My Journey

Pernah bercita-cita untuk menjadi seorang juruterbang wanita pertama Malaysia, tetapi sangat mencintai dan ingin mendalami ilmu biologi, namun telah dipanggil untuk menyahut cabaran dalam bidang seni bina walaubagaimanapun telah ditakdirkan menyambung kehidupan sebagai mahasiswi kejuruteraan elektrik-elektronik ketika ini. [3rd year survivor of electrical & electronic engineering student]

Instagram

Saturday, June 20, 2015

first year final exam #randomtarbiyah1

Dengan nama Allah, Pemilik rezeki manusia
Salam sejahtera untuk Muhammad saw, Kekasih Allah

******

sejujurnya aku tidak tahu macam mana nak gambarkan 
perasaan aku sekarang ni
rasa yang semua bercampur baur, 
rasa down dengan paper final, 
rasa excited dah nak balik rumah,
rasa sedih sebab tak kuat
rasa kosong secara tiba2
rasa gembira esok last paper
hmmm

*heavy sigh

"bila sendiri kita tak kuat.."

tarbiyah dzatiyah,
usrah lalu,
topik yang dibincangkan,
bekalan untuk minggu ni dan minggu2 seterusnya
tarbiyah pada diri sendiri dengan diri sendiri

"tahulah aku ini sebenarnya sedang diuji"
getus hati

"bila seorang, kita senang futur. Maka cari teman yang mengingatkan kembali tujuan berada di dunia ini"
hati bebicara lagi

betul juga.
Allah...
kembalikan roh iman kepadaku..
















*****

hari ini hari terakhir aku dibilik ini
sem depan duduk tempat lain
tipulah kalau aku kata aku tak akan rindukan bilik ini
sebab bilik nilah yang menjadi saksi
perubahan aku..

cerita sedih, pahit, payau, bahagia, gembira, seronok
semua pernah tertayang dibilik ini
masa aku mula2 mengenal tarbiyah
cuba menentang ajakan tarbiyah
mujahadah berada dalam tarbiyah
semua pernah terlakar disini

entah..
tiada apa yang akan kekal disisi
melainkan cinta pada Ilahi
begitu jugalah bilik ini
sedalam apapun aku sayang untuk berada disini
suatu masa nanti, aku kena lepaskan juga
hmmm

Allah...
kuatkan aku, duhai Yang Maha Kuat














******

selesai basuh baju, cadar 
packing barang untuk diangkut ke tempat penumpangan sementara
sebelum naik sem untuk pindah ke tempat baru
hmmm, alhamdulillah..
Allah masih berikan kesihatan yang baik
untuk buat semua benda itu

'Things-to-do' yang dah buat
hantar barang yang di-pack kat rumah yang nak ditumpang
which's actually, saudara belah abah
baik orangnya selalu tolong aku
owh, sebenarnya business roti dialah yang aku tolong
sama2 sedara, apa salahnya bantu
tapi, hakikitnya dengan business roti tu
aku tak perlu nak susah2 pergi mini market untuk beli roti lagi
aku bantu dia tapi dalam masa yang sama aku still dapat benefit

owh, satu lagi perkara yang aku belum @ sedang buat
study untuk last paper esok, Electronic Device
moga Allah permudahkan
untuk aku dan rakan-rakan yang lain
insyaAllah, amin..

esok kul 4.30 petang bertolak dari sini
pulang bertemu family
rindu..
dah lama tak balik rumah

Allah...
sabarkan hati ini kerana hanya orang yang bersabar yang akan masuk ke syurgaMu

*******

benda ini aku nak luah di sini
supaya tak jadi luka yang bernanah dalam hati
supaya tak jadi kudis yang membusuk di hati
aku terasa
aku kecewa

entah, mungkin silap aku dimana-mana
barangkali salah aku yang tidak disedari
mungkin aku sahaja yang melebih dalam merasa itu dan ini

tapi aku harap segalanya kembali pulih
hubungan persahabatan yang pernah terjalin
janganlah kerana aku memilih jalan ini
kita akan bertentangan laluan

justeru aku merasa manisnya berada dijalan ini
aku mahu kau juga merasa
tetapi, kau seakan menolak
kau seakan menjauh, hmmmm
kerana apa?

"mana mungkin jalan kau pilih ini terasa manis, jika terpaksa lalui di atas jutaan duri?"

kau tinggalkan jahiliyah
tinggalkan attachment dunia
tinggalkan keseronokan yang dikandung bumi
tinggalkan perkara yang menjauhkan diri dengan Pencipta

wajib komited dengan tarbiyah
wajib fikirkan hal2 ummah
wajib perelokkan niat setiap masa
wajib pandai membahagikan masa
wajib jaga akhlak dalam semua benda, semua perkara
supaya tidak memberi fitnah pada agama

"mana mungkin jalan kau pilih ini terasa manis, jika terpaksa lalui di atas jutaan duri?"

*sigh

justeru itu.... 
aku memerlukan kau
untuk bersama-samaku
membuang semua duri di atas jalan ini
supaya aku, kau dan mereka-mereka diluar sana
yang ingin berada dijalan ini
tidak lagi cedera, terluka dan berpatah balik semula dari jalan ini

barangkali bukanlah manusia tidak mahu mengenal Penciptanya
mereka cuma tidak jumpa jalan yang sebenar-benar menyakinkan

apa mungkin jalan yang lurus itu, lantas ditaburkan kaca dan duri itu
lebih dipercayai atau jalan lurus yang dihiasi rerumpun yang lembut dan segar menumbuh?

bantu aku untuk membersihkan jalan ini
dari fitnah2 yang pernah dicipta

bantu aku untuk membersihkan jalan ini
dari keladak2 jahiliyah yang pernah dicalit oleh mereka2 yang mempergunakan agama

bantu aku untuk hiasa jalan ini kembali
dengan kefahaman2 yang dipasak oleh Baginda Nabi satu ketika dahulu

bantu aku untuk memperluaskan lagi jalan ini
supaya lebih ramai yang akan ikut dan menyakini inilah jalan menuju Tuhan

aku tidak mampu bersendiri melakukan tugas ini
Islam bukan dibina atas dasar keindividuan
tetapi dibina apabila terjalinnya ukhwah sesama individu muslim yang faham
tugas sebenar mereka dicipta didunia

Allah..
bersihkan hatiku, duhai Yang Maha Suci

********

tangan yang  menaip lebih dekat dengan hati yang berbicara
supaya akan aku tatap lagi catatan ini
andai satu masa nanti aku terlupa
yang paling utama, segala apa yang tercatat

Moga Allah Redha

Tuesday, June 16, 2015

Dan bergetarlah jiwaku saat terbaca ayat ini

"Jika kamu (menganggap bahwa) kampung akhirat (surga) itu khusus untukmu di sisi Allah, bukan untuk orang lain, maka inginilah kematian (mu), jika kamu memang benar." (Q2:94)

Golongkan aku
Penghuni syurga Firdaus,
Syahidkan aku,
Masukkan aku ke syurgaMu tanpa dihisab ya Rabb.

Kau yang Maha Lembut
Kau yang Maha Pengasih
Kau yang Maha penyayang

Tarik rohku dengan kelembutanMu
Tempatkan aku dengan kasihMu
Lindungi aku dari azab kubur dan azab neraka dengan sayangMu

Kau tuhanku
Aku hambaMu

:)

Bed time story- apa itu jahiliyah

Dengan nama Allah, Pemilik jari jemari aku
Salam sejahtera ke atas imamku, Muhammad saw

Umar al-khatab pernah berkata,
"Ikatan keislaman seseorang boleh diragui jika dia tidak mengenali jahiliyah."

Jahiliyah?
Apa itu jahiliyah?
Bagaimana ia berlaku?
Kenapa ia wujud?
Masih wujudkah jahiliyah dizaman serba moden ini?

Jahiliyah ada sesuatu yang menjauhkan kita dengan Tuhan yang Esa.

Segala apa bentuk perbuatan, kepercayaan, ucapan yang menjauhkan kita, menidakkan keEsaan Allah itu adalah jahiliyah.

Contoh.
Tengok drama korea. Running man. Little of superman. Maharaja lawak. Yadada yadada. Whatsoever anything that makes people forget about Allah, even just a second, it's JAHILIYAH.

Semua orang atas muka bumi ini ada jahiliyah masing2. Sama ada kita sedar atau tidak. Sama ada kita nak admit atau tidak. Sama ada kita nak ubah atau tidak. Itu adalah atas pilihan kita.

"..Sesungguhnya, Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka dengan sendiri.." (Q13:11)

Allah dah beritahu. Allah dah beri jalannya. Allah dah tunjuk pun mana laluan yang betul dan mana yang salah.

Allah bagi kita choice
Untuk kita pilih laluan hidup kita
Samada berlandaskan al-quran secara total
Atau berlandaskan nafsu syaitan semata
Dan ketahuilah tiada jalan diantara keduanya

Seperti
Putih atau Hitam
Syurga atau Neraka
Benar atau Salah
Baik atau Jahat

Tiada jalan yang diantara keduanya.
Tiada jalan yang kelabu itu dalam Islam ni.

Maka kalau tak dibuang jahiliyah
Mana mungkin Islam yang kaffah tu akan tertegak?

Kalau tidak dibuang jahiliyah
Mana mungkin sifat wahan itu berhenti bermaharajalela?

Kalau tidak dibuang jahiliyah
Mana mungkin ibadah semakin bertambah khusyuk, iman semakin mantap, akhlak semakin mulia?

Macam mana nak buang jahiliyah?
Okey, sekarang.


Pekara pertama perlu buat.
Kenali jahiliyah dalam diri.
Check semua perlakuan, kepercayaan perkataan kita, mana2 yang tidak mendekatkan diri pada Allah
Itulah jahiliyah.

Dah kenal.

Start benci jahiliyah itu.
Sebab kerana jahiliyah itu kita jauh dengan Pencipta.

Buang sejauh-jauhnya dalam tempat yang busuk sehinggakan kita jijik nak kutip balik jahiliyah itu.

Mujahadah.
betul, ia tak mudah. Tapi yakinlah ia juga tak susah. Syurga itu memang untuk orang2 yang berjuang. Lawan. Yakin kuasa Allah, rahmat Allah akan bantu kita. Cinta Allah tu Maha Hebat. Mana mungkin kita nak dapatkan cinta Allah tu dengan hati kita yang terpalit dengan najis jahiliyah. 

InsyaAllah. Kita boleh. Kita umat nabi Muhammad yang gagah perkasa. Kita adalah umat yang dipilih dan terpilih. Kita kuat sebab kita ada Tuhan yang Maha Kuat. Kita bergantung pada ikatan yang kuat dengan Tuhan yang Maha Kuat. insyaAllah kita boleh buat.

"..barangsiapa yang ingkar kepada taghut (syaitan dan apa sahaja yang disembah selain Allah), dan BERIMAN KEPADA ALLAH, MAKA SESUNGGUHNYA DIA TELAH BERPEGANG KEPADA SIMPULAN TALI YANG AMAT KUAT YANG TIDAK AKAN TERPUTUS" (Q2:256)

Bertaubat.
Kalau dalam perjuangan itu kita tersungkur, maka cepat2 kita bertaubat dan minta keampunan Allah. Jangan berputus asa dengan rahmat Allah. InsyaAllah, nafsu akan jinak dengan taubat yang sering dibuat dengan rasa kehambaan dan lemahnya kita. InsyaAllah.

Aku tulis untuk peringatan diriku.
Duhai hati,cekalkan hatimu
Kau pasti diuji, maka tanamkan tauhid mu dipasak yang paling dalam.

Moga Allah redha.

Saturday, June 13, 2015

Tahniah Kak Fatin Liyana Asri

dengan nama Allah, Tuhan Pemilik Cinta

alhamdulillah, segala puji-pujian hanya untuk Allah
selawat dan salam buat imanku, Muhamad saw

alhamdulillah dan tahniah buat kakakku yang sangat comel
Kak Paten dan suaminya, Dr AF

masyaAllah, tak sangka begitu cepat masa berlalu
masih teringat saat kali pertama mengenali kak paten
hanya dari blogwalking dari satu blog ke satu blog
lalu terjumpa blog Kak Paten
masa tu Kak Paten  masih bergelar pelajar perubatan lagi
pelbagai kisah yang dikongsi

hihihi, masa sungguh telah berlalu
aku sempat  melihat perubahan Kak Paten
masa mula2 belajar pakai stoking
insyaAllah perubahan ke arah yang lebih baik
dan diredhaiNya

Alhamdulillah,
penghijrahan itu sangat diberkati
Allah melimpah berbagai nikmat
tanda rahmat dan kasih sayangNya
dikurniakan keluarga yang harmoni
kehadiran Kak Maria dan Nadrah
dan sekarang dikurniakan suami yang insyaAllah
mampu membimbing ke jalan Allah
dengan lebih dekat
dengan lebih teguh bila bersama

aku doakan segala yang terbaik untuk Kak Paten
moga2 pernikahan ini adalah penyatuan dua hati
hingga ke syurgaNya

moga kalian akan bersama-sama didunia
dan disyurgaNya kelak

moga kita berjiran di Jannahtul Firdaus
nanti bolehlah kita berkongsi banyak cerita disyurga kelak
hihihihi
insyaAllah

okey, Kak Paten
dari adikmu

ps: mungkin kita tak pernah berkenalan didunia ini,mungkin juga suatu hari nanti, tetapi barangkali mungkin kita pernah berkenalan di alam roh dan mungkin akan menjadi jiran di alam abadi yakni disyurgaNya. InsyaAllah

dan aku akan diuji..

dengan nama Allah, pemilik darah2 yang mengalir didalam tubuhku
salam sejahtera untuk imamku, Muhammad saw

alhamdulillah..
masih diberi rezeki untuk mencatitkan
sebuah hikayat lagi dilaman ini

alhamdulillah..
atas nikmat2 yang telah Allah beri
dan yang sedang Allah beri

alhamdulillah..
atas nikmat iman dan islam

alhamdulillah
atas nikmat2 kefaham ad-din

Maha suci Allah
segala puji-pujian hanya untuk Allah SWT

wallahi,
Dia sangat mencintaiku

wallahi,
Dia sangat menginginkan ku untuk berada dalam kalangan
hamba-hambaNya

wallahi,
Dia sangat mahukan ku untuk masuk ke dalam syurgaNya
disatu masa nanti
masa yang tidak lama lagi
yang bila berada didalamnya
hanya ketenangan dan perkara yang suka ria sahaja yang terdapat di dalamnya
dan tidak sesekali manusia ingin keluar darinya
itulah syurgaNya yang didalamnya mengalir
sungai2 yang indah yang tidak akan mampu dibayangkan pacaindera manusia

Maha suci Allah
meletakkan aku didalam jalan tarbiyah ini
untuk mengenal Dia
untuk mencintai Dia
untuk sentiasa on track jalan menuju ke Dia
dan syurgaNya

aku adalah hambaNya
dan Dia adalah Tuhanku

sungguh, dijalan tarbiyah ini
aku mengerti akan satu perkara
jangan pernah berhenti untuk mencari
jangan pernah berhenti untuk perbaiki diri
jangan pernah berhenti untuk merasa hinanya diri
dan jangan pernah berhenti untuk bertaubat walapun telah berkali-kali

sungguh, Islam ini adalah agama yang sentiasa memberi harapan
Allah berfirman dalam buku cintaNya al-Quran
"mintalah padaku, akan Aku kabulkan"
"Allah tempat meminta segala permintaan"

sungguh, Allah memberiku bermacam kefahaman tentang Dia,
dan tentang agama yang diredhaiNya

maka bila diberi ilmu dan kefahaman
maka akan tiba saatnya
dan aku akan diuji

diuji tentang apa yang aku fahami
diuji tentang apa yang aku imani
kerana itulah ciri2 orang mukmin
teori and praktikal adalah seiringan

kerana apa diuji?

supaya kamu digolongkan sebagai orang2 yang bertaqwa

insyaAllah
berjuanglah, mujahidah Allah.
kerana syurga itu adalah untuk orang yang berjuang
yakni berjuang mencapai redha Allah

moga Allah redha

Thursday, June 11, 2015

Terbang tunduk Fynn Jamal

dengan nama Allah, tuhanku

terbang tunduk
sebuah lagu yang sangat menginspirasikan
aku tujukan lagu ini
untuk diriku yang kini dan masa hadapan
agar jangan pernah takut untuk 
terbang tinggi

tetapi sentiasa juga
pasakkan dalam dada
sedalam-dalamnya akan satu perkara
setinggi mana kau terbang
jangan sesekali kau lupa
akan SIAPA yang buat kau
----untuk terbang tinggi





Tuesday, June 9, 2015

engineering untuk akhirat?

pernah je rasa nak give up
rasaaa penat sangat
bila aku mengadu

"engineering ni nak bunuh aku ke?"

"aku dah tak laratlaa"

"aku tak faham apa yang disumbat dalam kepala otak aku ni"

"aku nak buat sesuatu yang aku nampak hasilnya"

"aku nak belajar something yang aku boleh apply terus dalam kehidupan seharian"

"aku stress sangat, tolonglah aku nak quit study"

"sistem universiti ini membunuh aku, aku tak larat, lepas kuliah, quiz, lepastu test yang tak sudah2 kuliah balik, test lagi, lepas tu final.. apa nie?? engineering..kau menyakitkan aku"

yadada..yadada...

sigh

sobs

sigh

sobs

aku tak tahu untuk kali ke berapa aku berperasaan sebegini
aku rasa loser sangat sebab aku senang sangat rasa down

walhal, aku tahu, aku sedar,
aku amik engineering ni adalah atas kemahuan aku sendiri
tiada siapa yang paksa

walhal, aku sedar, aku faham
keberadaan aku disini adalah diatas kehendak-Nya
dia nak mempertemuan aku dengan tarbiyah-Nya

walhal, aku faham, aku mengerti
aku dilahirkan dimuka bumi ini memang untuk bersusah-susah
kerana aku adalah ABID dan KHALIFAH

dua tugas yang tak mudah
berat untuk dipikul
sehinggakan gunung ganang bisa hancur jika tanggungjawab ini diberi pada mereka

Allahu rabbi,
kuatkan aku ya Allah..

"Allah tidak akan membebani hambaNya melebih kemampuannya"

duhai Aini
bergembira Allah memilih untuk untuk belajar engineering
kerana Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat mu

hakikatnya, engineering banyak mengajar aku
erti kebergantungan pada yang abadi
yea, DIA..
bergantung pada DIA
yang MAHA BIJAKSANA
yang MAHA PERKASA
yang MAHA TELITI
yang MAHA KAYA
yang MAHA ESA

kerana aku bukan pelajar pandai semula jadi.
aku diberi peluang Allah untuk berada disini
peluang yang bukan semua orang boleh dapat
peluang yang mungkin ada orang bermati-matian inginkan

Allah..
bersyukurlah duhai hati

hmmmm
Allah, tabahkan aku..
golongkan sebagai hambaMu yang bertakwa dan sentiasa bertasbih memuji Mu

duhai engineering,
I know you're easy
so, be easy on me

dengan nama Allah, pemilik kekuatanku

Monday, June 8, 2015

Bila iman kita lapar

dengan nama Allah, pemilik hati aku..

pernah tak rasa,
ada satu masa tu kau rasa lost
rasa macam ada something tak kena
rasa macam hati ni kosong sangat
otak jangan katalah
asyik dok merawang entah kemana
nak study, takde mood
nak makan, rasa malas'
buat tu tak kena
buat ni tak kena
dah cari macam2 benda untuk diisi kekosongan dalam hati
tengok movie, sampai bermarathon
tengok kpop, entah berapa episod
tapi still rasa
KOSONG

pernah tak rasa?

hmmmmm..
ketahuilah..
kosong itu adalah apabila iman kita sedang kelaparan
kalau perut kita rasa lapar
tekak terasa kering
perut mula keroncong
senang kata macam2 sign lah mucul bila perut terasa lapar

tapi,
kalau iman terasa lapar..
ia juga punya simptom..
simptomnya, yang kosong itulah
rasa resah tu
rasa lost tu
rasaa kehilangan yang kita pun tak pasti tu

hmm, cuba kalau bila perut kita lapar..
lapar yang sangat ni..
tapi, tanpa kita sedar
kita silap masukkan makanan yang tidak sepatutnya dalam perut
apa akan jadi?
sakit perut?
cirit birit?
muntah-muntah?

dahlah lapar
bila makan salah makan pulak
maka perut yang sakit kerana lapar tadi
bertambah sakit kerana kesilapan kita bagi makanan yang salah pada perut

begitu jugalah
iman kita..
bila iman kita lapar,
kemudian kita salah beri makanan yang betul
maka, bertambah parahlah sakit iman kita tu

iman ni, sama macam perut (jasad) kita
ia perlukan makanan
macam jasad kita
jasad kita perlukan makanan yang elok2, yang bagus2..
sama jugalah macam iman..

jadi untuk buang dan elak rasa kosong tu,
rasa lost tu,
rasa yang tidak tenang tu,
maka harus kita sentiasa beri makan pada iman kita
seperti mana kita beri pada jasad
insyaAllah, segalanya akan jadi lebih baik..

baik makan yang diberi
maka baiklah iman kita nanti
 :-)

moga Allah rahmati kita

Verily, in the remembrance of Allah do hearts find peace. (13:28)

Wednesday, June 3, 2015

Baiknya Allah

Dengan nama Allah tuhanku..
:-)

Aku nak cerita hari tu aku teringin sangat nak beli jubah hitam. Teringin sangat2 sampai scroll IG untuk cari abaya. Ada je yang berkenan tapi tak mampu nak beli. Sebab fikirkan duit tu ada untuk kepentingan lain. So, aku just scroll2 je. Agak seminggu laa aku dok teringinkan tu.

Alhamdulillah, tanpa disangka. Allah bagi aku jubah hitam dengan cari yang aku tak sangka langsung. Kawan aku yang baru balik jordan hadiahkan aku abaya hitam yang sangat cantik! Subahanallah. Subahanallah. Subahanallah.

"Maka nikmat tuhan mu yang manakah yang kamu mahu dustakan?"

Terima kasih, ya Allah.
Aku mahu beli tapi Kau kasi hanya Free.
Alhamdulillah.
Baiknya Allah tu, selalu je kabulkan doa2 hamba Dia. Walaupan ianya hanya bisikan hati sahaja.

Terima kasih, Allah.
Sayang Allah.

”…Dia akan Mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. dan Barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah Mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” (QS. Ath-Thalaq: 2-3)