My Journey


Pernah bercita-cita untuk menjadi seorang juruterbang wanita pertama Malaysia, tetapi sangat mencintai dan ingin mendalami ilmu biologi, namun pernah dipanggil untuk menyahut cabaran dalam bidang seni bina walaubagaimanapun telah ditakdirkan menyambung kehidupan sebagai mahasiswi kejuruteraan elektrik-elektronik ketika ini.
[3rd year survivor of electrical & electronic engineering student]

Instagram

Tuesday, November 27, 2012

Aku, Lim dan Islam (renungan bersama)

by Abdullah Dari Jeram Pasu on Monday, September 6, 2010 at 10:11am

Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak, Lim Wei Choon. Sama-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM, Aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama. Setiap kali hariraya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. Kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali untuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim. Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan agama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami.

20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya. Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. Maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar.Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.

Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair.Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya.

"He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago.".

..Subhanallah! Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.

Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan.

....Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang. Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.

"Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang", ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu.

Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku. Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.

"Talha, kau kawan baik aku kan ? betul tak?..."

"Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu?".

"Kalau kau kawan baik aku, kenapa kau biarkan aku diseksa?"

"Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?"

"Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house.Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia , negara Islam ni? Dan mengapa aku di Islam kan oleh seorang bekas paderi kristian?".

Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.

"Kalau betullah kau kawan baik aku, kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? Kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa di dalam api neraka? Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk Islam hingga aku mati, aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain. Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah dengan melahirkan kau di dalam keluarga Islam. Tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.".

Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu

"Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah. Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tiadak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong agama Allah? Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal.. Sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah. Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir."

Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! Dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar. Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telak dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu.


Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru. Aku ingin berdakwah! Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku Islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?

Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.

P/s : sebagai Tauladan.. (credit to kak Farah Lee)

Sunday, November 25, 2012

lepaskan aku..

maaf entry ini adalah luahan hati aku semata-mata.. Jika kalian mahu tahu BOLEH minta password padaku..



Aini akan berhenti berblogging dan bertwitter seketika.. Aini mahukan sedikit ruang untuk merungkai ikatan rasa dihati.. Moga kita bertemu kembali..(itupun jika ada yang perduli)

where are we? #PrayForGaza

Bismillahirahmanirahim..

assalamualaikum to all my brothers and sisters..

Aini sengaja mengambil masa yang sedikit lama untuk meng'update' entry ini.. Aini tahu terlalu ramai yang update entry berkenaan palestian.. Aini baca setiap isi yang dikarang oleh kalian..tidak kira sama ada ianya diblog, facebook atau twitter..and what I want to say, May Allah bless all of you.. sangat murni usaha kalian..

“Barang siapa mengerjakan kebaikan seberat zarrah, nescaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan barang siapa mengerjakan kejahatan seberat zarrah, nescaya dia akan melihat (balasan) nya.” Al-Zalzalah: ayat 7-8
ENTRI ini khusus untuk diri Aini terutamanya..

dan peringatan dan harapan dari Aini untuk semua yang membacanya

Wahai saudaraku,
jangan berhenti dengan jihad yang kalian lakukan sekarang ini kerana zionis (yahudi) tidak pernah berhenti mengkhianati janjinya..

I could have killed all the Jews, but I left some of them to let you know why I was killing them- Adolf Hitler

jika yahudi berani mengingkari perintah Allah swt, kenapa tidak mereka mahu mengingkari perjanjian mereka dengan PBB..

Saudaraku,
target mereka adalah anak2 palestin..

 



sebabnya tanpa generasi ini, tiada lagi yang dapat mempertahankan palestine.. Allahu Rabbi.. 

Ayuh, kita muhasabah diri kita semula!!!.. dimana kita? dimana kita? dimana kita?

mereka hidup untuk mati, untuk membela maruah diri @ agama @ negara, menuntut kebebasan.. tapi kita?

INI BUKAN SAHAJA SOAL AGAMA, TETAPI SOAL KEPERIMANUSIAAN..

layakkah mereka diperlakukan sebegitu???

maka bantulah mereka..

  • TERUSKAN BERDOA 
  • BERILAH SUMBANGAN BERBENTUK WANG
  • JANGAN BERHENTI MEMBOIKOT AGENSI YANG BERKOMPLOT DENGAN ZIONIS
dan yang paling penting..

binalah ukhwah yang kukuh sesama umat Islam kerana hanya dengan perpaduan, Islam kembali menang..

ya Allah, sesungguhnya Engkau yang Maha Perkasa.. Tidak pada yang lain kami ingin meminta.. Maka bantulah mereka.. menangkan mereka, kalahkan yahudi laknatullah..
ya Allah, sesungguhnya sengala keagungan adalah milik mutlakMu..  maka bantulah kami dalam memperjuangkan hak mereka.. kami ini lemah.. kami ini lemah.. kami ini lemah..
ya Allah, sesungguhnya apa yang ada dilangit dan dibumi adalah dibawah kekuasaan Mu, maka satukanlah kami seluruh umat Nabi Muhammad dibawah satu panji kemuliaan Islam..
ya Allah, hanya pada Mu kami memohon dan hanya padu Mu kami meminta.. selamatklah Gaza, selamatklah saudara kami, selamatkanlah iman kami.. berilah syurga firdaus buat mereka yang berjuang dijalan Mu, sembuhkan luka-luka mereka akibat kedegilan kami yang tidak membantu, kuatkan hati mereka dalam terus memperjuangankan Islam dan beri peluang pada kami untuk berada disisi mereka.. amin..amin..amin..

#SAVE GAZA #FREE PALESTINE

Saturday, November 24, 2012

Segmen Kenal-Kenal Bersama Aisyah Humaira'

Bismillahirahmanirahim..

segmen yang kedua yang menarik perHATIan Aini adalah segmen kak niera..psstt psstt.. Uiolss nak tahu kak niera nie kahwin waktu muda...masih belajar lagi..sweetkan? ce kome terjah blog deme sini

ehehehe..kak niera jangan maraaa haaaa.. senyum tunjuk gigi sikit..ehikss..

sebelum tue meh Aini tepek banner dulu..


honestly, segmen ini bertujuan untuk merapatkan ukhwah sesama APBM (Ahli Persatuan Blogger2 Malaysia) 

erk..wujud ke persatuan nie =,="
muehehehe..

so, what I need to do is I have to introduce my self to all the awesome bloggers..ahakss..

Nama sebenar : Nuraini Shahroni

Lebih dikenali : Aini Hawani (nak tahu ceritanya jom baca disini, disini dan disini) jadi boleh panggil saya Aini, Hawa, Ain..

Lahir : Bulan September tahun 1995 (yeahhh I'm SPM candidate.. *nada penyanyi opera dalam jamban*)

Status : absolutely, SINGLE (no couple, not yet marry)

Asal Usul Nama Blog : cita-cita saya nak jadi seorang arkitek tapi atas sebab tertentu saya lebih memilih untuk jadi lecture dalam bidang architecture.. In Shaa Allah..(jika ada rejekinya)

Prinsip : Have faith in Allah.. Imposible is nothing.. Just do it..

kata2 mutiara untuk blogger yang baca entry nie

Yang cantik itu bahasa, 
yang indah itu pekerti, 
yang baik itu kita kongsi bersama, 
yang jahat itu kita saling tutupi..

sebelum ambo terlupa.. bisakah tuan amboo semua mengeLIKE entry ambo yang satu nie dan jangan lupa tinggalkan komen yang mantop tau > sini sini sini

PENCARIAN 20 BLOGGER BERTUAH BY YANA

Bismillahirahmanirahim..


hello.. I'm Aini Hawani.. *nada minah kepit*
ingin menterjerumuskan diri dengan segmen kak yana yang tersanghat ki-ut tue..
seyes, Aini tengok header blog Kak yana terus rasa "WOAHHHH COMEYNYER HEADER"
pastu dalam hati ' patutlah comey tuan blognyew pun sama comey'

tak caya ce tengok nie..

comey kaaann ^__^

BY THE WAY...
*maaf entry ini tiada unsur terlebih gedik yang boleh menyebabkan orang yang membaca ingin muntah empat baldi..dan tiada juga unsur untuk membodek kak Yana yang comey tue -titik-*

dah dah.. jangan nak membebel sangat.. jom kita baca apakah segmen yang KAK YANA buat..


nampak tak? Aini tepek banner besau punya..meuhehehe...

tak naklaa mengaharap tapi moga2 boleh tercalon..  *ayat bajet retis letteuw*
ehiks... tak delah.. itu semua rejeki macing macing..kaaaannnnn


sapo2 yang nak join silalaa rajinkan jejari mu untuk menekan banner yer..

sebelum ambo terlupa.. bisakah tuan amboo semua mengeLIKE entry ambo yang satu nie dan jangan lupa tinggalkan komen yang mantop tau > sini sini sini

tinggal dua papers untuk diTERMINATEkan..doakan Aini tau tau tau..
lots of loveeeeeeee

Wednesday, November 21, 2012

Blog Popular milikku..

Bismillahirahmanirahim

apakhabarsemuayangsedangmembacablogAini......

hyeee UIOLLS,
nampak tak title post saya tue.. rasa maca nak muntah 55 baldi? rasa nak baling bom nuklear kat pemilik blog ::Arkitek Hati:: ? rasa macam ada cacing menari-nari dalam tummy Uiolls?..ehiks..

okey UIOLLS,
mari kita mengedik-gedikkan diri dengan membaca entri Aini yang sememangnya terlebih gedik.. ahaks.

APA ITU POPULAR?

kata budak tadika

popular tu macam artis

kata budak sekolah rendah

popular tu bila semua cikgu masih ingat nama penuh kita meskipun sudah tidak bersekolah disitu.

kata budak sekolah menengah

popular itu apabila semua mata memandang kita, memuji kita, melebihkan kita.. Banyak dapat LIKE difacebook, RETWEET ditwitter dan FOLLOWER diblog..

kata aku

popular itu adalah apabila kita sudah berjaya menyakinkan diri kita dan orang lain yang kita boleh buat banyak perkara meskipun tidak semuanya..

BAGAIMANA NAK PORPULAR?

kata budak tadika

selalu puji orang, sebab manusiakan suka pujian

kata budak sekolah rendah

hari-hari tunggu depan pagar sekolah, jadi orang pertama yang sambut pengetua datang.. baru boleh dilabel pelajar mithali

kata budak sekolah menengah

buat sesuatu yang orang lain tak buat, seperti semburkan kereta ketua displin dengan cat merah.. esok harinya comfirm popular sebab pengetua buat perhimpuanan tergempar sebab nak rotan pelajar yang terlebih popular

kata aku

banyakkan memberi (sedekah) : Ilmu, harta dan tenaga..Bukan saja popular didunia bahkan diakhirat.. bukan dikenali dibumi malahan dilangit..


KENAPA PERLU POPULAR?

kata budak tadika

supaya semua oranggggg sayanggggg...

kata budak sekolah rendah

supaya cikgu beri lebih perhatian, nanti dapat pegang banyak jawatan dalam sekolah

kata budak sekolah menengah

supaya orang kenal "Akulah Paling Meletop Di Sekolah Ini", nanti ramai peminat dan pengikut.

kata aku

supaya kita dapat berkongsi segala suka dan duka bersama kerana kitakan 'satu' malaysia

AKIBAT TERLEBIH POPULAR?

kata budak tadika

hidup dalam penjara

kata budak sekolah rendah

teman dan lawan bersatu untuk menjatuhkan kita sebab cikgu memberi lebih kepercayaan pada kita daripada dia

kata budak sekolah menengah

ramai orang dengki dan sakit hati...

kata aku

kurang masa untuk muhasabah diri kerana terlampau mencari populariti..


" Contest ini dianjurkan oleh Blog CoretanAnuar.Com ditaja bersamaSembangHari2Discount-Hari2 , azri.my  ,  bardboo.com , CikTom.com , emasfizikal.comsyaisya.com percutianku.com Sjiehan.com StudioAksara eyriqazz.com
itu kata-kata dari ku.. bagaimana denga kalian? adakah ia berbeza? jadi perlukah kita popular? jom kita berkongsi....

Sunday, November 18, 2012

segmen HH Ajak Kenal Blogger Baru

Bismillahirahmanirahim..

hello amigos!!
urm..tiba2 rasa bosan nak berblogging..*sebenarnya tidak ada idea nak menaip*

jadi Wa men'join'kan diri dengan segmen bratha HH....

kelik banner kalau nak join jugak

Wa tak tahulah sama ada blog Wa ni ada peminat / pembaca ke tidak? almaklumlaa, Wa bukan macam blogger yang lain.. letak pictha berlambok-lambok kt sini.. tayang muka dari pelbagai angle..yang senyumnye mcam2 rupa, sengeh tiga suku, gaya posing mengalahkan retiss..blablabla..*annoyingnyew Cik Aini nie..sekeh kang* meuhehehehe..

tujuan Wa berblog, Wa dah pernah cerita kat sini..
tapi untuk lebih specifickan.. Wa berblog sebab Wa nak berkongsi sesuatu (benda baiklaa) dalam hidup Wa kepada SEMUA ORANG..sesuatu itu termasuklaa Ilmu, Pengalaman, Perasaan, Idea, Pendapat..

blog Wa tidak memerlukan kata2 kasar @ lucah @ umpatan.. Wa tak suka orang kata buruk pasal Wa jadi Wa tidak akan sesekali mengata buruk pasal orang lain (kecuali ianya teguran yang berbentuk universal)

Wa start berblog sejak umur 15 tahun.. tapi usia blog ::Arkitek Hati:: baru satu tahun setengah yang lebih.. nak lebih paham sila scroll sampai bawah..

bagi Wa "different person have different opinion" jadi jika Wa ada kemukakan sesuatu pendapat, Lu'orang janganlah hemtam Wa kt twitter ke, Fesbuk ke, blog Y'Alls ke or kat sini..*bajet retiss lettuw* cakap bebaik yeah?.. Wa makin sayang orang yang berani teguq Wa dalam keadaan berhemah..

untuk pengetahuan Y'Alls, blog Wa nie kekadang ada unsur terlebih gedikss, gurlish2 yang tahap maximum so bagi yang tak suka..urrmm..sorilah tak dapet eden nak tolong..

dan ada masanya Wa menggunakan kata ganti nama diri yang berlainan, bergantung pada mood Wa masa menaip..Wa tu singkatan bagi nama HAWANI..Wa kan peminat setia drama #adamdanhawa nak tahu lebih lanjut boleh baca disini, disini dan disini

Wa sangat mengalu-alukan segala komentar yang membina.. Lebih banyak Y'Alls komen, lebih kerap Wa kunjung blog Y'Alls..okey bebeeh ^___^

erk, macam dah terlebih 100 p.p lah pulak..Bratha H.H. jangan sebat Wa dengan bulu ayam togel..owhhh tidakkkkk....muehehehe..

okey..beghehh doh..

Wa bukan Maria Elena , mahupun Fatin Liyana bukan juga Cik Epal dalam dunia berblogging.. Wa tetap Wa dan sentiasa ingin menjadi diri Wa kerana diriku begitu berharga
*iklan L'oreal Paris*

Friday, November 16, 2012

Allah's love stands when all else has fallen..

Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum..

sudi tak Y'Alls on-kan music blog Aini sebelum melanjutkan pembacaan Y'All untuk entry nie.. 
*buat muka manjeeeee*

saja nak suruh Y'Alls berfeeling-feeling..
hehehe..thanks pada yang sudi.. (meh cuit hidung sikit)

as Y'Alls aware..
Candido SPM dah nak mengangkat senjata semula 19 Nov nie..
cuti seminggu nie sangat menyesakkan perasaan Aini..
huuuuuhhh *sigh*
cuti yang sangat tidak effective buat Aini..
aini tak boleh salahkan sesiapa.. sebab ianya sememang salah Aini..

orang lain boleh jer study leklok..so, why I couldn't??
"engkau yang tak pandai hargai masa, sebab itu ia nak divorce dengan kau"
blablabla...

bila fikirkan semula..
betul kata seorang kakak nie pada Aini..
niat Aini nak SPM nie sdikt terlencong..
sepatutnye, Aini lebih pentingkan ILMU yang Aini pelajari..
bukan SPM punya exam punya result..
paaaaap *tampar pipi sendiri*

Allahu Rabbi,
"Ilmu Aini....Ilmu... Bukan kecemerlangan semata-mata"

aini perlu sedar sekarang ini yang kecermalangan bukanlah segala-galanya jika tiada redha dari Allah dan kedua ibu bapa.. if I make them happy, Allah will happier too..
may Allah ease :')

I.L.M.U
Ikhlas . Luas pemikiran . Merendah diri . Usaha .
Ikhlas bermaksud melakukan sesuatu tanpa mengharapkan balasan
terimakasih kak Hadaina.. atas peringatanmu yang sangat bermakna.. Aini sayang akak..*peluk* sobss
hehehehe..lebih2 pulakkan?
nota hati:- I have to wake up early tommorrow.. so good night everybody...errrkk.. good morning laaa.. doakan saya jadi insan yang berguna didunia dan akhirat..fighting! striving! praying!

Wednesday, November 14, 2012

Adam & Hawa are just a love story of theirs..And I'll have mine too

Bismillahirahmanirahim..

Hello amigos!!!
tak pernah tulis tittle post sepanjang tue...huehueheu..
by the way, sebelum UIOLLS melanjutkan pembacaan diBlog Wa nie..
Wa ada satu lagu yang Wa akan sasau bila mendengarnyew..
check this out>>


'dan kau bawa aku ke awan.. menghias langit...merangkai bintang-bintang menjadi sebuah kata..sebuah kata cinta....'

poyossssslaa Aini nie..
berjiwang bagai.. huakahakah..
paaaap *tampar pipi sendiri*

to be honest, Wa nie peminat setia drama bersiri #AdamDanHawa..
*tekup muka dengan bantal busuk*-blushing-
tapi LU- LU yang baca blog Wa nie jangan berani bocoqkan rahsia Wa kat orang lain yang Wa nie sebenarnya jiwang karat..
nanti hilang kemachoan Wa yang telah lama Wa pelihara.. LOL
bahahahahaha..

Monday, November 12, 2012

Bukan Fantasi, Tapi realiti

Bismillahirahmahirahim..

Mari kita bermuhasabah diri.. tentang apakah TUJUAN SEBENAR or what the MAIN PURPOSE of us in this world? Are we come to this world is just for fun?? NOPE.. so what will happend if we ignore or we put aside our obligation toward this life?? do you want to know?? watch this video *bajet cakap omputih letteuuw*



--------------------------------
Do leave your comments
-----------------------------

Saturday, November 10, 2012

Kak Fatin Liyana

bismillahirahmanirahim


*tengok jam*
haishh..dah pukul 4 pagi laahh..disaat orang tengah sibuk buat peta kat bantal..Aku masih tak tidor lagi..nak kata study..macan dah merapu meraban otak aku nie digest benda yang aku baca..adoiiii..

jadi, aku singgahlah ke TIUB-AWAK jap.. (youtube laaaa) pastu terjumpalaa satu video nie.. tengak date vid itu dipostkan..dalam hati 'nampak sangat aku dah ketinggalan zaman..orang len dah beli mercedez benz aku baru nak buat kereta lembu'...ehikss..-hiperbola pulak daaa-

video apa?? nak tahu...okey, tak yah nak membebal bagai.. jom kita tengok vid nie, bagi yang dah tengok sila komen sikit, bagi yang belum, lebih baik diam dan teruskan menonton ^____^


#kita berblogging nie bukan "sepatutnya" nak kejar trafic or follower tapi nak share sesuatu dari hidup kita untuk manfaat semua...yea dok?#

love you kak fatin....
btw,
kelaka laa trio NLKO..lebih2 agi Fizo Omar.. obvious kowt nak ngusik kak fatin..ngeeee

pada yang tak kenal kat kak fatin..rasa nak buat muka terperajat giler laaa..ehikss
ada orang bagun kul 4, buat tahajjud....kita?? muhasabah diri bersama

Thursday, November 8, 2012

Operandi Berdiet (maklumat)

Bismillahirahmanirahim..


okey sekrang Aini nak nyatakan apa yang perlu UIOLSS buat untuk join operandi ini..


  1. Tampal banner ini di sidebar uiolls supaya orang tahu anda salah satu ahli kepada operandi 

  2. Buat satu entry yang bertajuk OPERANDI BERDIET..perkara yang perlu ada dalam entry itu adalah
  3. Nyatakan lingkungan berat badan anda sekarang
    A(100kg-96kg)
    B(95kg-91kg)
    C(90kg-86kg)
    D(85kg-81kg)
    E(80kg-76kg)
    F(75kg-71kg)
    G(70kg-66kg)
    H(65kg-61kg)
    I(60kg-56kg)
    J(55kg-51kg)
    K(50kg-46kg)
    L(45kg-41kg)
    Nyatakan specific target berat badan idaman korang.
    contoh;- 50KG
  4. tidak wajib follow blog saya, tapi wajib follow fan page saya... sebab nanti saya nak hupdate tips amalan sihat dalam berdiet dan berkongsi maklumat dengan pakar diet.
  5. setiap minggu UIOLLS digalakkan hupdate tentang perkembangan diet dan berat badan UIOLLS..nyatakan aktiviti yg UIOLLS buat sepanjang minggu dan harapan UIOLLS untuk minggu seterusnya(letak link dibawah banner di sidebar UIOLLS dan comment box di fan page saya)
  6. kesimpulannya, diside bar blog UIOLSS perlu ada 12 links perkemabangan, 1 link pengenalan(TIGA BULAN-dua belas minggu) tentang perkembangan diet korang..
  7. saya akan letak link blog peserta yang join diside bar saya sepanjang operasi ini berlangsung..(supaya saya senang nak review)
  8. tarikh pelancaran belum ditentukan lagi..tapi dalam jangkaan akhir bulan sebelas..jadi UIOLLS dah boleh bersiap sedia untuk berdiet dengan sihat sepanjang tiga bulan..
  9. digalakkan mengajak@menyebar kepada sahabat2 UIOLLS untuk join operandi ini..
  10. bagi yang tiada blog, tidak menjadi masalah untuk UIOLLS join sbab yang penting UIOLLS ada account fesbuk..dan like fan page saya
  11. buat sementara ini..HANYA nie  je yang perlu UIOLLS ikut..nanti dah buat entry..postkan link kt fan page saya...terima kasih bebanyak..lots of love ^___^

UIOLLSS bagi pendapat boleh, tak?

Bismillahirahmanirahim..


hyep.. awak..awak..dan awak..
saya nak buat satu tinjauan..
untuk mengetahui berapa ramai responden yang ingin men'join'kan diri dengan operasi yang ingin Aini buat..
*ayat skema bagai*

okey, Aini straight to the point..
aini nak lancarkan satu operasi yang memakan masa TIGA bulan..
operasi ini Aini namakan "OPERANDI BERDIET" 

operasi ini bertujuan ingin mengajak seberapa ramai (terutamanya) wanita diluar sana untuk menjalankan dan mengekalkan gaya hidup yang sihat..

selalu kita dengar, bila orang kata "Aku nak berdiet" dalam pikiran kita dah SETkan mesti dia nie nak kurus..
sebenarnya, kita berdiet tidak semestinya untuk KURUS..tapi sudah pastinya untuk SIHAT..

jadi operasi ini boleh dikategorikan sebagai contest dan habuannya ANDA mungkin akan berjaya mengurangkan seMAXIMUM yang boleh berat badan anda..saya berani jamin jika anda berusaha bersungguh-sungguh anda mampu mengurangkan paling kurang 5-10KG dalam tiga bulan..

insyaAllah..

untuk entry kali ini, Aini just nak tahu ramai tak orang nak join.. insyaAllah, dilain entry Aini akan hupdate, apa yang perlu UIOLLS lakukan untuk terlibat dengan operasi ini..Operandi Berdiet (maklumat)

ORANG KATA "ADAKALANYA JIKA KITA NAK BUAT BENDA BAIK KITA KENA AJAK RAMAI ORANG SUPAYA KITA LEBIH SERONOK DAN BERLUMBA-LUMBA UNTUK MEREALISASIKAN PEKERJAAN YANG KITA BUAT"

#Operasi ini juga bertujuan  untuk semua peserta saling support each other dan berkongsi pengalaman bagi yang dah pernah berdiet#

~BERDIET UNTUK SIHAT~

Thursday, November 1, 2012

Bahang sudah terasa!! ?*SPM*

Bismillahirahmanirahim..


adiosszzz..
sekarang memang sudah terasa bahang SPM yang akan tiba 3 hari lagi..
diulangi 3 hari lagi...
fuuuhhhhh...
ibarat cacing kepanasan yang tidak memakai sunblock dibadan..
debaran 24/7 tanpa henti..
tambahan pula pagi tadi kitaorang susun meja kat dewan..
'unfortunately', AINI diLETAKKAN diantara dua pelajr yang bijak + genius..
ohmaygod!!! tiba2 rasa down sekejap..
rasa tak bermaya nak duduki SPM isnin nie..
suddenly, my friend told me..
"sebenarnyew ada good effects duduk dengan diaorang..
mana tahu aura kepandaian diaorang singgah kat Aini.."
then,
my teacher, Pn Idura said...
'bukan Aini duduk dengan orang hebat, tetapi orang hebat yang duduk dengan aini..'
okey sekarang dah bersemangat semula.. LET'S GO AINI... KEEP STRIVING AND MOVE FORWARD!!  saya minta maaf pada UIOLLS...dan tolong doakan Aini.. and the last but not least, pada SPM candidates yang lain..all the best in your exam..teruskan berusaha meskipun diminit terakhir
Hujan lebat sesangat..rasa sejuk..ngeee..tadi terserempak dengan Adam..dia sweet sangat..btw, dewan periksa kitaorang berbeza..jadi tak dapatlaa jumpa dia hari2..*gedikzzzzzz* All the best Adam.. kita doakan awak dari jauh..maybe awak tak tahu pun..btw,I believe you can do it!! chaiyokkkk ^____^