perfect sangat pownn..hehe..sory sesangat kalau aku menyelongkar entri2 lama korang..tujuannya adalah untuk memberi penilaian terbaik.. komenter yang baik ambil sebagai motivasi,  yang kurang baik ambil sebagai pembaiki diri.. thanks sebab sudi join..wassalam..semoga kita berjumpa lagi..daaaa..XOXO