Instagram

Wednesday, January 30, 2013

Gerlish: RIBBON WATCH

Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum..

hai Uollss!! Ini ada pertama kali Aini nak jual barang.. Sebab Aini suka sangat dengan benda2 yang gerlish2 nie, so why not Aini tak try menjualnya,kannn..

so, untuk hari ini Aini nak share dengan uollss RIBBON WATCH..tahu tak apa kebenda ribbon watch tue??


lawa sangat and adorable and tali boleh tukar2 untuk matchkan dengan outfits uolls yang gorjes tue... hey, have a look !ada 9 jenis ribbon yang berbeza..boleh dijadikan hadiah untuk someone special @ birthday @ anniversary @ etc

seriously, sangat2 gerlish..so bagi yang berminat boleh hantar feedback pada saya..

saya jual dengan harga RM75.00 RM72.00 untuk pos laju kena tambah RM5..kalau pos biasa free postage.kalau 'by hand' saya discountkan sikit RM2

Harga biasa=Rm72.00
Harga biasa+pos laju=Rm77.00
Harga biasa-'by hand'=Rm70.00

kalau kalian berminat, boleh tinggalkan
  • nama penuh
  • jumlah item
  • jenis pos
  • alamat (penuh)
  • no.telefon (rumah atau handphone)
ke email saya (ainishahroni13@gmail.com) atau PM saya dipage facebook saya Arkitek Hati..

kalau berminat untuk menjualnya, boleh email saya..harga boleh dibincang..pembelian hanya untuk 10item ke atas.

pembelian ini hanya berlaku bila pembayaran sudah dilakukan


tawaran hebat untuk mereka yang berjaya 'mengajak' 5 orang lain membeli ribbon watch akan dapat satu set percuma ribbon watch dari saya..atau pun mereka yang membeli 5 set ribbon watch dapat satu set percuma..

searching for a better half?

Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum wrh wbt..Selawat dan salam buat Baginda Muhammad SAW..

'amboi cheq, tajuq entri bukan main..'

kalau mak aku baca nie, habis disekeh-sekeh kepala aku..hahaha..serious issue babes! let's we get into serious condition..

urm..since tahun ini aku bakal menjejakkan kaki ke alam yang lebih dewasa, there're alot of preparation needed to be done..

jujurnya, aku sangat takut untuk menempuh dunia dewasa ini..semakin meningkat usia, semakin banyak tanggungjawab yang perlu digalasi..

TANGGUNG + JAWAB=means sesuatu yang akan di'persoalkan' oleh Allah SWT diakhirat kelak..Allahu.. Bersediakah aku?

jadi, hari ini aku nak berkongsi sedikit panduan untuk sahabat diluar sana bagaimana nak hadapi dunia PRA-DEWASA..inshaAllah..

sebelum itu, saya berkesudian untuk membantu muslimah diluar sana yang ingin berubah atau berkongsi sesuatu masalah..dialu-alukan untuk e-mail saya di (ainishahroni13@gmail.com)..inshaAllah, dengan izin Allah saya akan cuba membantu..



Masalah: Perasaan Cinta

Kenapa saya memilih 'persoalan' ini adalah kerena Perasaan Cinta ini adalah comman issue among the teenagers diluar sana..pergi mana2 mesti mereka sedang sibuk berkata tentang cinta..masuk ke mana2 alam maya, pasti isu cinta menjadi persoalan utama..tidak kira dari si Uda atau si Dara..si Rambut blonde atau si Bertudung litup..

Cinta...cinta..cinta...

Cinta itu fitrah..tapi jika tidak dididik ia akan menjadi fitnah..

Fitnah kepada si pemberi dan juga kepada si penerima..Allahu..

Cinta ini asalnya dari hati.. Hati yang sihat akan menghasilkan cinta yang sihat..Bagaimana kita nak tahu cinta itu sihat atau tidak?

Kalau cinta itu dapat membezakan yang hak dan yang batil, maka cinta itu sihat.
Kalau cinta itu dapat membezakan si Pemilik Kekal dan si pemilik sementara, maka cinta itu sihat..
Kalau cinta itu lebih mendekatkan dan mengeratkan hubungan kecintaan dengan si Pemilik Kekal, maka cinta itu sihat..
Kalau cinta itu menjadikan kita seorang yang lebih baik, maka cinta itu sihat..
Kalau cinta itu menjadikan kita seorang yang merelakan (tujuan untuk si Pemilik Kekal), maka cinta itu sihat..

Pokoknya, jika cinta yang kita rasai itu berada dilandasan yang sebenar lalu di redhai-Nya dan kedua ibubapa, maka cinta itu adalah cinta yang sihat..

bukan mudah untuk aku berkata-kata soal ini kerana setiap orang merasai perasaan yang berbeza..itulah cinta..

And We did not create the heavens and earth and that between them in play.(ad-dukhan 44;38)

Cinta itu hadir bukan untuk memusnahkan manusia, tetapi manusia menggunakan ia untuk memusnahkan diri sendiri..

Cinta itu dicipta bukan untuk menyusahkan manusia, tetapi manusia menggunakan ia secara membuta tuli lalu menyusahkan diri sendiri..

Cinta itu perlu..Cinta itu harus..tetapi perlulah pada masa dan ketika yang sesuai..tidak Allah swt ciptakan sesuatu dengan sia-sia..semuanya bersebab..

seperti juga guideline yang telah tertulis didalam al-Quran 


"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."

(Surah Al-Isra' 17: Ayat Ke 32)


setiap kali berbincang soal cinta, mesti ayat diatas dijadikan rujukan..setiap kali berkata soal 'couple', wajib ayat diatas dijadikan hujah untuk menidakkan kebolehan untuk ber'couple'..persoalannya kenapa??

kenapa Allah menciptakan cinta, tapi dalam masa yang sama Allah menghalang untuk mendekatinya? adakah Allah tidak tahu??

sesungguhnya ayat diatas bukanlah untuk menghalang kalian untuk bercinta, tetapi Allah nak kita alert yakni berhati-hati dalam pemprosesan kita untuk mengenali cinta akan ada lubang2 kecil yang mengelicirkan niat kita yang sebenar..yang memesong matlamat sebenar kita untuk bercinta..bercinta kerana apa? untuk apa?

sesungguhnya, Allah sangat menyanyangi kita semua...sebab itu Dia mengadakan al-Quran sebagai 'buku' panduan..our compass..Allah tak nak kita tergelincir ke dalam lubang itu..Allah tak nak kita sakit..Allah tak nak kita terluka..

setiap ayat yang tertulis didalam al-Quran adalah sesuatu untuk kita berfikir dan bertanya kenapa ayat ini diturunkan..Allah tidak menulis kalam-Nya untuk sesuatu yang sia-sia.. kalau al-Quran itu sesuatu yang sia-sia Allah tak akan peliharanya sehingga kini..

fikirkan bagaimana sebuah kitab mampu bertahan sehingga seribu empat tahun lebih (>1400)????

andai al-Quran ini bukan untuk memberi panduan untuk sekalian makhluk (semua manusia tidak kira agama dan bangsa), lalu kenapa ia bertahan sehingga kini??



wallahua'lam
Thanks for reading!
Bukalah hati mu untuk melihat yang benar KERANA kebenaran itu sangat manis!
lots of love, XOXO!

Monday, January 28, 2013

Lupakan kebaikan

Bismillahirahmanirahim..
Allahuma solli ala saidina muhammad wa ala alihi wasahbi wa salam..

Assalamualaikum..

Jumaat yang lalu, saya dan keluarga pergi ke Genting Highland untuk meluangkan masa bersama.. Dengan menghadirkan niat kerana Allah ta'ala perjalanan kami berlalu dengan baiknya. Meskipun ada sedikit ujian kecil, tetapi Allah membalasnya dengan nikmat setinggi gunung..Subahanallah!

Maka nikmat tuhammu yang manakah kamu dustakan?

Disana, kami berkunjung ke Mushroom Farm dan Theme Park Genting..Jujur bagi ku, Genting Highland bukanlah sebuah tempat yang sesuai untuk (saya) kita meluangkan masa dengan family sambil mengingati Allah SWT yang telah sudi memberi kelapangan masa..

Tetapi, nikmat pengalaman tidak akan saya perolehi jika saya tidak pergi ke sana.. Bolehkah saya mengatakan sesuatu tempat itu baik, walhal saya tidak pernah pergi ke tempat itu? Bolehkah saya mengatakan sesuatu itu buruk, sedangkan saya tidak mengenali 'sesuatu' itu? think about it...

Tempat penginapan kami sentiasa dibaluti dengan kabus yang tebal..Dan ini adalah pengamalam pertama saya merasai kedinginan yang melampau ketika di G.H..


lalu dengan pengalaman ini, saya lebih menghargai suhu normal di tanah landai Malaysia..dan, berasa sangat kagum dengan penciptaan Allah yang boleh mencipta suhu yang berbeza tanpa memerlukan alat 'perantaraan'..

let's the pictures speak.. #random







Bajet Kung-fu..mihmihmih..gaya dah ada!
ayat pertama yang terlintas difikiran saya.'Siapa yang pasang air-cond kat luar nie?' mihmihmih..



terima kasih kepada Pak Long Zainal kerana sudi 'menyemponcerkan' bilik di G.H...Kalau tak memang kami tak pernah, tak akan ke sana..This's a great experience! Jazakallahu khairan!
effect Kabus tebal..(my lovely parents)

Seusai solat subuh tadi, saya baru kesempatan membuka acc FB dan blog setelah beberapa hari ditinggalkan..Banyak Notification..ada komen yang tak sempat balas..Tiba2 mata saya tertacap pada status milik hamba Allah, yang menceritakan sebuah kisah benar tentang seorang mujahidah..Andai berminat boleh baca disini

Saya sangat tersentuh dan tersedar bahawa dunia ini tempat kita menuai bekalan untuk akhirat kelak..Hasilnya akan digunakan tika dialam kubur dan dialam mahsyar..Allahu..

Tanyakan pada diri sendiri, "Apakah bekalan yang telah engkau persiapkan? Cukupkah bekalan itu dalam menempuhi perjalanan yang jauh?" tanya diri...tanya pada hati..

Allahu Akhbar!

Pernah tak kita teringat dengan kebaikan yang telah kita lakukan?? sehingga kita merasa ianya sudah cukup untuk dijadikan bekalan??

Jika kita pernah teringat.. ITU TANDANYA, AMALAN KEBAIKAN KITA SANGAT SEDIKIT!!

Diumpamakan sebegini : Orang yang banyak melakukan amal kebaikan..dia akan terlupa kebaikan yang pernah dia lakukan sebab terlalu banyak kebaikan yang pernah dia buat..

faham?

ringkasnya, (hypothesis)

Semakin banyak berbuat baik, semakin senang melupakan kebaikan itu...
Semakin kurang berbuat baik, semakin susah melupakankan kebaikan itu..

Orang yang ikhlas tidak akan mengungkit (secara lisan atau fikiran) segalan amalan yang pernah dia lakukan.. Makanya, berbuat baiklah pada semua makhluk, agar kita melupakan kebaikan yang pernah kita buat..


Sebelum mengakhir kata2, saya ingin mengingatkan diri saya terutamanya dan kalian semua..

Adakah hidup ini cuma sekali?? Tidak! Hidup ini dua kali, mati yang cuma sekali..Ayuh, muhasabah diri!


Thanks for reading this entry!
May Allah bless you!
Lots of love!
XOXO

Wednesday, January 23, 2013

Segmen: I love Rasulullah

Bismillahirahmanirahim.

Assalamualaikum wbt.

InshaAllah, esok adalah 12 rabiulawal..haaaa..ada apa dengan 12 rabiulawal?? siapa tahu sila angkat kening 8 kali tanpa henti..*winkwink*


bagus dan tahniah bagi mereka yang masih dan sentiasa ingat tarikh bersejarah ini.. Esok adalah hari kelahiran Nabi Muhammad saw..tidak kisah, jika anda berpegang pada 9 atau 12 rabiulawal..yang penting bulan ini adalah bulan kelahiran manusia agung iaitu Muhammad Bin Abdullah..

Oleh itu, saya ingin mengadakan satu segmen demi meraikan bulan kelahiran Nabi..Moga2 dengan ada segmen ini, rasa kecintaan dan pegetahuan kita tentang Rasulullah semakin tinggi menggunung..inshaAllah.


Apa yang perlu anda lakukan:
  1. Tulis sebuah entri yang bertajuk "Segmen: I love Rasulullah"
  2. Tampal banner diatas (sebolehnye backlink ke entri ini)
  3. Hantar link entri di kotak komen saya
  4. Ajak ramai2 blogger untuk join segmen ini
Apa yang perlu ada dalam entri:
  1. Berikan satu hadis Nabi (nak beri banyak pun tidak apa) [tambahan=kemudian nyatakan apa yang kamu paham tentang hadis tersebut ]
  2. Nyatakan satu sifat Nabi yang sangat kamu kagumi.
  3. Dan nyatakan satu ungkapan (ayat) buat Nabi jika kamu diberi masa yang seketika (cuma sekali) untuk bertemu dengan baginda..Apa yang kamu mahu Nabi dengar luahan hati kamu?
Segmen ini tidak ada tarikh tamat..Dan tidak ada ganjaran dunia..Tetapi, doa saya bagi mereka yang bersama-sama memeriahkan segmen ini..Semoga Allah sentiasa memberkati dan memudahkan segala urusan kamu di dunia dan di akhirat..Dan Moga Allah kumpulkan kita bersama Rasulullah yang kita sayangi disyurga kelak..


Kita perlu pupuk rasa cinta itu..kerana perasaan tidak hadir jika tidak disambut..

Jangan cakap kamu cintakan Nabi, andai sirah Nabi pun kamu tidak tahu..
Jangan kata kamu cinta Nabi, andai sifat Nabi pun kamu tidak tahu..
Jangan kata kamu cintakan Nabi, andai sepotong hadis Nabi kamu tidak mampu menghafalnya..
#muhasabah diri

Link sahabat2 yang menyertai segmen ini akan saya update inshaAllah..Mari berselawat! Allahumma salli ala muhammad..

“Janganlah kamu menjadikan kuburku sebagai tempat mengadakan perayaan (‘Ied), dan janganlah pula kamu menjadikan rumah-rumah kamu seperti perkuburan. Di mana pun kamu berada, berselawatlah kamu ke atasku, kerana sesungguhnya selawat kamu tersebut sampai kepadaku.” (Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, 14/403) 

Thanks for reading!
May Allah bless us!
Much love!
XOXO

Hidup tanpa ikhlas

Bismillahirahmanirahim.

Assalamualaikumu wbt.

Berhati-hatilah ketika menjaga hati kerana amalan yang sebesar gunung sekalipun, tidak bernilai walau sedebu, sekiranya diamalkan tanpa ikhlas. (Solusi isu no.4)

tahukah anda betapa pentingnya nilai Ikhlas dalam sesebuah kehidupan? masih ramai yang tidak tahu dan tidak menitikberatkan soal keikhlasan..

Ikhlas bukan hanya dimulut, atau sekadar menyebut 'aku ikhlas membantu kau'..but its beyond than that..memang benar keikhlasan hati manusia hanyalah menjadi rahsia Allah s.w.t.. tetapi kita juga boleh melihat dan merasai keberkesanan nilai Ikhlas itu jika diamalkan oleh seseorang..yup, this's true!

Pernah tak lihat, manusia yang dah buat banyak benda, berusaha pelbagai cara untuk berjaya tetapi hasilnya masih belum kelihatan lagi?? Dua sebab;
  1. Allah nak uji hambanya untuk lebih sabar (dan akan mengantikan sesuatu yang lebih baik)
  2. atau, perbuatan, amalan or pekerjaan yang dia buat itu tidak hadir nilai keikhlasan.
Aku berani jamin, orang yang Ikhlas..hati mereka sentiasa sejahtera..jadi, bila hati sejahtera..muka akan memancarkan cahaya kesenangan..which means tak nampak muka stress, tak termuncul muka tak puas hati.. hidup mereka sentiasa tenang dan bahagia meskipun dalam serba kekurangan..

Contoh yang agung Rasulullah sendiri...Pernah ke, kita baca sirah Nabi, setiap amalan yang Nabi buat, Nabi mengharapkan balasan dari manusia? Benar, tidak pernah sesekali! Tetapi, sahabat2 Nabi yang berpusu-pusu untuk memberi dan membalas segala kebaikan Nabi..

Ketika diawal dakwah baginda, Nabi pernah dipukul, dihina, dilemparkan batu sampai berdarah kepala Nabi dan sehinggakan malaikat memohon pada Nabi untuk membalas balik kekejaman mereka terhadap Nabi. Nabi masih mampu berkata 'Biarlah mereka, kerana mereka golongan yang belum tahu'..Allahu..

hebatkan? setiap detik yang dilalui baginda, ketenangan sentiasa membaluti kehidupannya..



Aku bukanlah manusia yang layak untuk menyuruh kalian semua melakukan segala amalan dengan penuh keikhlasan..Tapi, aku bertanggungjawab mengajak kalian (bersama-sama ku) untuk sentiasa ingat bahawa setiap amalan yang dilakukan 'wajib'lah dilakukan dengan penuh ikhlas.

Bagaimana kita nak tahu kita ikhlas atau tidak; (PERINGATAN UNTUK DIRIKU YANG LALAI)
  1. Bila kita melakukan sesuatu pekerjaan kita TIDAK MENGHARAPKAN BALASAN
  2. Bila kita melakukan sesuatu pekerjaan kita TIDAK MENGUNGKIT AMALAN KITA
  3. Bila kita melakukan sesuatu pekerjaan kita HANYA MENGHARAP KEREDHAAN ALLAH
  4. Bila kita melakukan sesuatu pekerjaan kita MERASA KESERONOKAN 
  5. Bila kita melakukan sesuatu pekerjaan kita MERASA INGIN MELAKUKAN LAGI
  6. Bila kita melakukan sesuatu pekerjaan kita MAHU BUAT YANG TERBAIK

Aku adakalanya tersasar dari landasan ikhlas yang sebenar.  Tapi, aku sedang dan sentiasa cuba untuk memperbaikinya. InshaAllah..

Jadi, bagi segelintir kaum wanita diluar sana (termasuk diri ku ini) aku tahu, banyak perkara yang bermain difikiran kamu..Dan aku juga tahu, kebanyakkan ibu2 diluar sana merasa penat dengan kehidupan seharian kamu..tambahan pula yang bekerja..tetapi, cubalah jalani kehidupan kamu dengan keikhlasan..kurangkan, elakkan diri dari merungut dengan kelambakkan pekerjaan kamu dirumah mahupun ditempat kerja..

'engkau tak tahu, bolehlah engkau cakap' 

benar, aku belum merasainya..dan aku juga takut jika Allah menguji aku dengan perkara yang kalian lalui.. tapi aku menemui Indicator atau penawar yang dimana bila aku mula tertekan ketika study atau fed-up dengan kehidupan ini, aku akan membaca berulang-ulang dan aku renung 'penawar' ini..secara pantas, aku merasa tenang dan kembali normal..ia adalah Ayat-Ayat Cinta Allah

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, kami beriman, sedangkan mereka tidak di uji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka,...."
(Surah Ankabut ayat 2-3)


"Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Surah al-Baqarah ayat 286)


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.."
(Surah al-Baqarah ayat 216)


"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman"
(Surah al-Imran ayat 139)


"..... dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir"
(Surah Yusuf ayat 12)


"Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram,"
(Surah Ar-Ra'd ayat 28)

moga2, apa yang ingin ku sampaikan dapat dipraktikkan oleh kita semua..semua orang nak rasa bahagia pada setiap masa..dan kebahagian itu bukan ada pada harta atau rupa..kebahagian itu adalah milik semua orang..tapi hanya hati yang tenang akan merasai kebahagian itu..inshaAllah..percayalah!


akhir kata, (bingkisan buat diriku terutamanya)


"Carilah hatimu sewaktu membaca al-Quran. Jika kamu tidak temui, carilah hatimu sewaktu mendirikan solat. Jika kamu tidak temui, carilah hatimu ketika duduk bertafakur mengingati mati. Jika kamu tidak temui, BERDOALAH PADA ALLAH, DAN PINTALAH HATI YANG BARU"

Wallahualam.
Thanks for reading this entry!
Lots of love!
XOXO

Monday, January 21, 2013

Mampukah aku menulis kerana Mu?

Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum wbt..

Andai kamu tidak menemui hati mu disesuatu tempat, maka berhijrahlah ke tempat yang lain..

maaf, hari ini aku tidak mampu untuk menulis dengan baik..hati ku terasa gundah..bukan angkara manusia lain, tetapi kerana perbuatanku sendiri..astagfirullah..

pernahkah kalian merasa tersepit diantara dua perkara? Yah, itu yang aku lalui..Tetapi, aku bukan mahu menceritakan masalah ku kepada kalian..apa yang ingin aku sampaikan, walau apapun yang terjadi..pilihan utama kita dalam membuat keputusan 'wajiblah' berlandaskan 'adunan' Allah S.W.T..

Dalam ayat mudahnya, (contoh)

aku lebih memilih untuk berjauhan dari orang yang aku sayangi semata-mata untuk LEBIH bergantung kepada Allah, daripada aku hidup berdekatan dengan orang yang aku sayangi tetapi tidak bergantung secara penuh pada Allah...

jauh sekali, aku cuba untuk tidak bersyukur dengan nikmatNya..tapi, aku lebih memerlukan Dia dalam hidupku..apakah salahku, jika aku lebih menginginkan Tuhan kepada nikmat itu?

Antara rasa Dicintai Allah dengan Mencintai Allah, rasa Mencintai Allah teramat sukar untuk dimiliki.. Pernahkah dalam hidup kita ini, secara keseluruhan meletakkan Allah sebagai tempat kita bergantung?

Bergantung dari segi akidah, ibadah, akhlak dan niat....Allahu..

Kosongnya hati ini bukan kerana tidak merasai nikmat Mu..Tetapi, kosongnya hati ini kerana kurang menggunakan nikmat Mu sebaiknya..Ya Allah ampunkan daku..ampunkan daku..ampukan daku..

Moga mulai saat ini, apa sahaja yang aku (dan kalian juga) lakukan hanyalah semata-mata untuk mendapat nikmat Mencintai Mu selama-lamanya..Allahuma Amin..


Thanks for reading!

Sunday, January 20, 2013

Bancian #2 : Blog Popular?

Bismillahirahmanirahim..

assalamualaikum dan selamat petang..*eceh ceh bajet berpidato*

hari ini aku nak buat bancian lagi, dan kali ini ia lebih mudah dan menyenangkan *sila setuju dengan 8ribu peratus okey*

bancian ini juga, akan mudahkan para blogger seperti hangpa yang kat luar sana untuk menilai dan membaiki CONTENT dalam blog hangpa.. (termasuk aku lerrr)

apa yang korang perlu buat..pilih dan vote, apa yang korang rasa itu yang sepatutnya jawapan pada soalan aku..senangkan??!! tak perlu nak membebel sangat.. jom kita ke soalannya


Apa yang perlu ada dalam sesebuah blog, untuk diletakkan ia sebagai blog yang porpular?? (content)
  


hasil undi ini bukannya dari parti blogger sahaja, ia merangkumi parti pengguna biasa..baru adil dan saksama..lagipun yang membaca blog kita2 nie, bukan ahli parti2 blogger jer..

Thanks for reading this entry!
Drop your comment here!
Lots of love!
XOXO

Friday, January 18, 2013

Bancian #1 :Gambar

Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum, you guys!! apa kabaq anda semua? ehhh ehh.. tak perlu jawab kat sini..jawab dalam hati jer..

aku sekarang nie semakin mengerti masalah yang dialami oleh segelintir blogger diluar sana..apa dia??

KEHILANGAN IDEA UNTUK MENGHUPDATE ENTRY




barulah aku paham..boooooo, Aini loser!! boooo!! dah berapa banyak entri aku yang dah masuk draft.. kenapa?? sebab aku tak mampu nak menghabiskan ayat2 yang aku karang.. SERIOUSLY, aku rasa loser gila!! *panggggg, tampar pipi*

tapi, tiba2 otak geli-gela aku ni dapat satu idea..idea apa?? yermm, aka nak buat Q&A dengan korang semua.. tak kiralah korang ada blog ke, yang xde ke.. boleh jer jawab..yang penting, kena ada hujah yang bernas..tapi, jangan jadi macam ENCIK SHARIFAH yang trademark dia # listen!! listen!!listen!! tue, okey?

encik?? hahaha..okey tak baik..sori, Cik Sharifah..

so, for the first time nie.. soalan aku simple..bagi yang ada acc google/blog boleh komen dengan acc anda..tapi yg xde boleh letak Pak Cik Anonymous atau nama anda sendiri..

Soalan:

Perlukah pengguna laman sosial (Facebook, twitter, Blogger, tumblr, etc) menggunakan gambar mereka sendiri sebagai profile picture?? 
Kalau perlu, beri hujah..
kalau tidak, beri hujah..


'Burung kat oversea mana ada bunyi macam tue..' hahaha

Thanks for reading this entry!
Drop your comment!
Lots of love!
XOXO

Wednesday, January 16, 2013

Apa masalah aku dengan telepon?!

Bismillahirahmanirahim.

sudah baca title post??

nie jawapan aku "AKU MEMANG BERMASALAH DENGAN ENGKAU, WAHAI TELEPON!!!" *nada penuh emo*

semalam, aku dah senaraikan 'things-to-do' untuk hari ini.. so, antara perkara yang aku perlu buat untuk hari ini adalah;

-Ambil markah koko kat sekolah
-Pergi daftar kat Amsa untuk ambil lesen 'p' (tukar tempat belajar memandu)
-Beli something untuk buah tangan
-Pergi rumah Cikgu Jamariah for lunch bareng (together with 5 Budiman '12)

secara ringkas dan padat, perkara2 yang perlu dibereskan tidak terlaksana dengan baik HANYA DISEBABKAN sebuah benda..

YUP,it was telepon!

aku adalah seorang manusia yang tak suka pakai telepon..kuno??..whatever!..lantak aku lah beb, nak pakai ker, taknak pakai ker..nak celup dalam jamban ker..nak jadikan gulai tempoyak ker..suka-suki akulah..

jadi entry ini Terhupdate adalah bertujuan untuk clarify kan kat korang sebab kenapa aku benci sangat dengan telepon (handset)

dulu, aku selalu kena kacau dengan pangilan dan SMS yang menyerabutkan otak dan hati aku..bukan sekor dua jer tau..kenapa layan? masa mula2 tu, aku memang layan..dah diaorang tanya benda2 basic..aku pun husnuzhon laa..tapi bila dah ramai yang seperangai macam tue..last2, apa agi benganglaa kowt..lagi pun masa tu aku tak berapa nak matang..uhuk!..habis kredit aku!!!! at the end, aku tukar num telepon..tapi still macam tu juga..walaupun berlainan orang..haish!

bila dah asyik call, telepon aku tue asyik bunyi jer..even dah pagi2 buta..aku tak layan.. tapi kebisingan dan kenyaring telepon aku tue buat aku rasa hampeh..rasa nak campak dalam laut..dahla orang nak tido..pastu, ada gak yang menanya ayat yang paling annoying. 'hai, tengah buat apa tu?'..you see?! nak jer aku memercikkan sengala kaki-maki aku 'dah pagi buta kowt, takkan lah tengah menjahit...' tapi aku sabar dan cool jer..

aku tak suka  bunyi alarm, even though aku yang switch on kan alarm..

aku tak suka orang telepon aku pagi2..

dan beberapa sebab yang perlu disembunyikan..

that's way, the reason yang aku 'susah' nak bagi no. telepon kat sesiapa..sebab aku tak suka pakai telepon.. lantaklah hang nak dok kutuk aku hidup dalam zaman paleolitik..

Jadi, dipendekkan apa kaitan telepon dengan perkara 'Things-to-do' aku hari ini adalah

KES PERTAMA

tadi, lepas aku ambil markah koko..aku dan Ibu pergi ker Amsa untuk mendaftar..aku masuk dengan muka girang seperti kanak2 ribena yang baru dapat ais-krim..pastu, datanglah seorang 'Pakcik' nie yang spoil my mood.. apalagi, terus tak bersemangat nak belajar memandu kat situ..benci guwe!!

tapi, aku cuba rationalize diri aku semula..think positive! then, kami pun ber'discuss' dengan seorang abang (aku panggil dia abang sebab dia lagi muda dari pakcik tue) tentang segala rencana berkenaan kelas memandu aku..dengan muka toye dan tidak berminat..aku dengar apa yang dia cakap..

dia minta aku isi satu borang kowt..dah isi, aku pun bagi balik  *xbagi pun , just letak atas meja dan buat tak endah* kat borang tue dia ada minta nombor telepon..macam biasa, aku letak nombor telepon ibu aku..pastu, dia kata letaklaa nombor sendiri..nanti senang nak contact dengan pengajar..

'saya tak selalu buka telepon'-aku jawab dengan penuh innocent tapi yakin..

'letak jer'-dia suruh balik.

'letaklah nombor telepon walau tak pakai' ibu aku cuba menyakinkan aku.

'sekarang nie pon enset tak bawak, buat apa nak letak' aku jawab dengan nada menekan..

at the end, bila abang tu nampak ketegangan keadaan dia pun beralah..'okey, takpe2'
aku apalagi tersenyum puas..*imagine: sinchan goyang2 punggung* hahaha..motipkan?

pastu aku tanya ibu aku, 'takde pengajar perempuan ker?'

'takde, alah lelaki pun boleh..nak belajar jer pun bukan nak buat apa'-ibu aku balas (masa tu abang tue xde kat situ)

'ini bukan masalah nak belajar, tapi masalah selesa'- aku mula tak bersetuju.

'habis, kita dah sampai sini..takkan nak cari tempat lain..ibu dah nak bayar nie..'-ibu pujuk dengan nada sayu.

aku termenung kosong...tak mengiyakan..tak menidakkan..

'takde pengajar perempuan ke?'- ibu aku tanya kat abang tu (bila abang tue kembali)

'hmm, xde kak..tapi, jangan takut..kat sini takde kes yang pengajar buat bukan2 kat pelajar...takde pengang2..dan saya bagi pengajar yang terbaik'-jawab abang tue nak penuh keyakinan..

imageaku rasa nak tergelak..ke situ dia pikir..dalam hati aku..okey, terima kasilah kerana caring..hahaha..

bila dah pergi dari situ..aku rasa bersalah 'sikit' kat abang tue sebab meninggikan suara (tak tinggi mana pun) masa dia mintak nombor telepon..paranoid betul aku nie..hahaha


KES KEDUA

selepas pergi beli buah tangan..aku dan ibu menyusur ke rumah Cikgu Jamariah..rasa tak sabar2 nak peluk cikgu..ecited mak noks!..

aku cari alamat yang diberi oleh Maisarah (classmate)..apa yang aku ingat, mai kata dekat dengan ABIM.. dalam otak aku set, ABIM JALAN 3.. so, sampai seksyen tiga.aku  pun baru baca alamatnya..kat situ tulis.. JALAN 2/2B..

pastu Ibu aku kata, kalau Jalan 2/2B maksudnya kat seksyen dua laa..tapi, aku penuh yakin jawab yang aku salah tulis (lagi pun masa tu aku tak berapa focus masa tulis alamat tu) aku pun cakap, JALAN 3/2B kowt.. terpusing2 kami mencari...dah nampak ABIM tapi, tapi tak jumpa JALAN 3/2B pun..

bila dah fed-up tue..barulah aku mendail nomber Maisara dengan enset ibu aku..nak tahu apa Mai cakap..

image'Rumah cikgu kat Jalan 2/2B..tapi, acara tu cikgu dah postponekan ke minggu depan..AINI TAK DAPAT MESEJ SA, KE?'

yah! gelakkan untuk diri sendiri..huahuahuahuahuahahahahahaha...ada enset tapi tak pakai..padan muka..nasib baik Ibu aku cool jer hari nie..

lesson learn yang aku belajar hari ini..buat apa nak bermusuh dengan telepon..sebab sekarang nie telepon bukan menjadi kemahuan kita dah..tapi lebih kepada keperluan..

oleh itu, aku berjanji, Untuk membaiki hubungan aku dengan telepon..hehehe..daa

Thanks for reading!
Lots of love!
XOXO

Monday, January 14, 2013

Surat Kecil Untuk Tuhan

Bismillahirahmanirahim..

benar, apa yang kamu liat ini adalah antri ku berkaitan sebuah novel yang berjudul Surat Kecil Untuk Tuhan. Aku tujukan novel ini buat kalian semua yang amat aku kasihi. Sebolehnya aku kepengen mencoretkan antri ini dengan bahasa indonesia secara total. Tapi aku ngak berapa bagus. Harap dimaafin.


sebetulnya, novel ini dibeliin oleh Omnya aku dari Indonesia..lalu dihadiahin buat ku..Secara ringkasnya, novel ini adalah kisah seorang putri yang pintar tetapi diserang oleh kanker.. Kanker Jaringan Lunak atau lebih dikenali Rhabdomyosarcoma (cancer of connective tissue) dibahagian mukanya.. Gadis itu bernama Gita Sesa Wanda Cantika atau lebih dikenali dengan panggilan Keke. Ini adalah kisah benar.. Lalu kisah ini diangkat dan dibukukan serta difilem kan..

Umurnya saat itu baru berginjak ke tingkatan satu.. Penyakit ini adalah kasus pertama kali berlakunya di Indonesia dan doktor sehabisnya buntuh dalam mencari lorong keluar selain melalui operasi..Namun, Pak Jody (orangtuanya Keke) tidak bersetuju kerana kesan dari operasi itu Keke akan kehilangan separuh dari wajahnya..

Jadi, Pak Jody coba mencari alternatif lain yaitu melalui pengobatan tradisional.. Jenuh keliling negeri mereka pergi tapi masih tidak ketemu penawarnya.. Pipi Keke semakin  membonjol dan membengkak.. Akhirnya, seorang doktor mencadangkan Keke untuk menjalani Kemoterapi.

Kalian pastinya tahu kesan Kemoterapi terhadap badan manusia, yea kan? Tumbuhbesaran fizikal Keke merosot.. Tapi selepas menjalani 6 sesi Kemoterapi, akhirnya, Keke sukses, dia bebas dari kuman kanker.. Bengkak dimukanya sudah tiada..

Namun,kebahagian yang dikecapi tidak lama..Beberapa bulan kemudian, Keke diserang semula dengan kuman kanker, malahan serangan yang kali kedua ini lebih hebat..Kuman Kanker lebih kuat dari sebelumnya.. Kanker itu merebak ke sebelah mata dan akhirnya ke kebanyakkan organ penting.

Pak Jody, memohon untuk melaksanakan kemotrapi sekali lagi.. Pada mulanya, pihak rumah sakit tidak membenarkan kerena Keke perlu menjarakkan masa antara Kemoterapi yang pertama dengan yang kedua sejauh 6 bulan..Tapi hasil desakan Pak Jody, akhir Keke dibenarkan.

Pengakhiran ceritanya, Keke meninggal dunia setelah lama berjuang dengan sangat hebat dan tabah.. Al-Fatihah!

Disini apa yang aku ingin ketengahkan adalah perjuangan seorang pasien kanker melawan penyakitnya. Dan kasih sayang yang sangat tinggi seorang bapa pada putrinya..

Bayangkan pada usia 13 tahun Keke sudah diuji dengan penyakit kanker, tahap serius dan tanggal kematiannya sangat hampir..Tapi Keke terus bertahan selamanya mungkin untuk terus idup demi orang tercinta.Keke yang dikatakan hanya mampu bertahan selama beberapa bulan, menidakkan keputusan doktornya..Kerena dia mampu bertahan melebihi dari itu..Hampir tiga tahun.. Dan Pak Jody (sudah bercerai) sebagai pendokong utama Keke, terus-terusan memberi motivitas yang padu pada Keke.

Diakhir hayatnya, Keke bertekad untuk menjalani ujian disekolahnya..Meskipun Keke banyak ketinggalan pelajar Keke tetap berusaha untuk membuat sebaik mungkin. Hasilnya Keke berjaya, mendapat tempat ketiga bagi keseluruhan tingkatan (di novel)/ tempa pertama (di filem)

Ingin Ku Coret Kata Akhir Keke disini sebelum dia meninggalkan dunia ini.

Surat Kecil Untuk Tuhan.

Tuhan…
Andai aku bisa kembali
Aku tidak ingin ada tangisan di dunia ini.

Tuhan…

Andai aku bisa kembali
Aku berharap tidak ada lagi hal yang sama terjadi padaku,
terjadi pada orang lain.

Tuhan…
Bolehkah aku menulis surat kecil untuk-Mu

Tuhan…
Bolehkah aku memohon satu hal kecil untuk-Mu

Tuhan…
Biarkanlah aku dapat melihat dengan mataku
Untuk memandang langit dan bulan setiap harinya..

Tuhan…
Izinkanlah rambutku kembali tumbuh, agar aku bisa menjadi wanita seutuhnya.

Tuhan…
Bolehkah aku tersenyum lebih lama lagi
Agar aku bisa memberikan kebahagiaan
kepada ayah dan sahabat-sahabatku

Tuhan…
Berikanlah aku kekuatan untuk menjadi dewasa
Agar aku bisa memberikan arti hidup
kepada siapapun yang mengenalku..

Tuhan ..
Surat kecil-ku ini
adalah surat terakhir dalam hidupku
Andai aku bisa kembali…
Ke dunia yang Kau berikan padaku..
----------
KEKE
-----------

Moga Allah menempatkan Keke dalam kalangan orang yang dicintai Allah.. dan semoga perjuangan Keke, dapat dirasai oleh semua orang dan menjadi kekuatan pada setiap yang mengetahui ceritanya tidak kira pada mereka yang sihat atau pun yang diberi ujian oleh Allah..

Gita Sesa Wanda Cantika
In memorial 15/06/1991 - 25/12/2006

ANTARA kata2 Keke; 

Ayah pernah berkata padaku untuk selalu ingat satu hal dalam hidup, yaitu SEJARAH. Berlajarlah dari sebuah sejarah untuk melihat masa depan. Sejarah akan membuat kamu menjadi lebih dewasa dan lebih kuat dari apapun. Dan kini kuyakini itu semua adalah benar. Sejarah dalam hidupku yang selalu aku simpan hingga kapanpun. Walau pahit, gundah dan penuh air mata. Aku mensyukuri semuanya, kerena ini adalah cobaan Tuhan untukku.

Sobat (Sahabat), ketika kalian membaca tulisan ini kelak, aku mengharap kalian bisa mengerti bahwa satu hal didunia yang paling penting adalah PENDIDIKAN. Aku boleh saja pergi dalam keadaan yang aku harapkan. Tapi aku berharap ketika aku pergi, setidaknya aku mendapat banyak ilmu yang bisa kusimpan dalam otakku yang penuh dengan kaker ini. AKU HARAP BILA KALIAN MAMPU MENYIMPAN LEBIH BANYAK DARIKU, LAKUKANLAH. KARENA ITU ADALAH HAL YANG PALING INDAH.
Kisah ini telah difilemkan dan anda boleh tonton disini..Moham maaf kerena ketiadaan subtitle Bahasa Melayu.



Thanks for Reading this entry!
Lots of love!
XOXO

Friday, January 11, 2013

emosi terancam?!! (khusus buat remaja)

Bismillahirahmanirahim..

why setiap kali nak buat entry baru, aku mesti start dengan Bismillah? sebab aku takut setiap apa yang aku tulis tidak mendatangkan kebaikan pada aku atau orang yang membaca..dan biarlah aku tulis ini adalah dengan hasil kerelaan aku sepenuhnya..(mohon Allah lindungi segala yang buruk)

okey.

aku ada baca dan buat sedikit research berkenaan Crisis Identity.. mereka kata golongan remaja yang hendak menginjak ke alam dewasa akan mengalami satu proses Pencarian  Identity..proses ini adalah untuk menentukan siapa 'DIA' dimasa hadapan.. tapi proses ini boleh terjejas jika panduan dan tata-tertib proses itu bercelaru maksudnya remaja yang tak dapat manage dengan perubahan/pemprosesan ini akan menghadapi Crisis Identity..

huh.

aku rasa banyak contoh2 mudah yang kita boleh lihat diluar sana bagi mereka yang mengalami.. antaranya;
  1. BUNUH DIRI
  2. PENGAMBILAN DADAH/GANJA
  3. PEMBABITAN LUMBA HARAM
  4. GILA
  5. KEMURUNGAN YANG MELAMPAU
Jadi pada pandangan korang siapa yang perlu dipertanggungjawabkan? Ini bukan waktu untuk menunding jari, tapi ini soal siapa pemangkin masalah?

selalu kita buat 'karangan' atau 'huraian' dalam essai bahasa melayu..penyebab utama adalah remaja itu sendiri.. tapi aku rasa jawapan itu 'macam' tak releven..

aku bagi example yang mudah..seorang pesakit datang bertemu doktor.. dia merasa sejak kebelakangi ni dia mengalami beberapa simptom masalah kesihatan..

jadi berdasarkan situasi diatas nie..adakah pesakit itu wajib mengetahui penyakit dia dengan sendiri atau perlu berjumpa dengan doktor bagi mengetahui penyakit yang dia alami?

adakah pesakit itu wajib merawat penyakit dia dengan sendiri atau dia perlu bimbingan dan saranan dari doktar?

so, berbalik kepada persoalan yang asal..adakah remaja wajib mengetahui dan menyelesaikan sendiri 'segala perubahan' yang berlaku kepada tubuh, fizikal dan emosi mereka tanpa bantuan orang dewasa?

adakah remaja perlu melalui segalah perubahan itu tanpa panduan dan bimbingan orang dewasa?

kenapa orang dewasa? sebab mereka adalah golongan yang pernah melalui fasa perubahan tersebut..mungkin berbeza keadaan tapi mengalami perubahan yang sama..

orang dewasa ibarat doktor dan remaja ibarat pesakit..

siapa lagi yang dapat merawat pesakit jikalau bukan doktor? jadi siapa golongan orang dewasa yang bertanggungjawab? 

IBU BAPA? GURU-GURU? ABANG2 DAN KAKAK2? kamu klasifikasikan sendiri..

tapi Apa Penyebab Yang Utama Masalah ini berlanjutan tanpa penyelesaian?

bagi aku jawapannya sangat mudah..kerana MEREKA (orang dewasa) TIDAK TAHU!!! ketiadaan ilmu tentang pemprosesan ini menyebabkan mereka memandang enteng atas kesalahan laku remaja..kata mereka, remaja mudah terikut kawan..

kawan?? siapa kawan mereka?? adakah manusia tua bangka? tidak!!! mereka juga remaja..

bagaimana pesakit mahu merawat pesakit?? mampukan mereka? *sigh*

aku berbicara bukan kerana aku arif tentang segalanya..tapi aku berbicara kerana aku sebahagian dari mereka.. aku sedang melalui fasa ini.. proses Pencarian Identity.. tapi tidak semua remaja yang beruntung seperti ku, seperti kamu yang sudah mengetahui remaja adalah pesakit..

aku tidak mahu menjadi masyarakat yang hanya tahu menyalahkan, tapi tidak menitik beratkan.. disepanjang aku menjalani hidup aku ini sering kali aku bertanya "Kenapa Engkau (Allah) menjadikan aku sebegini?"

aku pernah terlintas ingin memberontak..aku pernah mengalami kemurungan..aku pernah terlintas untuk meninggalkan dunia ini..aku pernah terlintas untuk lari dari rumah..

tapi setiap kali aku berfikiran sebegitu..akan hadir satu suara kecil yang berkata '..Allah tidak memberi sesuatu dugaan, melainkan kita mampu menghadapinya..' aku tertunduk lesu...kerana aku akui aku adalah manusia..aku memerlukanNya..sangat memerlukanNya..

dan aku yakin kamu juga..dalam sedar atau tidak...

dengarlah satu luahan hati ku buat remaja diluar sana.(onkan music)



Wahai remaja,

aku adalah remaja..mungkin antara aku dengan mu sangat berbeza..tapi kita sedang melalui fasa yang sama..maka dengarlah hati ini ingin bersuara..

Wahai remaja,

mungkin kini kamu merasa diri kamu bersendirian..tanpa teman disisi..tanpa Ibu bapa sebagai pendamping..tapi sedarlah kamu bahawa kamu masih mempunyai Dia sebagai tempat kamu bergantung..

Wahai remaja,

tiap hari, kamu melalui segala  macam dugaan.. sekecil-kecilnya dihati, sebesar-besarnya ditubuh.. tapi ketahuilah kamu, sakitnya hati, sakitnya tubuh itu adalah tanda Tuhan masih menyayangi mu.. kerana dengan kesakitan itu kamu menjadi lebih kuat dan tabah dimasa hadapan..

Wahai remaja,

ingatkah dikau apa yang dialami oleh Kekasih Hati Allah? Kelilingnya kelam, tapi Baginda mampu mencipta cahaya yang menerangi kota Mekkah (malahan hingga kini) Baginda tiada sesiapa, tapi Baginda tetap yakin bahawa Tuhan yang Esa itu tetap ada..

Wahai remaja,

jika Ibu Bapa mu tidak memerdulikan kehendak rohani (dalaman) mu, maka ampunkan mereka.. mungkin mereka masih belum tahu.. mungkin mereka masih tiada masa.. tapi tetapkan hati mu untuk mendoakan kesejahteraan ke atas mereka..

Wahai remaja,

jika tiada insan yang bertanya, bagaimana hari2 mu yang telah kamu lalui..maka janganlah kamu berkecil hati.. aku tahu kalian memerlukan perhatian..begitu juga dengan ku..tapi itu bukan sebab kamu bisa memilih jalan yang salah untuk menagih kasih dah sayang mereka..

Wahai remaja,

bersykurlah..bersyukurlah..bersyukurlah.. kerana kamu masih berpeluang untuk menghirup kedamaian malam, merasai keheningan siang, menyelami ketenangan subuh..yah, subuh! waktu yang dijanjikan Rasul barangsiapa yang bangun diwaktu itu segala kebaikan (rezeki) tersedia buatnya..

Wahai remaja,

lihatlah, siapa sahabat mu! mereka adalan pantulan dirimu..mereka adalah cerminan siapa kamu.. jika baik, maka teruslah bersahabat..jika tidak, jangan tinggalkan mereka tapi bawalah mereka ke jalan yang benar.. secara lembut, tanpa paksaan.. jika mereka berkeras, maka tetaplah kamu mendoakan kebaikan buat mereka..kerana kamulah sebaik-baik sahabat bagi mereka..

Wahai remaja,

ingin sekali, aku menyentuh hati mu..ingin sekali, aku merawat luka mu..ingin sekali, aku berkongsi rasa cinta ku kepada mu...kerana aku seperti kamu..aku jua adalah pesakit yang memerlukan rawatan dari doktor ku.. tetapi jangan kamu bersedih hati, kerana aku sudi merawat semangat mu, memulih luka2 mu dengan doa..

Wahai remaja,

tetaplah dalam pencarian mu..carilah bekalan mu..bawalah penumpang mu.. kerana kita akan melalui satu lagi perjalanan yang lebih panjang.. perjalanan menuju pada Tuhan yang Satu..

sekian...

moga apa yang tertulis disini dapat menyentuh hati mereka untuk berfikir..Jika anda seorang ibu bapa atau bakal ibu bapa..satu sahaja permintaan anakanda mu ini. 'Dampingilah (anak)remaja mu, kerana mereka mahu perhatian dari mu..Kamu lebih mengenal dunia dari mereka, masakan kamu lebih mengharap mereka dapat menerokainya sendiri? Berilah panduan! Bukan sekadar dengan kata2, tetapi dengan bahasa tubuh jua..mereka tidak meminta harta pusaka yang melimpah-ruah..tapi cukup sekadar pertanyaan khabar tentang hari2 yang mereka lalui..kerana kelak disaat kamu sudah tua..pasti itu juga yang kamu inginkan..maka mulakanlah dari sekarang..agar tidak terlambat..jikalau itu yang kamu lakukan, pasti disuatu hari nanti anak2 mu ini juga akan melakukan yang sama..akhlak dibentuk dengan akhlak..bukan dengan kata2 yang meniti dibibir saban hari..'

wahai remaja, tetapkan hati mu dengan surat cinta dari Tuhan kerana disitu ada sebaik-baik penawar!

Thanks for reading this entry!
May Allah guide us!
Drop your comment here!
Lots of love!
XOXO