My Journey


Pernah bercita-cita untuk menjadi seorang juruterbang wanita pertama Malaysia, tetapi sangat mencintai dan ingin mendalami ilmu biologi, namun pernah dipanggil untuk menyahut cabaran dalam bidang seni bina walaubagaimanapun telah ditakdirkan menyambung kehidupan sebagai mahasiswi kejuruteraan elektrik-elektronik ketika ini.
[3rd year survivor of electrical & electronic engineering student]

Instagram

Wednesday, June 7, 2017

Kehilangan yang memisahkan selamanya

Esok paper terakhir aku untuk perjalanan tahun 3 sebagai pelajar kejuruteraan elektrik-elektronik di UTM ni. Doakan semoga esok berjalan lancar dan dipermudahkan untuk aku dan kawan jawab paper esok dengan tenang.

Di saat aku sibuk nak revise balik untuk subjek esok, aku sempat scroll IG aku. Lalu, terkeluar berita mengenai adik syahid, anak Bazli UNIC baru pergi meninggalkan dunia ini. Inalillahi wainnalahirajiun. Sebak terasa dihati. Aku sejak dahulu mengikuti perkembangan adik Syahid, agak terasa kepergiannya. (Time nak taip ni pun terasa nak berair je mata)

Hari sudah mendengar dua berita kematian dan kedua-dua berita itu adalah dari anak kecil yang pergi meninggalkan dunia. Serius aku terasa, kalau lah semuda itu Allah boleh tarik nyawanya, apatah aku yang telah 22 tahun ini, pasti sahaja nama aku menunggu giliran seterusnya untuk dipanggil menghadap Allah.

Aku terfikir apakah benda yang aku boleh bawa sebagai bekalan aku disana? Apakah jawapan2 yang boleh aku jawab bila Allah tanya aku nanti?

Aku kelu.
Aku tidak pasti aku punya jawapan itu.
Aku tidak pasti aku bisa menjawab setiap lontaran soalan malaikat kubur nanti.
Selama 22 tahun aku hidup, apa yang sudah aku lakukan?

Hmmm.

Di satu sisi lain.

Aku tertanya bagaimana rasanya kehilangan orang yang kita sayang? Kehilangan yang memang kita tak akan nampak jasadnya lagi di dunia ini. Kehilangan yang memisahkan dua dunia.

Suaranya sudah tidak dapat didengari.
Sentuhanya sudah tidak dapat dirasai.

Aku tak boleh bayangkan perasaan itu,
Aku takut untuk membayangkan perasaan itu,
Aku takut jika diuji dengan ujian sebegitu.

Kerana itu aku selalu menangis bila mendengar berita tentang kematian sebab aku rasa kematian benar-benar pemisah satu jasad yang masih hidup dengan satu jasad yang sudah mati.

Macam mana kalau rindu?
Kalau yang jasad itu sudah kaku

Macam mana kalau perlu?
Kalau yang jasad itu sudah ditumbuni tanah dan batu

Macam mana kalau mahu?
Kalau yang jasad itu sudah tidak menyahut seperti dulu

Allah..

Aku takut untuk menghadapi saat itu
Tapi, kematian itu sesuatu yang pasti.
Tiada kejadian yang sepasti itu,
selain kematian yang menunggu

Jika saat itu tiba,
aku mengharap sangat aku bisa tenang dan redha untuk merelakan pemergiannya

Jika saat itu adalah aku,
aku mengharap aku bisa pergi dengan tenang dan diredhai semuanya

Aku juga mengharap agar saat itu adalah saat yang paling mengembirakan kerana aku bakal bertemu dengan penciptaku dan mengharap aku bakal disambut dengan ceremony dan paluan gendang yang cukup indah disana.

Buat Adik Syahid,
Aku pasti kau sedang tenang disana.
Semoga dapat ketemu lagi duhai Adik Syahid Bintang Syurga.
Kehilangan yang memisahkan selamanya tetapi itu cuma didunia
Moga2 ada pertemuan semula di Syurga sana

Image result for adik syahid


No comments: