My Journey

Pernah bercita-cita untuk menjadi seorang juruterbang wanita pertama Malaysia, tetapi sangat mencintai dan ingin mendalami ilmu biologi, namun telah dipanggil untuk menyahut cabaran dalam bidang seni bina walaubagaimanapun telah ditakdirkan menyambung kehidupan sebagai mahasiswi kejuruteraan elektrik-elektronik ketika ini. [3rd year survivor of electrical & electronic engineering student]

Instagram

Thursday, January 26, 2017

B.A.N || Bab 3

"Err, cik okey?"
"Cik?"
sergah lelaki itu.

'Eh, lama ke aku mengelamun? Ish, malunya..'
bisik hati Aishah.

"Ehem. Oh, this is your luggage? I am really sorry, I was on the phone just now. So, I was not focusing when I took that luggage. I thought it was mine."
jelas Aishah.

"Oh, I see. Never mind. So, here your luggage. May I take mine?"
kata lelaki itu dengan memulangkan luggage Aishah lalu menunjuk bagasi dia yang masih di atas troli Aishah.

Aishah senyum dan angguk.

"So, I have to leave now because I have important thing to do. Hopefully, we can meet sometime at somewhere. Okey? See you soon. Bye"
Ucap lelaki itu sebelum berlalu pergi.

Aishah hanya sempat membalas pelawaan lelaki itu dengan senyuman. Bayangan lelaki itu hilang dicelah orang ramai di lapangan terbang itu.

'Banyak juga luggage yang dia bawak? Pilot itu datang sini nak bercuti ke? Eh, yang aku nak sibuk sangat kenapa?'
hati Aishah bermonolog.

Aishah berjalan menuju ke pintu keluar. Dia ingin mengambil teksi untuk pergi ke guesthouse Mrs Silming. Aishah teringat perbualan dia dan Mrs Silming semasa masih dalam lapangan terbang tadi, logat Mrs Silming ada campuran chinese-british.

'Dia banyak merantau agaknya'
agak Aishah dalam hati.

Kereta kuning berhenti dihadapan Aishah, cermin tingkap kereta diturunkan. Pemandu kereta menyapa Aishah.

"Anyeonghasayo.. ne, where you want to go?"
sapa pemandu itu dengan lembut.

Aishah tersenyum lebar ketika mendengar logat pemandu itu yang sangat comel untuk didengar.

"Ajushi, can you bring me to this place?"
Aishah menunjukkan telefon pintarnya pada pemandu itu.

"Doemnida.. come come"
Ajushi pelawa Aishah masuk teksinya. Diangkatkan bagasi Aishah ke bonet belakang.

Aishah masuk ke dalam kereta, dia duduk di bahagian belakang. Aishah mengeluarkan sweaternya yang disimpan dalam beg sandang lalu dipakai. Suhu di luar lapangan terbang Incheon lebih sejuk dari suhu di dalam lapangan.

"Kamsahamnida. Ajushi, ireumi mwo yeyo?"
ramah Aishah dengan bahasa Korea.

Aishah sempat belajar bahasa korea dahulu untuk subjek tambahan semasa degree dulu. Tetapi, dia hanya tahu bahasa perbualan yang biasa-biasa. 

"Nae i reu meun Jeok Sik Hung. I can speak english. I learn from my passenger."
balas pemandu itu.

"Johseumnida, good ajushi! Not many korean people can speak good in english"
puji Aishah dengan bahasa mudah. "Ajushi, "today's whether is cold . Seoul will be winter soon, ne?

"Ne, snow will come down very soon. You muslim?"
tanya pemandu itu tiba-tiba.

"Ne, ajushi. I'm muslim."
jawab Aishah dengan senyuman.

"Oh, you wear scarf on your head"
balas pemandu itu dengan senyum juga.

Kereta sunyi sebentar. Aishah melemparkan pandangannya ke luar tingkap. Teksi yang dinaikinya sedang merentasi sebuah jambatan. Di bawah sana, mengalirnya sebuah sungai yang panjang.

'Cantiknya, warna air sungai tu'
bisik Aishah.

"This is Han River."
beritahu pemandu itu.

"Geurae yo? Yeppeuda, ajushi."
balas Aishah dengan nada gembira.

"You can jogging, every evening. Its good, very nice"
beritahu pemandu itu dengan ramah.

Aishah senyum. Han River ini mengingatkan dia tentang sesuatu yang pernah menjadi istimewa dalam hati dia. Keputusan dia untuk datang ke Kota ini semula adalah untuk mencari semula perasaan-perasaan yang dia pernah ada dahulu untuk memulihkan kelukaan yang sedang tersimpan dalam hatinya.

Aishah mengharap Kota ini dapat menyembuhkan dirinya semula seperti mana Kota ini dahulu pernah buat. Kota semangat, kota rawatan dan kota penyembuhan.

Birai matanya mula berair. Aishah cuba menahan ia dari terjatuh, tetapi dia tidak berdaya. Akhirnya mengalir juga air mata yang pertama untuk hari pertama kedatangan dia di sini. Mengalir bersama air yang mengalir di Han River. Dia hanya merelakan perasaan itu seketika.

'It's okey, Aishah. You'll be healed. It's just the matter of time.'
bisik hati Aishah.




















#bab3
#belumadanama
#novel

Baca bab sebelum:

Bab 1, 2,

No comments: