My Journey

Pernah bercita-cita untuk menjadi seorang juruterbang wanita pertama Malaysia, tetapi sangat mencintai dan ingin mendalami ilmu biologi, namun telah dipanggil untuk menyahut cabaran dalam bidang seni bina walaubagaimanapun telah ditakdirkan menyambung kehidupan sebagai mahasiswi kejuruteraan elektrik-elektronik ketika ini. [3rd year survivor of electrical & electronic engineering student]

Instagram

Thursday, May 22, 2014

Perempuan Bodoh

#puisi

dalam diam
aku kumpul kekuatan

dalam diam
aku masih mencari harapan

dalam diam
aku menagih jawapan---
apa salah aku?

aku perempuan bodoh yang menagih kasih kau

aku perempuan bodoh yang peduli jatuh perit kau

aku perempuan bodoh yang menangis rayu pada ibu kandung kau

aku perempuan bodoh yang tak punya malu hanya semata mengikut kata hati aku

aku perempuan bodoh yang tak punya cermin--
untuk lihat siapa aku

aku perempuan bodoh lupa kau dah punya segalanya

kau tolak aku
kau buang aku
kau remeh aku
sebab aku perempuan bodoh

terima kasih--
sedarkan aku--
aku perempuan bodoh yang tergila akan kau

perempuan bodoh itu tak akan berpatah semula
dia sudah pandai berjalan tanpa perlu menongkat cinta kau--
mahupun sesiapa

perlukah kau terkejut aku boleh hidup tanpa kau?

inilah perempuan bodoh yang tak akan kau kenali lagi

ME

Monday, May 5, 2014

permulaan aku disini

bismillah,

masih aku ingat lagi hari pertama aku menjejakkan kaki di kelas itu, S2BP7. Setelah seminggu aku bersama dengan budak2 S1BP4. Tak banyak memori, tapi kalau ada pasti yang manis2 belaka sahaja. Owhyeah, bukan seminggu tapi dua minggu termasuk orientasi sekali..Tetapi, aku bukan nak kisahkan soal S1BP4 disini. Kalau ada rezeki akan aku coretkan sesuatu buat kelas pertama aku di KMNS.


Sebagai budak pertukaran modul, perasaan terasing itu sudah pasti wujud. Rasa macam "eh, dia orang boleh terima aku ke?" "boleh ke aku biasakan diri dengan dia orang nanti"...bla bla bla.. semua bercampur menjadi satu..

tapi, aku tak sangka perancangan Tuhan cukup indah.. Pada hari pertama itu, aku sudah berjumpa dengan kekasih dan sahabat yang sangat sayang dan sangat santun dihati aku.. SYIRA, aku panggil dia..Tapi, POJAN ada bagi gelaran pada dia yaitu UNKNOWN..hahaha..tak tau kenapa, tapi POJAN memang suka bagi nama gelaran pada orang..nasib baik aku tak ada..katanya, biar nampak lebih akrab..huhuhu.. masih kukuh diIngatan aku (perghhh skemanya ayat), kali pertama dia menegur aku..cukup sempoi tapi rasanya agak istimewa "Kau dari modul berapa?"

tidak pernah lagi dalam pertemuan pertama kali aku dengan mana2 orang, mereka membahasakan diri "KAU AKU"..sebab bagi aku, bila dah mula pakai "KAU AKU" itu penanda awal orang itu sangat kamcing dengan hati aku.. dan siapa sangka semudah dan sepantas itu aku rapat dengan dia.. huhuhu..

pertemuan kami as pelajar pertukaran modul mula2 sekali di Makmal yang terletak dipelusuk alam..jauh gilaaaa... dan disitu aku mula kenal AZA dan VIVIAN.. AZA sebenarnya budak prac (kelas) yang sama dengan SYIRA sebelum ini.. aku selalu kata kat SYIRA "jodoh korang kuat, tu yang sampai sekarang masih satu kelas"..hahaha.. you know I joked..ngeee..

hari itu, kelas pertama adalah Kimia Tutor.. to my suprise, lecturer yang mengajar aku itu adalah cikgu kuliah aku masa di prac lama..MR.WONG.. orangnya sangat dedikasi, tegas but sometime he's a little bit cutey..hahaha.. aku selalu imitate percakapan and perbuatan dia..hahaha..aku tau memang sangat tak baik...tapi, tanyalah siapa2,confirm mereka pun pernah buat benda yang sama..

"Zero mark"
"I sepak you kang"
"Where is the bond break, there is the bond formed"
"Kenapa quiz you teruk? Nak I koyakkan kertas you"
"God is observing you"

yadada yadada..

tapi, dia adalah lecturer yang paling aku respect..dialah yang paling caring soal pembelajaran kami dan sangat tak lokek ilmu..and one thing, dia dalam tutor dengan dia kat unit sangat berbeza.. kalau kat tutor dia nampak macam singa, tapi kalau kat unit, wallahi macam seorang boifren yang penyayang..hahaha..

memori sadis for the first day and the first time aku masuk kelas dia, awal2 lagi aku dah kena bash dengan dia, sebab aku tak ingat nama cikgu tutor kimia aku kat prac lama.. bapak ar! nasib baik tak nangis..hahaha.. but, something yang aku perasaan, time tu ada budak back-up aku..tapi for my godness aku tak tahu siapa.. so, thanks pada orang yang back-up aku..hihihi..

petang tu fizik amali, first experiment kami, chapter "consistency".. Dan untuk pertama kali, ada budak prac asal S2BP7 tegur aku..dia orang pertama yang approach kami..walaupun, dia actually just menanya macam mana nak guna apparatus experiment tu, tapi once dia tegur, aku mula rasa kehadiran aku dialukan di S2BP7..

Dialah abang dan kawan yang aku paling banyak susahkan sehingga habis matrik.. dan dia juga antara orang yang aku paling sedih nak berpisah.. even pada awalnya kami tak rapat, sebab aku suka buat hal aku, dan selalu tak pedulikan dia (mereka)..actually, lebih kepada aku malas nak rapat dengan budak lelaki..tapi, tak sangka boleh ada bonding dengan dia at the end.. nama dia ASYRAF.. Kalau orang kata aku suka dia, yeap memang aku suka dia.. siapa yang tak suka dengan orang yang dah banyak tolong kita, kadang2 care pasal kita.. aku suka dia jadi kawan aku.. hati dia halus, senang tersentuh tapi power gila cover..respect!! hahaha.. dia tak suka cakap benda2 remeh sebab dia malas nak fikir..dan ASYRAF ni ketua prac kami.. dia rajin, rajin and rajin.. hahahaha..

Dan JANI orang kedua yang tegur tapi orang pertama yang aku rasa dia annoying.. tapi, sekarang dia adalah casanova aku yang aku sayang..hahaha..dan dia dah ada makwe. so, tak boleh nak kacau..haha..

aku bahagia dan bersyukur dapat kenal dengan mereka dan jadi sebahagian dari hidup mereka.. Ini permulaan journey aku dalam S2BP7, yang terpahat dalam hati dan ingatan aku.. mungkin ada yang terkurang dan tercela dalam plot penceritaan aku tapi moga ia tidak mencacatkan memori2 yang telah kami simpan bersama.. masih banyak lagi yang aku ingin coretkan tapi biarlah didalam catatan seterusnya..

S2BP7 FAMILY 
Me.





Friday, May 2, 2014

Kolej matrikulasi negeri sembilan (KMNS)

Bismillah,

Salam and greetings to all,

kalau baca tajuk rasa2 dah tahu aku nak tulis pasal apa, kan? Its really take me some times to plot the journey and pick all the correct words to form the right sentences. Tetapi, kalau asyik nak fikir je tapi tak buat memang tak jalanlah, kan? So, apa yang aku catat disini adalah benar2 dari hati aku. Ini yang aku rasa dan ini yang aku nak kalian tahu.

okey, mukadimah aku terpanjang aku rasa.. haha.. as usual laa kan, erkk!

KMNS

stand for Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan or Kami Menjana Nilai & Skor.. ramai yang tak tahu sebenarnya KMNS ni stand for two meanings.. so, here..bagi adik2 yang terpilih dan memilih untuk masuk ke sini, I think this is the first thing you should know, okey.. kenapa Kami Menjana Nilai & Skor?? sebab ia adalah moto kolej dan ia ada dalam lirik lagu kolej..

Dalam entri ni, aku bukan nak tulis segala atuk nenek procedures yang berkaitan dengan enrollment di KMNS.. ergh, memang taklaaa.. aku just nak share overall journey aku kat sana.. aku memang tak akan masukkan semua cerita dalam satu entri.. so, siapa yang nak tahu, tunggu...

Biodata first:

Modul: 2
Kuliah: S2B
Practicum: S2BP7
Blok: A1
Bilik: A1.T2.7
Catatan: Aku budak pertukaran modul. Asal modul 1 (S1BP4) 

dalam entri yang lepas, aku ada cerita experience (incident) pertama aku masa nak daftar masuk ke kolej.. cerita yang sadis but yet yang sentiasa menginspirasikan aku disaat aku rasa down..

jadi, benda yang dah cerita tak perlulah nak ulang, yea dok?

Tinggal kat matrik ni tak lama..cuma 10 bulan yakni 2 semester.. itu bagi PST (Program Satu Tahun) tapi untuk PDT (Program Dua Tahun) mereka ada 4 Semester..

aku PST, so journey aku kat KMNS cuma sepuluh bulan.. dan part yang aku agak terkilan, memori aku banyak terisi disaat aku telah masuk semester 2 dan ketika itu hati aku mula binding dengan seisi KMNS.. dalam kata lain, aku mula jatuh hati dengan KMNS dan seisinya..

so, nasihat pertama aku.. bagi adik2 yang terpilih, dipilih dan memilih untuk masuk matrik tak kisahlah matrik mana.. first thing first yang perlu korang mind-set kan dalam minda adalah AKU NAK CREATE BANYAK MEMORI DISINI...

jangan sibuk fikir, "alaaa, matrik nie susahlaaa"  "alaaaa, belajar kat matrik nie laju sangat aku tak dapat nak catch-up" "habis UPS nie aku nak blah dari sini!"

bla bla bla..

choiii, dalam dunia ni tak ada benda yang senang..setiap masa, setiap tempat ada cabarannya yang tersendiri.. yang menentukan bagusnya kita atau tidak bukan faktor luaran..tapi dalam kita ni.. ketahanan, kesabaran, ketenangan kita dalam menangani setiap cabaran yang mendatang..

tudia, ayat BM dah terkeluaq..

aku ada kawan yang memang nak keluar masa UPS (ujian penilaian semester) pertama.. katanya, dia memang tak mampu nak bawa pelajaran kat matrik.. lepas dapat result, setiap hari dia menangis, mengeluh dan totally memang nak give up laaa.. tapi, one thing yang aku cakap kat dia "if you want to giving up now, it means you have to start all over again.. dont you think it's double hurt?"

and finally, dia habis juga life kat matrik dengan jayanya....HOOYEAAHH!!!

kadang2 benda yang kita rasa pahit pada awalnya sebenarnya adalah penawar yang paling manis diakhirnya.. tu yang kita jangan give up awal2..aaannnd yang penting juga, cari kawan yang boleh dan sentiasa bagi support, yang sudi bagi telinga dia untuk mendengar, bagi hatinya untuk membantu.. yang macam aku laa..hahaha...perasan!

10 bulan tu, akan terasa terlalu singkat kalau kita benar2 mengisi setiap masa disana dengan memori.. tak kisahlah ianya memori yang indah atau yang pahit.. sebab masa akan berlalu, orang akan pergi, cuma yang tinggal pada kita adalah memori..

kenapa memori yang pahit tu perlu disimpan?? aku taklaa suruh korang pi berdendam dengan siapa2.. memori yang pahit itu untuk kita baiki diri kita..mana2 yang kurang, mana2 yang compang..kannnn..

conclusion, bagi yang terpilih masuk matrik.. buat solat istikharah dan tanya hati kita.. doa tu penting, sangat2 penting.. at all time we need it.. kalau tanya aku, aku tak pernah menyesal memilih matrik sedangkan aku ada pilihan yang lebih baik masa dulu..kenapa?? sebab matrik dah banyak mengajar aku tentang menghargai apa yang aku ada.. walaupun sikit, tapi berkatnya yang buat aku rasa nikmat yang tak ternilai.. dan matrik adalah dorongan hati aku..

tak akan mampu dunia ini membeli perasaan yang aku ada ni..

Ni Group Aku yang paling awesome!

Permandangan dari atas bukit dekat dengan kediaman lecturer.

insyaAllah, aku akan update cerita2 yang aku nak simpan dalam lubuk yang terpaling dalam kat hati aku ni.. cerita pasal Port Dickson, cerita orang yang paling aku rapat, sayang.. aktiviti mingguan, pengalaman lucu..and banyaklaaa..

nak tahu, just stay tunned..
urmm.. aku nak buka soalan pada sesiapa (kalau boleh adik2 yang terpilih, dipilih atau memilih untuk masuk matrik) espicially, KMNS.. aku sangat mengalu-alukan..

bagi yang tertanya, wonder, musykil ke..
drop comment here or boleh tnya kat ask.com..nak lagi cepat mention kat twitter aku (@keep_me_shut)

till, then
Me