My Journey

Pernah bercita-cita untuk menjadi seorang juruterbang wanita pertama Malaysia, tetapi sangat mencintai dan ingin mendalami ilmu biologi, namun telah dipanggil untuk menyahut cabaran dalam bidang seni bina walaubagaimanapun telah ditakdirkan menyambung kehidupan sebagai mahasiswi kejuruteraan elektrik-elektronik ketika ini. [3rd year survivor of electrical & electronic engineering student]

Some pieces of puzzles

Sunday, April 28, 2013

#Pengalaman: Temuduga - Macam tu ek?

Assalamualaikum!
and  amigos!!

acana life? okey? stress? gembira? rasa nak terjun gunung? aha!

stop it -,-"

bersyukurlah weh, kalau tak mampu bersyukur dengan perkara kecil usahlah kata nak syukur dengan perkara besar.. yea dok?

kalau kita,
masih bernafas? syukur
masih berjalan? syukur
masih melihat? syukur

all you need, is, apprieciate with what you have before it become what you had.. okey, baby? GOOD!!!

urm....
nie nak cenghitalaa nie... pasai interbiu tuu... honestly, that is not what I expect.. I ain't said, I'd well-prepared for everything..but, it's just a little shock for me..

huh!
okey..

mula2 masuk ujian melukis, satu jam.. dalam dewan.. kendian, selepas ujian melukis, mula laa sesi bertemu dan diduga..alhamdulillah aku dapat sesi pertama, kalau tak, kena tunggu sampai berjam-jam...

interbiu dibuat dalam bilik yang agak besar , ada 4 panel, setiap satu panel ada dua orang, so kiranya dua lawan satu, maksudnya..dua interviewer satu calon..dan aku dapat panel yang ke-4..

okey nak pergi ke part yang sadis..

macam nie, sebelum interbiu tu aku ada collect beberapa soalan dari senior archi.. basically, diaorang kata penemuduga tu akan tanya beberapa soalan.. contoh;

  • tell us about your life
  • why you choose architecture
  • who the famous/the one who you respect in architecture field
  • the building you like, why
  • bla bla bla
aku kononlah bajet dapat semua soalan tu..so,aku studylah sikit..then, when the time came...pergh!!!!dia tanya aku dua soalan jer?? aku rasa akulah calon yang paling cepat ditemuduga..tak sampai 15minit kowt..

bila dia cakap,

''okey, anything you want ask me?"

aku rasa eh, dah nak habis ke?? seriously, aku rasa agak down sikit time tu.. aku mula rasa nak nangis, rasa nak meraung, rasa macam 'wwwwhhhhhyyyyyy???? tak layakkah aku untuk berpimpinan tangan dengan course yang aku giler2 nak belajar???'

Ini tidak adil, tidak adil  bagi ku -yuna

huh!

I don't know.. tapi, kalau fikirkan balik..memang ramai bakal budak archi yang lebih hebat dari aku.. diaorang bawak hasil2 drawing diaorang dari rumah..pergh!! sumpah, aku rasa drawing aku ke laut cina selatan sana..

tambahan lagi,aku nie memang bukan budak LK, dan tak pernah ambil kelas art melainkan masa sekolah rendah dan form1 hingga form3..

I just draw what come from my heart..

wuuuuuuuu....
wuaaarggghhh!!

okey, stop it!

at least I'd tried my best!! dan aku tak pernah cakap se-konfiden itu dalam bahasa inggeris pada orang lain.. aku rasa aku perlu tengok pada angle yang lain, even aku tak diberi peluang yang lama untuk bercakap siapa yang aku admire dalam archi field or architect yang aku kagum kat Malaysia or building yang paling aku suka dan terinspirasi, tapi aku dapatlah cakap kenapa aku nak belajar archi dengan konfiden..

takpelah...
Allah itu tahu yang mana terbaik untuk kita..

andai bukan rezeki aku dapat study kat uitm, aku tetap akan teruskan melangkah hingga aku diberi peluang dan ruang untuk berlajar juga dalam bidang ini..sebab aku memang nak belajar..

mungkin juga ada perancangan Allah yang lebih hebat.. mungkin Allah sempitkan jalan ini, supaya aku mencari cara lain untuk mendesign semula jalan itu agar lebih luas..

tiada jalan pintas untuk berjaya, kannnn??

okey, till then
XOXO

ops! sebelum terlupa.. Aku nak ucapkan terima kasih banyak2 pada Ibu aku.. terasa pengorbanan dia yang bersungguh-sungguh nak aku berjaya dalam course yang aku nak belajar..Abah aku yang memantau dari jauh segala urusan temuduga ini berjalan lancar... dan juga abang angah aku, yang jadi driver untuk ke sana..*yelah, aku mana tahu drive kat sana kannn..dan takde lesen lagi pun...* dan dan dan juga untuk semua yang mendoakan saya..terima kasih banyak2.. Moga Allah merahmati kalian :)
 

Wednesday, April 24, 2013

Interview fever pulaks

Assalamulaikum, you guys!!

what you're up to today? hopefully, everything's gonna fine! yeah! as you can read my title post, that's what I'm feeling now..horror!! eh?

I just drop by here for letting you all know, this saturday I'll have an interview at UITM Shah Alam for my further study in Bachelor of Architecture Course.. yeah, I know..Bachelor tuuuu..

I just hope I can do my best, and please pray for me..fuh!! 
wish me luck!
XOXO

Saturday, April 20, 2013

#Pengalaman: Orang G dan Stesen Kereta Api

Salam,

kejadian itu telah berlaku pada satu masa dahulu *okey sebenarnya aku lupa what the exact time*. masa tu aku ada Date dengan ex-private teacher aku.. Janji bertemu di KTM Ukm..tapi disebabkan aku nie agak clumsy sikit masa itu, aku tersalah ambil tren..lantas terjadilah satu drama yang aku akan ingat setiap kali naik tren..

alkisahnya begini.............................

Teacher aku tu dari seremban. Aku dan adik angkat aku (sama belajar) dari UKM..Kitaorang janji nak pergi jenjalan di Time Square. Kendian, disebabkan salah ambil tren, yelah sepatutnya tunggu satu lagi tren (konon nak sama2 dalam satu tren dengan teacher laa) jadi terpaksalah aku pergi dan turun dulu kat stesen KL SENTRAL dan tunggulah hampir setengah jam disitu.

tunggu punya tunggu..

punya tunggu...

tiba2 ada seorang mamat nie menghampiri aku. masa tengah menunggu tu. mula2 aku bereaksi macam biasa aje..siapa aku nak suruh 'Hoi Pok cik, tempat duduk nie sudah direserve sila beralih ke tempat lain'..mahu dipelankung kepala aku tak semena-menanya..

aku buat donno dengan muka donnat.....

...............

"adik, ada duit pecah2 tak?" dia tetiba bertanya..

aku dengan muka blur sekejap menoleh ke muka dia.. OMAK KAU!! Makhluk asing eh eh Pendatang Asing!!

serius terkezut mak noks!! dengan muka dia yang tercopang camping eh baju dia yang tercopang-camping, rambut kusut masai..membuat aku rasa nak pengsan time tu juga..

tapi aku istigfar bebanyak sambil berkata 'dihadapan ko tu manusia, bukan hantu, jin atau makhluk asing' duh!!

kendian, dia tanya semula soalan dia bila tengok aku diam sejuta bahasa..sambil dia tunjuk duit kertas Sehinggit..aku pun cari purse nak keluarkan duit syiling..

sambil aku belek2, cari2 duit syiling , dah cukup..aku bagilah duit syiling bernilai sehinggit tu pada dia..dia masih tidak berganjak, duduk disebelah aku.. mengira balik duit2 itu dengan suara yang kuat..

20sen..

40sen...

60sen..

70sen..

90sen..

SERINGGIT!!! yeahhhh *sambil menepuk-nepuk lutut aku*

dalam hati "apahal mamat nie excited sangat?? klo yer pun, jangan lah hempuk kepala lutut aku..kang tercabut, ko nak ganti ker??"

aku membebel dalam hati..tak selesa dengan kelakuan dia..dahlah depan khalayak ramai..tak pasal2 aku tuduh dia cuba ambil kesempatan..

selepas dia bersorak sakan tu dia blah sambil lompat terkinja-kinja..konon happy sangat lettew..WAIT!!! duit aku dia tak pulang!! ceh, kata nak tukar duit pecah2!.. last2 duit aku dia kebas.. (takpelah aku sedekah )

ingatkan orang gila tu tak cerdik, rupanya orang yang sihat pun belum tentu lebih cerdik dari dia....hambek sedas kat dahi..



akhirnya pernantian ku tamat, aku dengan adik angkat aku akan tersengih, tergelak bila teringat kejadian itu.. fuh!! nasib baik dia bukan nak apa2kan kami..nauzhubillah..

Friday, April 19, 2013

to all my sisters

*sticky post*
Bismillahirahmanirahim...

after all of sudden, now I'm making one entry again..fuhhh...*tak istiqamah langsung untuk tidak membuka internet sehingga SPM habis....adoi!!

but this entry is really important to me and to all my sisters out there..I watched one video recently..It's about why muslim women must wear a hijab..and how Islam honour all the ladies in Islam..this is the one I extremely want to share with you..This video you must watch it till the end..

niat dan harapan saya cuma satu jer...saya harap, all my ukhti diluar sana dapat memahami kenapa Allah mewajibkan kita kaum hawa untuk bertudung..wallahi, saya ingin masuk syurga bersama kalian semua..kerana syurga Allah itu terlalu luas dan sekalian makluk layak memasukinya..

namun saya nak ingatkan....

 kita memakai tudung untuk menutup aurat TETAPI menutup aurat tidak semestinya memakai tudung *korang boleh jer pakai baldi pastu buat lobang kat mata..

here we go.....

Ya ukhti...
this is for you,
the one whom I adore so much..
the one who easy to enter Jannah..
the one who is very important in Islam..
you're a core of this Ummah..
without your presence..
the world will going to die...
Islam would be nothing..

Ya ukhti,
this video I dedicate personally for you,
The one who have a high position in the eyes of Allah..
The one who is called three time more than a man..
you're the apple of Islam's eyes
Islam needs you..
the real you...
the real muslim woman......

ah! Aku Engkau jauh berbeza

Hadirmu di singgahsana hati
mengalir tanpa arus
berdiam tanpa deru
hanya berbekas dan bertapa di dalam hati

ah! Aku Engkau jauh berbeza

tiada pertemuan, tiada pertentangan mata
namun Engkau tetap di singgahsana
tidak berganjak apatah sehasta
menanti diri untuk tersedar

ah! Aku Engkau jauh berbeza

siapa aku, siapa engkau
untuk menyata 'layakkah?' pada si empunya
siapa aku, siapa engkau
untuk mendustai takdir yang terlakar

ah! Aku Engkau jauh berbeza



biarlah
biarlah
biarlah

yang jatuh, pasti akan bangkit
yang jauh, pasti akan berpaut
siapa sangka pada rancanganNya
sepayah mana, janjiNya akan terlaksana

percayalah~

-aini shahroni 19/4-

Wednesday, April 17, 2013

tak cukup masa nak Blogwalking??

Salam,

I wondered, how could some of Malaysian blogger managed their time between REAL life and Cyber world..


I mean macam mana they all boleh a.k.a sanggup blogwalking dari satu site ke satu site, isn't that took so much time to spend?? urmm.. For me, 'bapak ah!! susah kowt',.

honestly, I couldn't bear it.. sometime, I just felt they have more time than mine..maybe 25 or 26 hours per day..

ouh! stop it Aini!!

I can't be like them, even though I've forced myself.. urmm..

or maybe I need some tips from them??..or maybe they could give me some spells or whatever you named it??..ahaha!

okey,
Got to go..
hope to see you soon
XOXO

Tuesday, April 16, 2013

MANA MAK .....

Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama. Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi, "Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu. Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya 'Mana Mak?' apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, 'Mana Mak.' Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?'

Semakin anak-anak Mak besar, soalan 'Mana Mak?' semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.



Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

Monday, April 15, 2013

Yeay!! dah jumpa balik!!

Salam,

hari tu aku ada ngadukan yang follower widget aku dah hilang.. then, aku cer cari tutorial 'cari kod follower widget'

alhamdulillah!! akhirnya aku jumpa..tapi masalahnya, dia nak id widget tu!!pergh!! mana aku nak cari..lalu, aku dengan keringat yang penuh semangat cubalah cari tutorial yang lain..

hampir give up wehhh.. rasa macam "TAK NAK MENULIS BLOG AGI!!!" *nanges laju2*

follower widget punya pasal..huhuhu.. yelah, aku nak senangkan korang..pastu, dah penat2 aku kumpul follower *erk, nampak macam tak ikhlas jer*..tak.. serious, weh!! aku menulis sebab aku ingin berkongsi, tapi tanpa follower widget tu aku rasa macam 'hidupku hanya sampai disini saja'


hah.

even aku ada follower google plus, tapi itu tak sama..

last2, disaat aku betul2 nak surrender..aku belek2 semula "Add A Gadget"..pastu aku press "More Gadgets" dibahagian bawah "Basics"..aku scroll punya scroll..tiba2 mata aku berpinar-pinar *okey nie tipu* mata aku bercahaya kegembiraan..bila melihat

homaigod!!! wujud lagi rupanya.. pengsan-pengsanan aku ingat widget nie dah hilang..duh!!
okey kepada mereka yang pernah hadapi situasi seperti saya, jom kita buat satu group di Fb..huhuhu..okey nie lebih..

Alhamdulillah! seronok bebenaw! even aku tahu Pihak google tak lama lagi akan berhentikan penggunaan follower widget nie..tapi ADA AKU KEYSYAH??

:p

(nampak tak betapa seronoknya aku? even aku tulis nie pun dalam keadaan tak keruan)

haish.
okeylah boys and girls!
hope korang jangan 'boooo' aku akibat, aku tak tahu..at least, aku belajar untuk berusaha menyelesaikan masalah..

well done, Aini!

till then.
nah flying kiss!
muaahhh
xoxo

*P/S: maaf terpaksa buang SHOUTBOX sebab ada gak manusia yang tak paham bahasa..saya kata jangan spam link, tapi dia spam gak..ceh..orang nak blogdrifting pon tak senang..sori guys!! btw, follower widget aku dah ONG, jom pakat ajak orang kampung follower blog aku (follower Google+ sekali) supaya aku tercalon sebagai wakil rakyat blogger yang bertanding di PRU13..hehehehe*

Sunday, April 14, 2013

Hati buntu, Dia penawar

Bismillahirahmanirahim,


malam itu, nafas ku terasa sesak
badanku tiba mengerekot disudut itu
sakitnya membuat aku gelisah
namun ku gagahi jua
untuk beriak seperti biasa

hati cuba mencari sesuatu yang dulu kalanya diucap
bertapak berulang kali, diam di tepian bibir
namun minda ku disekat
agar bibir tidak dibasahi
lalu hati tidak dilegai

aku cuba untuk bangkit
mencari cahaya yang kian sirna
hanya di hujung corok itu, terlalu hampir
namun setapak aku melangkah
seribu menjauh

hatiku menjerit tatkala mindaku terkunci, melangkah
namun ucapan itu memudar bersama dosa yang terlakar
bukan sesuatu yang tersengaja
aku yang pilih dan itu pilihan
aku sesak bersama lautan sangkaan
sangkaku aku tidak buntu apapun, untuk bangun berdiri



akhirnya minda mengalah
kerna terbeban dengan dosa
membenarkan ucapan itu mengalir
dihati yang kontang
dibibir yang curang

Allah
Allah
Allah

lima huruf satu perkataan
tiada cela kerna Dia Maha sempurna
aku tertunduk
menahan malu
siapalah pengemis ini untuk bertatapan dengan Sang Pemilik dunia
siapalah aku yang menyangka dunia ini, mudah

hari itu telah berlalu
terpalit sebagai sejarah
bukan untuk kenangan
tapi sebagai pelajaran
agar jangan leka
meskipun untuk sedetik cuma

-aini shahroni-

Saturday, April 13, 2013

This Time

Salam,

I may never see tomorrow; there's no written guarantee.
And things that happened yesterday belong to history.
I cannot predict the future, I cannot change the past.
I have just the present moment, I must treat it as my last.

I must use this moment wisely, for it soon will pass away.
And be lost forever as a part of yesterday.
I must exercise compassion, help the fallen to their feet.
Be a friend unto the friendless, make an empty life complete.

The unkind things I do today may never be undone.
And friendships that I fail to win may nevermore be won.
I may not have another chance on bending knees to pray.
And thank God with a humble heart for giving me this day.

-Ghareeb-

Allahu akhbar! Betul ke?

Salam,

tadi,
sedang aku rajin belek2, entry lama aku kat wall post.. Sekali aku terkejut beruk manusia bila melihat nie


50 RIBU lebih orang G+!! what? MasyaAllah! jadi aku pun buka dan baca semula entry aku tu.. huhu.. Its just a piece of thought of mine..Allahu..

I'm blessed, you know.. urm, thinking of it again, everything happens, come with the intention.. The main propose why 'we' write the entry..

Ini yang membuat aku untuk lebih berusaha mencoret karya2 yang lebih bermutu, bernas dan ikhlas (niat lillahita'ala).. InsyaAllah!

okey.. bagi yang ke tinggalan, jangan risau dan bersusah payah untuk membelek-belek entry2 lalu.. neh saya tolong letakkan [link kat sini]

selamat menjamu minda dan jiwa anda :)

till then..
May Allah bless, you guys!
XOXO

Akhirnya!!

Salam,

ola!
hyeee! *senyum sokmo*

Alhamdulillah, akhirnya siap juga aku mengedit blog aku nie..
boleh terasa kot otak aku mengembang dan mengempis *imagine*

So, acane dengan template baru aku nie? berat, ke? sesak,ke? menyemak, ke? hah, silakan untuk mengomen.. kali aku bagi peluang untuk korang nak kritik blog aku..cengggg :p

aku pun dah sediakan SHOUTBOX, pasnie boleh ar korang menjerit, melalak kat blog aku.. kalau aku sempat, aku blogdrifting kat blog korang yer..tapi janganlah korang spam link! Bak kata senior +Nurul Aini tak takut ke makan duit haram? *spammer itu adalah penjenayah siber*

tapi aku ada benda sedih nie..huhu T,T
follower widget aku dah hilang semasa pasang template denim nie.. aku ada backup, tapi tak tahu nak cari kodnya..huh! tak apalah, lagi pun tak lama lagi Pihak Google akan berhenti/membuang  follower widget tu...

jadi JOM pakat ramai2, follow Google Plus pulak..ehikhik :)

Sanggup gak aku :p besengkang mata dua malam berturut-turut, menahan lapar *hampeh turun 2 kg jer* semata-mata untuk buah hati ku sorang nie..

nampak tak betapa toughnya aku nie *bajet2*

okeylah, till then
XOXO

Terima kasih juga pada Kak Husna yang sudi membantu :) 

Friday, April 5, 2013

REVIEW SEGMEN: JANGAN SENTAP!!

Salam,

fuhhh..

pegel2 kaki guwe berblogwalking dari satu blog ke satu blog.. tapi lumayan lorh.. guwe ari ini, diberi kuasa VETO untuk menghentam blog2 terpilih..huahahahaha.. *gelak kejam*

nggak usah bicara panjang.. ayuh kita maju..(urgh, apasalah aku nie bersinetron pulak?)

NO 1

Penulisan: (Passed)- Not bad, kelihatan seperti gadis remaja yang manja (?), boleh didefinasikan seorang yang sangat pemurah sebab suka klik iklan orang.. well done!

Templete: (Something wrong somewhere)- mungkin Music Player tu, tak berapa sesuai digunakan diblog anda sebab ia memberi impak buruk..*bad bad bad SCM Mp*.. mungkin boleh tukar ke Youtube Mp3 or Youtube autoplay macam yang saya gunakan..tutorial kt blog Kak Lysaa..btw, sya memang suka giler lagu A T Y tu :) other than that, You're pass!! Shout Box tu cool giler!! buatkan satu, boleh? free? hewhewhew..

Bintang: 4/5

NO.2
Penulisan: (Passed)- As mature as you're, work more hard boleh jadi daie' yang bagus dialam siber nie..insyaAllah..teruskan berkarya :)

Template: (Passed)- loading 3 pat kali pun still laju..sukasuka! tapi ada satu pertanyaan, adakah template ini dibuat di laptop?

Bintang: 4/5

NO.3

Penulisan: (Passed)- 3 M (Menarik, Memukau,Mantopppp)..mungkin kerana menulis dengan santai, al-hasilnya saya pun membacanya dengan santai tanpa perlu mengerut-cerutkan dahi saya sehingga kelihatan seperti orang tua.. Well done!

Template: (Passed)- Simple dan sedap mata memandang.. if penulisan dan mantop, template tolak belakanglaa..huhuhu..keep it up!!

Bintang: 4½ /5

NO.4


Penulisan: (Passed)- rasa diri nie kool giler baca entri2 dalam blog..memang setuju kalau dengan penamaan blog..terasa bahagia..sempat juga singgah ke bulatan blogger.. hope dapat update usrah2 / entri2 yang mantop2 :)

Template: Not bad..seperti NO 3 tadi..if penulisan dah bagus, template tolak belakang..huhuhu

Bintang: 4½ /5

NO.5

Penulisan: (Passed)- blog lebih terarah ke personal journel..saya berharap akan jadi seperti itu juga

Template: (Passed)- kelebihan blog awak adalah pada templatenya..cantik, kemas dan menarik.. sebelum terlupa..tahniah sebab dah tukar ke domain sendiri..saya baru perasan..bravo!!

Bintang: 4/5

NO.6
Penulisan: (Passed)- seperti yang anda sudah tahu kalau tak tahu tolong buat2 tahu.. saya adalah salah seorang pengintip rahsia blog MenulisMenconteng..sepanjang pengintipan, tiada apa yang tidak menarik.. well done!

Template: (Passed)- sempoi saje..

Bintang: 4/5

NO.7
Penulisan: (Something wrong somewhere)-actually, susah sikit nak kritik blog nie..takut dihempuk kepala aku dengan keyboard tuan punya blog..ahaha..xdelah..huhuhu..setelah diselak-selak entri lama, satu jer conclusion yang boleh dibuat, ada sesuatu yang perlu diperbaiki..KEEP IT UP :)

Template: (Passed)- as simple as tittle :)

Bintang: 3½/5 dan satu  istimewa sebab sudi buat entri.

NO.8

Penulisan: (Passed)- boleh tahanlaa.. tabiklah blogger yang rajin balas komen :) overall penulisan, ada yang seronok baca, ada yang macam -,-" 

Template: (Passed)- simple.. tapi header awak memang styloo..I loike :)

Bintang: 3½/5

NO.9 

Penulisanan: (Passed)- Bapakkkk arrgghh *itu eksprestasi aku bila baca blog U*.. mantop babe..well done! and keep it up!

Template: (Passed)- Simple jer.. penulisan dah bagus, template biasa2 okey jerrrr...ehiks

Bintang: 4/5

NO. 10
Penulisan: (Passed)- aku dah kenal kak Biela nie agak lama lahh.. dari domain.blogspot ke domain.com.. dari tulis suka2 sehingga menjadi penganjurkan besar GA/SEGMEN \.. gembira lihat perkembangan positif beliau.. harap terus sukses selalu.. dan semoga menjadi "Doktor rawat hati" yang dapat mentarbiah hati2 manusia..

Template: (Passed)- awesome giler..

Bintang: 4½ /5

NO.11

Penulisan: (Passed)- simple..nothing more I can say, but keep it up :)

Template: (Passed)- simple dan okeylah..ERK..

Bintang: 3½ /5

NO.12

Penulisan: (Passed): masih boleh dipertingkatkan lagi.. *meleleh ayaq liyoq tengok ais-krim tu* keep it up, my dear..

Template: (Passed)- sedap mata memandang.. cantik + simple..well done!

Bintang: 3½/5

Sorry tak mampu nak hupdate secepatnya..sebab ada macam2 kengkangan.. apa yang aku tulis ini, adalah hasil penelitian aku sendiri yakni sebagai seorang manusia..lain orang lain citrasa..lagipun, aku bukan perfect sangat pownn..hehe..sory sesangat kalau aku menyelongkar entri2 lama korang..tujuannya adalah untuk memberi penilaian terbaik.. komenter yang baik ambil sebagai motivasi,  yang kurang baik ambil sebagai pembaiki diri.. thanks sebab sudi join..wassalam..semoga kita berjumpa lagi..daaaa..XOXO

Wednesday, April 3, 2013

Do Read PROPERLY

Salam,

Ola! Amigos!

here, I've something to declare of
I've an alergic toward the person who do/did not want to read properly
and keep asking the same question..
though, the person you're asking, did give a long explaination indeed..

is not wrong to ask when we didn't know.. but, it's quite annoyed when you keep asking by the same, damn, poor question!!

thinking of it again, I thought maybe you didn't mean to ask or need an explaination toward the question.. your aim isn't for an answer, but for an attention..

you just want the ATTENTION..

right?

aha! got-chu!! why I'm so slow! why I couldn't see at the first place?? Duh!!
nah, now I understand something greater than that!

you want the person you've been asking (and probably you've liked the most) aware your appearance.. you want he/she/they (is/are) taking care of your feelings and feel your disappearance..

urm..
its might probably happen to the girls..
Girls like attention..
so, no wonder, if they like to ask again and again..
even though, they've already  known the answer..
they didn't strive for answer, but just for some concern and attention..
they are we..
but, not totally me..*believe me*..ahaha

I got a simple example..

Do you know Matluthfi90?
Do you know he has an facebook account? twitter? blog?
Do you know, are they all true or fake one?
then, do find out!!

Did he declare he has all sort of account?
Did he tell which the true and the fake one?
He did, babe!!

so,then why you keep asking?
*macam orang tak paham bahasalah*

read carefully..
DIROMPAK
firstly, go to matluthfi90 youtube channel..
(hang buat dak? kalau buat, comfirm hang tak tanya lagi.. ini dak, pemalaih betul laa hang nie!!)

DIROMPAK

'he did say, he doesn't has Intagram and Keek yet..'
but, still.. people asked again.. 
"Lutpi, you tarak IG ke?" 
"Mat, nak follow Keek?" 
"So, ini fesbuk  matluthfi betoi ka tipu??
" dia tak dak fb, hang percaya hang bodo!" *siapa yang bodoh nie*
duh!! duh!! duh!!

Do you get the point, don't you?
Don't get me wrong!!
I'm not Matluthfi90's PA!!

ahaha..
I just read that early this morning..
so, its just a good example to show to you what I'm trying to say..

back to the topic..

I thought Malaysian have do-not-like-to-read-properly disease..and the simptom is keep-to-ask
They might think by read the title only, they already know the whole stories..
without read (find, do research) the full stories, or any curiousty, they start judging!
woahh!!
how fast they are!!

Malaysian, do slow your speed! It isn't going right!!
how can you judge, if you lack of proves and evidences?
how can you criticize, if you lack of research?
how can you adjudicate, if you lack of knowledge?
how can you gain the knowledge without any PROPER reading?

it's different between PROPER reading with reading A LOT..
Proper reading means you understand everything you read..
Reading A Lot means you read from a lot of source, but you didn't get what actually you read about..

its better if you can do both!

so, lets do some improvement!!
wake up Malaysian!
it's now or never!

till then..

Tuesday, April 2, 2013

Segmen: Jangan SENTAP!!!

Bismillahirahmanirahim..

Ola, Amigos!

uhuk! uhuk!

Seperti saya pernah omongnya (disini), saya akan / bakal/ tak lama lagi / ingin menukar template blog ini kepada lebih personal..

dan mungkin akan mengurangkan (or maybe) berhenti dari mengikuti (atau buat) mana2 segmen atau GA.. (cis, satu pun tak pernah menang..mengajuk nie..ahaha).. oleh itu, sebelum perancang ini dilaksanakan.. saya nak buat review secara besar besaran *seperti besarnya tulisan ini* untuk blogger diluar sana..


sesiapa yang RELAHATI nak aku KUTUK, PUJI & KOMPLEN blog korang, sila tinggalkan url blog dipost ini!

JANGAN NAK RAJIN SANGAT BUAT ENTRI!! tapi kalau sejak azalinya korang rajin, buatlah, markah bonus untuk anda..

aku hanya memilih 12 blog sahaja untuk diupdate,direview,dikutuk,dipuji dan dikomplen dalam satu entri..

peraturan *amaran!! sila baca baik2*

  1. tuan blog memang rela hati untuk dikutuk, puji & komplen oleh aku
  2. bagi yang tersentap, perlu berjanji tidak akan menyaman aku dimakamah (ehehe)
  3. bagi yang direview, jika anda dikutuk, dilarang untuk band/block/hack/caci maki blog aku.. (ahahaha)
  4. bagi yang dipuji, persiapkan penyepit hidung agar hidung anda tidak mengembang begitu luas..takut tak boleh kempis balik, tak ke naye tu, nanti nak pergi kuliah camner? (huahuahua)
okey sekian! chow!

ops, tarikh tamat, esok, pada 10.59 P.M..

daaa..

Don't talk to me about Muhammad

Salam,


It would be such a pleasure to have you come along with me

I accept your gracious offer
Kindness and company
But as we walk along young man
And as you help me with my load
I've only one request as we travel down this road 

Don't talk to me about Muhammad
Because of him there is no peace
And I have trouble in my mind
So don't talk to me about Muhammad
And as we walk along together 
We will get along just fine
As we walk along together 
We will get along

That man upsets me so
So much more than you could know
I hear of his name and reputation everywhere I go
Though his family and his clan once knew him as an honest man
He's dividing everyone
With his claim that God is One

So don't talk to me about Muhammad
Because of him there is no peace
And I have trouble in my mind
So don't talk to me about Muhammad
And as we walk along together 
We will get along just fine
As we walk along together 
We will get along

He's misled all the weak ones
And the poor ones and the slaves
They think they've all found wealth and freedom
Following his ways
He's corrupted all the youth
With his twisted brand of truth
Convinced them that they all are strong
Giving them somewhere to belong

So don't talk to me about Muhammad
Because of him there is no peace
And I have trouble in my mind
So don't talk to me about Muhammad
And as we walk along together 
We will get along just fine
As we walk along together 
We will get along

Thank you now young man
You've really have been so kind
Your generousity and smile are very rare to find
Let me give you some advice
Since you've been so very nice
From Muhammad stay away
Don't heed his words or emulate his way

And don't talk about Muhammad
You will never have true peace
And trouble is all you will find
So don't talk about Muhammad
And as you travel down life's road
You will get along just fine

Now before we part and go
If it's alright just the same
May I ask my dear young man
Who are you, what's your name
Forgive me what was that?
Your words weren't very clear
My ears are getting old
Sometimes its difficult to hear
It's truly rather funny though I'm sure I must be wrong
But I thought I heard you say
Your name is Muhammad
Muhammad

Ashaadu alla ilaha illallah
Wa ashaadu anna Muhammadur Rasulullah

O talk to me, Muhammad
Upon you I pray for peace
For you have eased my troubled mind
O talk to me, Muhammad
And as we walk along together 
We will get along just fine
As I travel down life's road
I will get along
Just fine

Dawud Wharnsby Ali


masyaAllah!! is it such a great lyrics??

Monday, April 1, 2013

Pemenang: Segmen UPkan Follower by Arkitek Hati

Salam,

Ola!

Maka dengan ini tamatlah Segmen UPkan Follower by Arkitek Hati.


seperti yang dijanjikan, saya akan memilih 7 pemenang bertuah..seperti yang tertakluk disini

Dua akan dipilih oleh saya sendiri, dan selebihnya akan dipilih oleh Kak Husna

Pemenang tempat pertama CIK IZZATI


meskipun kehadiranya dilewat segmen, tapi mungkin ini rezekinya.. tahniah kepada Cik Izzati, sila tuntut hadiah dalam masa 72hours. Laporkan diri anda di alamat email ainishahroni13@gmail.com.. jika ada banner blog sendiri sila lampirkan url image sekali

Pemenang tempat kedua Cik Husna


tahniah kepada Cik Husna atas kemanganganya, sila tuntut hadiah dalam masa 72hours. Laporkan diri anda di alamat email ainishahroni13@gmail.com.. jika ada banner blog sendiri sila lampirkan url image sekali..

Saguhati

  1. http://www.cikfie.com/2013/03/segmen-upkan-follower-by-arkitek-hati.html
  2. http://asmarpunyablog.blogspot.com/2013/03/segmen-upkan-follower-by-arkitek-hati.html
  3. http://kurakuramenari.blogspot.com/2013/03/segmen-upkan-follower-by-arkitek-hati.html
  4. http://ienachibumb.blogspot.com/2013/01/segmen-upkan-follower-by-arkitek-hati.html
  5. http://umikasum.blogspot.com/2013/03/segmen-upkan-follower-by-arkitek-hati.html
bloglist selamat sebulan diblog Kak Husna

okey, sekian terima kasih.. kebaikan kalian amat saya hargai.. jumpa lagi... 
here a kiss from me XO

waiting for this

Salam,

hai! hoi! Ola!

this is what I'm waiting for.. since I got SPM result, I've never mentioned about it again.. it's just because I wait for  this video!



aha! got-chu! I'm assured, he would make a video about SPM..

how?

it's just my instinct! so, there he was, just as AWESOME as usual!!

one thing I've liked about Matluthfi90 videos aren't only about the contents,
but the comments too..

I like to read all the comment of his video! I could smile from ear to ear.. I bet you will be smiling too, if you do so..

from that I can categorize a few type of commenters;
  1. Real commenters, which means they could give such a great opinion, idea or maybe their experience toward the video.
  2. Redundant commenters, which like to take some of the script in the video and put as a comment.
  3. Fans commenters, the person who like to talk out of the topic. Such as, "Lutpi, your hair seem gorjes! I love it!!"
  4. Annoying commenters, they like to condemn everything (about the content, topic and acting) that is not getting along with them..
  5. Silent commenters, they comment and critic in their heart.
aha! which of the type, you're in?

till then, XOXO